NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukan kali pertama PKR ditinggalkan pemimpin hebat



GOMBAK – Pakatan Harapan Rakyat (PKR) tidak gentar dengan acaman atau tindakan mana-mana pihak yang ingin meninggalkan parti, sebaliknya menegaskan kesetian ahli akar umbi menjadi tunjang kekuatan organisasi itu,

Itu yang dijelaskan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari susulan desas-desus ahli parlimen PKR yang dikatakan tidak lagi sehaluan dengan parti seperti dibangkitkan sebelum ini.

“Isu tersebut bukan hanya pada Datuk Seri Rafizi Ramli, sebaliknya ia berkenaan siapa yang merasakan tidak lagi secocok dengan hala tuju parti boleh meninggalkan organisasi, itu cadangannya.

“Sebab itu saya bangkitkan sejarah bahawa kita pernah ditinggalkan oleh Timbalan Presiden PKR, Ketua Angkatan Muda PKR, bekas Timbalan Presiden dan mereka yang sangat berpengaruh.

“Alhamdulillah parti ini terus tegus kerana kekuatan anggota dan pasukannya yang terbina hasil kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah serta barisan kepimpinan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang Gombak 2026, di sini hari ini.

Tegasnya, keutamaan harus diberikan kepada agenda besar parti berbanding polemik peribadi yang boleh menjejaskan imej organisasi di mata rakyat.

Amirudin diminta mengulas mengenai kedudukan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang dikatakan mula membelakangi keputusan kolektif parti dalam beberapa isu strategik.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor itu berkata, pengalaman pahit dari individu yang pernah menjatuhkan kerajaan dahulu jelas membuktikan PKR mempunyai daya tahan yang luar biasa untuk bangkit semula dengan lebih kuat.

“Kekuatan moral dan kesatuan dalam kalangan ahli menjadi benteng utama dalam menghadapi sebarang ancaman sabotaj dari dalam mahupun luar parti,” katanya.

Beliau juga mengingatkan setiap individu yang mempunyai tanggungjawab dalam parti harus melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi tanpa mengutamakan kepentingan atau agenda peribadi.

Sekiranya berasa tidak puas hati, seharusnya disalurkan melalui saluran dalaman yang betul mengikut perlembagaan parti, bukannya melalui serangan terbuka yang hanya menguntungkan pihak lawan. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo