Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata mangsa tertarik dengan janji keuntungan segera dan mudah sebelum menekan pautan yang tertera dalam iklan berkenaan serta berhubung dengan individu disyaki sebagai ejen pelaburan.
“Mangsa kemudian diminta memuat naik satu aplikasi di telefon bimbit kononnya bagi memantau pelaburan yang dilakukan.
“Selepas mempercayai janji pulangan segera, mangsa membuat 29 transaksi pindahan wang berjumlah RM3,070,443 ke enam akaun bank berbeza atas arahan suspek antara 19 Ogos hingga 15 Okt lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ab Rahaman berkata mangsa mula mengesyaki ditipu apabila gagal membuat pengeluaran wang pelaburan melalui aplikasi tersebut dan tidak lagi dapat menghubungi suspek.
“Laporan polis dibuat pada 24 Okt lalu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan,” katanya.
Beliau dalam masa sama menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan keuntungan luar biasa serta memastikan semua platform atau syarikat pelaburan disemak kesahihannya dengan pihak berkuasa kewangan.
— 1Media.my

No comments
Post a Comment