NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Melaka: UMNO fokus raih undi bukan Melayu?



MELAKA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu kejayaan parti itu dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini dipertahankan pada PRN kali ini termasuk menyantuni pengundi bukan Melayu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, prestasi kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sepanjang tiga tahun lalu membuktikan keupayaannya mentadbir dengan baik serta membawa pelbagai perubahan kepada negeri itu.

“Perubahan dan kejayaan ini harus dipertahankan (dan) ianya mesti dijadikan sebagai feel good factor bagi terus mengambil dokongan kepada calon-calon yang akan ditentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Melaka 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib-Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, usaha mempertahankan kemenangan itu bagaimanapun tidak boleh hanya bergantung kepada penyokong tradisi parti, sebaliknya perlu diperluas kepada keseluruhan pengundi di Melaka.

Kita tahu bahawa hanya 17 peratus pengundi di Melaka terdiri daripada pengundi (UMNO) manakala selebihnya adalah pengundi bukan ahli atau komponen BN.

“Dan kita mesti berusaha dengan keras bagi menggamit dan menyantuni semua pihak,” tambahnya.

Tambah beliau, komposisi pengundi yang merangkumi sekitar 63 peratus Melayu dan selebihnya bukan Melayu menuntut pendekatan lebih inklusif bagi memastikan sokongan berterusan dapat dikekalkan.

“…terdapat 63 peratus pengundi Melayu di Melaka manakala selebihnya adalah orang atau pengundi bukan Melayu dan ini juga harus disantuni.

“Kita tahu bahawa penyantunan ini wajib dilakukan bagi menyelaraskan prestasi yang telah diperlihatkan oleh kerajaan negeri,” katanya

Ditanya mengenai pengagihan kerusi termasuk bergerak solo pada PRN kali ini, beliau berkata, segala perancangan politik termasuk agihan kerusi akan dibuat secara teliti bagi mengelak pertindihan.- MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo