Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, antara jam 3.00 hingga 3.15 pagi.
“Alhamdulillah, selesai sudah saya mengangkat sumpah sebagai ketua menteri. Terima kasih, kita jumpa esok,” katanya ringkas kepada pemberita ketika keluar dari perkarangan istana.
Hajiji bersama beberapa pemimpin GRS tiba di Istana Seri Kinabalu pada sekitar 1.20 pagi sebelum upacara angkat sumpah berlangsung. Turut difahamkan hadir ialah beberapa pemimpin UPKO, termasuk Datuk Ewon Benedick dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Hajiji merupakan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), parti komponen utama dalam GRS.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17, GRS memenangi 29 kerusi, diikuti Warisan (25), Barisan Nasional (6), dan UPKO (5).
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi mengenai parti yang akan bersama GRS bagi membentuk kerajaan campuran di Sabah.

No comments
Post a Comment