NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Saya akan pertahankan Gombak!” – Amirudin



GOMBAK – “Saya akan pertahankan Parlimen Gombak!” itu yang ditegaskan Datuk Seri Amirudin Shari dalam kesediaannya sekiranya diputuskan oleh pucuk pimpinan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang. 

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, pendiriannya  tetap dan tidak akan berganjak daripada kawasan itu dan komited meneruskan mandat rakyat yang diberikan sebelum ini.

“Saya tidak akan berganjak, saya bersedia mempertahankan Gombak! Insyallah jika ditakdirkan ada keputusan dari Presiden PKR,” katanya  ketika berucap pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang Gombak 2026, di sini hari ini.

Ketika ucapan, Amirudin turut mengingatkan semua ahli dan pimpinan bahawa kejayaan yang dinikmati hari ini adalah hasil perjuangan sejak 1998 dan bukan usaha satu hari. 

“Jelas bahawa kita ada kerja yang perlu dilakukan dengan mengumpul segala kekuatan, fokus jangan biarkan rakyat terpengaruh dengan dakyah luar.

“Kita perlu berikan penjelasan menerusi di semua platform sama ada di media sosial, pertemuan, ceramah atau apa-apa  program yan perlu dimulakan dari sekarang,” jelasnya.

Amirudin juga menjelaskan bahawa jawatan dan kejayaan kini buka bersifat ekslusif untuk kepentingan peribadi, sebaliknya  diterjemahkan semula kepada keyakinan rakyat melalui khidmat bakti. 

Mengulas mengenai serangan politik pihak lawan, beliau mengkritik tindakan segelintir pihak yang cuba memanipulasi isu nasional demi kepentingan peribadi sehingga mengenepikan kedaulatan negara. 

Beliau memberi contoh berkait isu penyasaran subsidi diesel yang sering dibangkitkan dan menjelaskan bahawa penggunaan diesel di  Sabah dan Sarawak adalah jauh lebih tinggi berbanding di Selangor. 

Selain itu katanya, rakyat di negara ini juga mendapat lebih banyak manfaat daripada harga petrol yang masih antara paling murah di Asia Tenggara.

Sehubungan itu, Amirudin menyeru semua jentera parti agar bekerjasama sebagai satu pasukan serta mengenepikan perbezaan demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.  – MalaysiaGazette 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo