NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label ULASAN. Show all posts
Showing posts with label ULASAN. Show all posts

Tom yam tiada kaitan dengan politik



Ketika saya duduk di sebuah kedai mamak di pekan Semenyih petang Khamis lalu, kelihatan di seberang jalan sebuah warung besar tom yam. 

Sunyi sahaja dan rasanya tidak akan dibuka pada malamnya.

Di media sosial beberapa hari lalu, ada netizen dipercayai penyokong Pakatan Harapan (PH) yang menyeru supaya diboikot kedai-kedai tom yam sebagai tindakan membalas kata-kata penyokong Perikatan Nasional (PN) terhadap negeri Selangor semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri minggu lalu.

Seruan itu tentulah tidak wajar, tidak munasabah dan tidak adil. 

Ini kerana soal politik tidak patut diheret kepada perniagaan dan makanan. 

Seolah-olah semua peniaga tom yam di Selangor itu datang dari Kelantan dan menjadi penyokong PAS serta terlibat dengan mengata buruk Selangor melalui media sosial. 

Inilah pertama kali saya dengar kempen seumpama ini. 

Lagipun sebarang tekanan perniagaan tidak akan mengubah pendirian politik mereka.

Tetapi kemarahan sebahagian netizen itu bukan semata-mata kerana kata-kata warga Kelantan dalam media sosial itu tetapi ia juga merupakan luahan perasaan kecewa kerana kekalahan teruk PH di Kelantan, Terengganu dan Kedah. 

Kekecewaan ini mengheret kepada sentimen anti-Kelantan yang wujud dalam kalangan sebahagian warga negeti-negeri Pantai Barat. 

Ini berlaku walaupun pada hakikatnya warga Kelantan dan negeri-negeri lain sudah terjalin rapat melalui perkahwinan dan perpindahan mastautin. 

Sudah ramai warga Kelantan yang menetap di semua negeri di seluruh semenanjung. 

Sementara terdapat ramai warga dari luar Kelantan yang turut menetap di negeri itu. 

Cuma identiti dan perasaan kenegerian Kelantan dirasakan lebih tebal berbanding warga-warga negeri lain.

Terdapat banyak faktor mengapa seseorang memilih sesuatu tenpat untuk makan. 

Pertamanya, sesuatu mkanan di tempat berkenaan adalah sedap. 

Soal halal sudah semestinya wajib. 

Bahannya mestilah segar dan berzat. Harganya mestilah berpatutan. 

Kedainya perlu bersih dan menarik. Layanannya mesra. 

Tempoh penyediaan makanan adakah singkat. Namun soal politik langsung tidak timbul.

Saya hanya singgah di pekan Semenyih itu dan tidak biasa dengan kawasan ini. 

Seperti mana kebanyakan kedai mamak di Lembah Klang, tempat yang saya minum teh tarik ini juga mempunyai "sudut Melayu" yang turut menawarkan makanan tom yam. 

"Sudut Melayu" kedai mamak itu sudah dibuka. 

Apabila ada yang memesan mi goreng pelayannya akan bertanya "mi Melayu" atau "mi mamak." 

Kaedah "sudut Melayu" ini sudah lama diamalkan di kopitiam Cina sebelum merdeka lagi. 

Dalam kopitiam itu ada "sudut Melayu" yang menawarkan Nasi Padang dan masakan Minang. 

Di kopitiam, kopi mereka lebih dikenali daripada teh.   

Kini sudah sukar untuk mencari kedai seumpama ini. 

Kopitiam-kopitiam Cina sudah dijenamakan semula untuk menjadi rangkaian kafe mahal yang terletak di kompleks membeli-belah. 

Sementara terdapat pengusaha makanan Minang, termasuk Nasi Padang menubuhkan restoran-testoran berharga mahal.

Kedai mamak juga berkembang daripada gerai-gerai kepada restoran dalam bentuk rangkaian di kebanyakan bandar-bandar baru di seluruh Lembah Klang. 

Ada yang sudah pun menggubakan robot pengirim makanan. 

Umumnya, makanan mamak, kopitiam, Nasi Padang dan tom yam sudah menjadi sebahagian budaya pemakanan penduduk negara ini walaupun ia berasal dari luar.

Pada tahun 2019, iaitu sebelum negara dilanda pandemik, perniagaan kedai mamak, rangkaian kopitiam, restoran masakan Minang dan kedai tom yam kelihatannya menguntungkan para pengusaha, pemilik dan pelaburnya. 

Antara kunci kepada kejayaannya ialah penggunaan buruh murah dari luar negara. 

Kedai mamak mengambip buruh dari Tamil Nadu, India. 

Rangkaian kopitiam juga mengambil pekerja asing seperti dari Bangladesh dan Vietnam. 

Pekerja terutamanya tukang masak beragama Islam menjadi perjara penting untuk menarik orang Islam. 

Restoran Melayu termasuk Minang menggunakan pekerja dari Indonesia dan kedai tom yam mengambil pekerja dari Thailand Selatan.

Pandemik Covid-19 memberikan pukulan kepada perusahaan makanan khususnya kedai-kedai yang menggunakan peketja asing dari tahun 2020 hingga 2022. 

Hanya mereka yang  mempunyai ketahanan kewangan dapat meneruskan perniagaan. 

Banyak perniagaan makanan di Lembah Klang terpaksa ditutup terus. 

Mereka tidak dapat beroperasi tanpa tukang masak dan pekerja asing. 

Pada tahun 2022, ketika mengunjungi wilayah Songkhla, Pattani dan Narathiwat, saya diberitahu ramai orang Selatan Thailand yang menanti supaya sempadan dibuka untuk bekerja semula di Lembah Klang. 

Suasananya adalah seperti ada warga Malaysia yang ternanti-nanti supaya dapat bekerja semula di Singapura. 

Ada orang Melayu tidak menjamah makanan mamak. 

Tetapi di Lembah Klang, terdapat peminat makanan mamak yang tegar khususnya teh tarik dan kepala ikan nasi kandar. 

Saya pernah jumpa orang Melayu yang memboikot restoran mamak kerana soal kebersihan dan mutu makanan. 

Tetapi ada juga yang enggan makan kedai mamak atas sikap perkauman mereka walaupun mamak adalah jelas orang Islam.

Saya tidak tahu secara terperinci bagaimana perniagaan perkongsian antara kedai mamak dan "sudut Melayu" ini beroperasi, tetapi saya pernah berkawan dengan seorang pekerja kedai tom yam yang mempunyai kesedaran politik tinggi. 

Ketika itu adalah tahun awal 1990-an dan beliau adalah seorang anak muda dari Selatan Thailand yang baru habis belajar. 

Kedai tom yam tempat beliau bekerja iaitu di Kampung Baru, Kuala Lumpur adalah juga milik dan diurus oleh seseorang dari Selatan Thailand.

Banyak kedai tom yam di Selangor adalah milik orang Kelantan tetapi tukang masak dan pekerjanya dari Selatan Thailand. 

Terdapat ramai orang Kelantan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan orang Melayu Thailand khususnya di wilayah Narathiwat. 

Tetapi saya mula berkenalan dengan anak muda Pattani itu, bukan di kedai tom yam itu. 

Beliau sendiri datang ke pejabat saya untuk berbincang mengenai politik. 

Minatnya adalah mengenai apa yang disebut sebagai "perjuangan Islam" dan "nasib Melayu" di empat wilayah Melayu di Thailand Selatan iaitu Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani. 

Sebagai anak muda, beliau adalah idealistik dan bersemangat walaupun naif.

Bertahun-tahun kemudiannya saya putus hubungannya dan tidak ketahui di mana beliau berada. 

Tetapi pada tahun lalu, melalui media sosial, beliau menghubungi saya. 

Kini beliau bekerja tetap sebagai tenaga pengajar sebuah kolej teknik di Yala. 

Saya mendapat tahu bahawa ramai anak-anak Melayu yang belajar di sekolah-sekolah kebangsaan Thailand, iaitu tidaklah semata-mata tertumpu pada sekolah-sekolah agama pondok untuk belajar agama Islam yang disampaikan dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi.  

Di sekolah kebangsaan, mereka belajar bahasa Thai dan berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat kolej dan universiti.

Tidak ramai anak-anak Melayu yang menamatkan pengajian tinggi tetapi tidak seperti dahulu, kerajaan Bangkok memberi peluang tempat di kolej dan universiti.

Mereka digalakkan mengambil bidang teknikal dan vokasional bagi memudahkan dapat pekerjaan. 

Maka mereka tidaklah hanya menjadi petani dan pekebun. 

Kerajaan Thai tentu mahu orang Melayu yang merupakan minoriti dapat diasimilasi sebagai warga negara Thai.

Maka orang Melayu dibenarkan menyertai proses politik nasional Thailand. 

Mereka boleh mengundi dan menjadi calon. 

Baru-baru ini seorang Melayu dilantik sebagai speaker Parlimen. 

Walaupun minoriti dan beragama lain, orang Melayu diharap dapat berasimilasi dengan orang Thai seperti mana orang Cina di sana. 

Namun begitu, orang Cina mempunyai kelebihan kerana mereka juga beragama Buddha seperti orang Thai tetapi mempunyai kekuatan ekonomi yang turut mempunyai pengaruh politik.

Di mana-maba pun di seluruh dunia soal perbezaan kaum terus menjadi isu baik dalam politik mahupun ekonomi. 

Hampir kesemua negara mempunyai pelbagai kaum dan agama. 

Bukan sahaja kaum minoriti mempunyai kebimbangan tetapi juga kaum majoriti. 

Hanya kebijaksanaan kepimpinan dapat melayari bahtera negara dengan baik dan selamat.


Sumber I MalaysiaNow 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

PM perlu atur kerja, laksana reformasi lawan rasuah



SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera mengatur gerak kerja dan melaksanakan reformasi bagi melawan korupsi serta rasuah yang semakin tenat di negara ini.

Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Hamdan Daniel M Sharib berkata, dengan ada majoriti dua per tiga di Parlimen tentunya bonus kepada PMX untuk meneruskan agenda dalam melunaskan reformasi perundangan tanpa memerlukan sokongan daripada pihak pembangkang.

"Jangan pula jadi seperti tikus membaiki labu yang akhirnya merugikan negara. Gunakanlah kesempatan yang ada semaksimum mungkin agar rakyat mendapat faedah hasil dari kesejahteraan negara.

"Rakyat terus mendesak dan mengharapkan PMX melunaskan janji dalam usaha melawan korupsi sekali gus membuat reformasi institusi kepada tata kelola yang lebih kemas dan penuh integriti," ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Anwar menunaikan janji melawan korupsi sistematik dan melaksanakan reformasi institusi kepada tata kelola lebih baik untuk akauntabiliti serta kestabilan.

Tambah Hamdan Daniel, peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat seharusnya digunakan sebaik mungkin agar pentadbiran negara berada di landasan yang betul.


"Rakyat menunggu formula yang terbaik daripada PMX dalam membuat pertimbangan untuk membanteras rasuah dan melaksanakan reformasi agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dirasai oleh semua pihak," jelasnya.


Sumber I Sinar Harian 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Setelah UMNO-DAP bercium mulut UMNO beri ‘taring’ pula kepada DAP di Negeri Sembilan


DAP menyifatkan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan BN di Negeri Sembilan berjaya membantu calon parti itu menarik sokongan majoriti Melayu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata berbanding di negeri lain, PH-BN memenangi banyak kerusi di Negeri Sembilan dan ini akan memperkukuhkan lagi kerajaan perpaduan.

"Menampakkan kemenangan kita dengan BN menambah sokongan (untuk DAP). 


"Kita nampak dengan jelas ada kawasan di DUN Chennah dua penggal saya jadi Adun tak pernah menang tapi kali ini kita menang di PDM Kampung Chennah yang ada ramai pengundi Melayu dan pengundi orang Asli.

Di Chennah walaupun Melayu ada 46.3% tetapi calon Melayu boleh kalah di Chennah kerana pengkhinatan orang UMNO dengan memberikan sokongan kepada DAP.

DAP bertanding 11 kerusi di N9 dan DAP menang kesemua 11 kerusi. DAP tak banyak berkempen kerana yang bekerja kuat untuk kempen ini adalah jentera UMNO. Kita tak pernah dengar ucapan pimpinan DAP untuk mengundi UMNO tetapi kita lihat ramai pimpinan UMNO memaksa ahli-ahlinya untuk mengundi DAP.

Jangan hairan selepas 10 tahun datang orang Melayu akan merempet di negaranya sendiri kerana kebodohan ahli UMNO yang membiarkan pimpinan UMNO 'melembu'kan mereka.


NASIR RAMLEE
Penulis Bebas


........
Komen: UMNO menjadi bangang


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Lagipun, sekolah baharu yang bakal beroperasi



KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka sekolah khas pada tahun hadapan yang akan menempatkan pelajar-pelajar miskin di seluruh negara, seperti yang dilaporkan media massa.

Pastinya pengumuman tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen dan juga ahli-ahli akademik.

Ada yang bersetuju dan ada tidak bersetuju kerana merasakan para pelajar di negara ini tidak lagi memerlukan sekolah khas yang baharu.

Cukuplah dengan sekolah dan juga sistem pendidikan yang ada hari ini, cuma apa yang perlu dilakukan ialah memberi perhatian serta memperkasakan sistem pendidikan yang telah dilaksanakan pada hari ini.

Kerajaan juga disarankan menggunakan dana serta bajet yang telah diperuntukkan untuk memperbaiki segala kemudahan di sekolah-sekolah yang memerlukan memandangkan banyak sekolah-sekolah di negara ini dalam keadaan daif terutamanya di kawasan pedalaman.

Pada masa yang sama, KPM juga berhadapan dengan masalah kekurangan guru dan sekiranya sekolah baharu 'untuk pelajar miskin' dilaksanakan, sudah tentu tidak akan menyelesaikan masalah ini.

Hari ini dengan pelbagai jenis sekolah yang telah diwujudkan kerajaan seperti sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), rasanya eloklah sekiranya kesemua ini diberikan tumpuan semula objektif asal penubuhannya.

Kecemerlangan akademik tidak seharusnya menjadi sandaran kemasukan ke SBP dan MRSM sebaliknya pendapatan keluarga perlu diberikan keutamaan iaitu selari dengan matlamat asal penubuhannya.

Lagipun, sekolah baharu yang bakal beroperasi ini dikhabarkan akan berpandukan kerangka sekolah menengah sains atau SBP.

Jadi di manakah kelainan yang cuba ditampilkan melainkan ia sememangnya dikhususkan buat golongan pelajar paling miskin di negara ini, sedangkan definisi miskin juga masih belum jelas.

Diharapkan akan ada perbincangan dan juga perancangan lanjut dengan mereka yang arif dalam bidang ini sebelum kerajaan melaksanakan pembukaan sekolah khas pelajar miskin ini yang mungkin akan merugikan negara.

Bagaimanapun tidak dinafikan apa juga yang ingin dilakukan kerajaan untuk para pelajar daripada keluarga paling miskin di negara ini agar mereka tidak keciciran dalam arus pendidikan negara seharusnya diberikan pujian.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Ulasan | UMNO bakal berkuasa semula melalui undian PH di Selangor



Pengundi Selangor bakal membuat perhitungan pada 12 Ogos depan sama ada untuk mengekalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kini bersama UMNO atau membuat pilihan kerajaan negeri baharu bersama Perikatan Nasional (PN).

Selepas 15 tahun rakyat Selangor hidup bersama kerajaan negeri tanpa UMNO di dalam pentadbirannya, namun senario itu akan berubah jika pengundi memilih PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini kerana ia bermakna mereka juga akan mengundi parti diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pengundi Selangor pada 2008 membuat kejutan apabila menendang keluar UMNO yang sejak sekian lama memerintah kerajaan negeri dengan menggantikan kerajaan baharu Pakatan Rakyat (PR) ketika itu.

Ketika bersama PR ketika itu yang terdapat PAS di dalam gabungan itu, UMNO berjaya disingkirkan dengan hanya mendapat 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Apabila UMNO-Barisan Nasional (BN) disingkirkan pada 2008 itu, ia juga menyaksikan pelbagai skandal dan pendedahan kes rasuah yang dilakukan oleh pemimpin parti tersebut sepanjang mereka berkuasa.

Rakyat Selangor juga tidak lupa kes rasuah melibatkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo yang disabitkan disabitkan atas pertuduhan menyalah guna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Kes Khir tersebut adalah permulaan kepada kejatuhan UMNO di Selangor dan pada PRN 2013 juga menyaksikan gabungan PR sekali lagi berjaya mengekalkan kemenangan mereka.

Pada 2013, jumlah kerusi dimenangi PR juga bertambah daripada hanya memenangi 36 kerusi menjadi 44 kerusi DUN, sementara UMNO-BN hanya menang 20 kerusi.

Kemenangan PR di Selangor adalah disebabkan sentimen kuat pengundi di negeri itu yang menolak UMNO-BN dan pada 2018 sekali lagi pengundi memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH), bukannya UMNO untuk mentadbir negeri tersebut.

Berbeza dengan PRN 2008 dan 2013, PH masuk bertanding tanpa PAS berada dalam gabungan tersebut kerana PR sudah terbubar.

PH adalah gabungan baharu yang terdapat di dalamnya, Bersatu dan masuk PRN Selangor menentang PAS dan UMNO ketika itu.

UMNO-BN mengalami kekalahan paling memalukan dalam sejarah pada PRN 2018 apabila hanya berjaya memenangi empat kerusi DUN sahaja.

Tiga PRN Selangor sebelum ini membuktikan sentimen rakyat yang menolak UMNO-BN dan apa sahaja anasir yang mempunyai kaitan dengan parti tersebut.

Rakyat Selangor memberi sokongan kepada mana-mana gabungan parti politik asalkan tidak terdapat elemen UMNO, bagaimanapun pada PRN 2023 kali ini senario tersebut sudah berubah.

PH mengambil risiko untuk bekerjasama dengan UMNO pada PRN yang akan berlangsung 12 Ogos depan, pembahagian kerusi dibuat antara PH dengan UMNO-BN dan sudah semestinya kerusi yang paling banyak akan menjadi milik parti komponen PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

Bagaimanapun, PH kini sudah bekerjasama dengan UMNO, musuh tradisi politik sejak sekian lama atas alasan kononnya kerajaan perpaduan.

Retorik politik dimainkan untuk menyejukkan hati pengundi yang tertipu dengan helah pemimpin PH yang mahu berkuasa di peringkat Persekutuan.

Realitinya, langkah PH untuk bekerjasama dengan UMNO di Selangor akan membuka laluan kepada kembalinya parti yang suatu ketika dahulu merompak dan menyakau hasil bumi di negeri tersebut.

PH kini memberi nyawa untuk UMNO kembali berkuasa di Selangor dan sudah pastinya jawatan penting dalam kerajaan negeri juga sedang diintai pemimpin UMNO di negeri tersebut yang sudah bertahun-tahun menjadi pembangkang.

Peluang kini terhidang buat pemimpin UMNO untuk membuat ‘comeback’ di Selangor dan langkah PH bekerjasama dengan mereka adalah permulaan langkah untuk mereka menguasai negeri tersebut selepas PRN nanti.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Kesalahan-kesalahan ‘Jom Ziarah Gereja’




PENDAHULUAN

Di Malaysia pentafsiran dan pemahaman ‘agama’ tidak boleh dibuat secara umum kerana ia telah diikat dengan Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 11 (1) – (5) . Ia berbeza dengan amalan di lain- lain negara.

Malaysia mengamalkan kebebasan beragama, di mana setiap orang berhak:

i. Menganuti agamanya.
ii. Mengamalkan agamanya.
iii. Mengembangkan agamanya di kalangan mereka yang hanya bukan-Islam sahaja.

Ini bermaksud orang bukan-Islam tidak boleh  mengembangkan atau mempromosikan agamanya atau apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dengan apa-apa cara di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Bahkan Perlembagaan Persekutuan telah memberi kuasa kepada kerajaan negeri-negeri dan Parlimen berkenaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya membuat Akta atau Enakmen bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Rujuk Perkara 11 (4) Perlembagaan.

Islam agama bagi Persekutuan

Jika diamati dengan sehalus-halusnya inilah maksud Perkara 3 Perlembagaan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Kebebasan ini tertakluk kepada setiap orang bebas menganuti dan mengamalkan agama masing-masing tanpa mengganggu orang Islam dengan apa-apa cara diayah atau mempromosi agama mereka yang  boleh membawa kepada memecahkan keamanan.

Melayu dan Islam

Perlembagaan Persekutuan yang telah dibuat oleh beberapa Suruhanjaya sebelum merdeka yang telah diwakili pihak raja-raja, pihak British, pemimpin kaum-kaum telah bersetuju dengan perkara-perkara tersebut dan sangat memelihara kedudukan orang Melayu sehingga orang Melayu tidak boleh dipisahkan dengan Islam.

Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mengenai tafsiran telah mentafsirkan:

‘Orang Melayu’ ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu…

Kesimpulan

Oleh itu dengan kuasa di bawah Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, negeri-negeri telah mengkanunkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama bukan-Islam bagi negeri-negeri berkenaan.

Antara kesalahan-kesalahan yang diperuntukan dalam enakmen tersebut adalah:

Kesalahan-kesalahan

1. Kesalahan memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut seorang Islam untuk menjadi seorang penganut atau anggota dan sebagainya. Suatu agama bukan-Islam.

2. Kesalahan mendedahkan seorang Islam kepada pengaruh-pengaruh suatu agama bukan-Islam.

3. Kesalahan mendekati seorang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan mengenai apa-apa perkara berkaitan dengan suatu agama bukan-Islam.

4. Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa agama bukan-Islam kepada seorang Islam.

5. Kesalahan membahagikan apa-apa terbitan atau bahan publisiti mengenai agama bukan-Islam kepada seorang Islam.

6. Kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan tertentu yang bersumber Islam.

Semoga persefahaman masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dapat sama-sama memahami antara satu dengan lain walaupun dari segi akidah kita amat berbeza. Perbezaan tersebutlah menjadikan satu cabaran untuk kita supaya hormat menghormati antara satu sama lain dan menjaga batas-batas yang telah ditentukan oleh Perlembagaan dan perundangan negara dan negeri-negeri.

Salam hormat dari saya,

PROF MADYA DATO’ MUHAMAD ASRI ABDULLAH,
Mantan Ketua Hakim Syarie Negeri Perak dan Hakim Rayuan Syariah JKSM. 
Kg Keroh Hulu, Padang Rengas, Perak.

Putrajaya – HARAKAHDAILY 20/3/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0oE1Vbyw3E8hfKg73AaYvZCK3oxRZncBuDDRFsRBx687yioREPRjiMGQwWAdZwKmcl&id=100000295854883&sfnsn=mo&mibextid=6aamW6


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Rafizi kalau tak tahu, tak pandai buatlah macam Mat Sabu



Isu telur semasa Muhyiddin menjadi PM tak berlaku malah telur boleh dibeli begitu banyak dan boleh diberikan kepada golongan susah semasa PKP. Walaupun PKP, telur menjadi salah satu makan 'rugi' penduduk Malaysia. sehingga ada yang buat video tik tok 'masakan telur selera biawak'.


 Bila Ismail Sabri ambil alih daripada Muhyiddin telur mula naik harga. Telur juga mula kurang di pasaran walaupun Malaysia pengesport telur kelima terbesar di dunia.

Masuk sahaja zaman Anwar jadi PM, lagi bala turun terun bukan sahaja telur naik harga malah dipasaran pun telur tak ada. Nak beli telur, telur pun tak ada.

Anwar janji esok harga telur turun.

Esok Mat Sabu umum import telur. Harga telur menjadi makin tinggi. Jenis D yang sama sais telur import dulu pernah harga RM6 30 biji kemudian paling-paling mahal pun tak lebih RM9 tapi kini telur saiz berkenaan boleh mencapai RM16?

Mat Sabu pun buat video juga, maybe dia pun terpengaruh dengan tik tok. Saya tak serta video Mat Sabu di sini. Walaupun saya tak suka Mat Sabu, cara penyampaian Mohamad Sabu mudah difahami oleh sekelian rakyat tentang apa yang sedang dan akan dilakukan kementeriannya dalam memastikan aktiviti pertanian berjalan lancar serta bekalan makanan mencukupi pada harga yang stabil dan dimampui segenap lapisan masyarakat. Itu kata Mat Sabu dalam video. Betul atau tak hampa tegok nanti. PH ni kaki kencing.






Banyak gambar dalam video ada perempaun bersama dengan Mat Sabu, tapi itu bukan isteri baharu Mat Sabu. Walaupun Mat Sbu ni kaki perempuan... jangan tuduh sebarangan. Saya rasa itu adalah KSU Kementerian. Mat Sabu tak tahu dia tanya dan dibantu oleh pengawai yang tahu tak macam Rafizi ego KSU di tolak ketepi dia rasa dia sangat pandai. Itu keluar formula jangan makan ayam. 


Yang saya pelik kenapa perempuan tu aje ada sepanjang video Mat Sabu mana pergi timbalannya YB CHAN FOONG HIN (DAP)?

Tidak seperti Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Rafizi Ramli sebelum ini yang dilaporkan berkata hanya mereka yang intelligent sahaja boleh faham apa yang diperkatakannya mengenai isu kurangkan makan ayam. Habis, kalau begitu rakyat biasa yang tidak intelligent  tak akan fahamlah.

Sebelum PRU15, Rafizi juga dilaporkan memberi jawapan sama kepada wartawan ketika isu pengisytiharan harta dan ketidaktelusan akaun Invoke yang melibatkan sumbangan awam.

Lebih emosional lagi, selepas pejabatnya diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu berkenaan, Rafizi memberitahu media jika Pakatan Harapan memerintah selepas PRU15, dia akan cari Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Sifat angkuh Rafizi telah mengundang kritikan ramai termasuk beberapa personaliti veteran dan berpengaruh.

Sekarang Rafizi sudah jadi menteri dan menganggotai kerajaan. Dah jumpa Azam Baki yang dicari? Apa perkembangan hasil dari serbuan SPRM itu? Senyap saja. Rakyat sedang menunggu.

Kalau tak ada ulasan pasal SPRM bermakna memang Rafizi kencing rakyat pasal pengistiharan harta sebelum PRU15 lalu. Memang kecing dulu kini dan selamanya (Ambil slogan UMNO kerana dah kahwin)

Negara akan menjadi malang jika ada pemimpin yang jadi Menteri tetapi bodoh buat macam pandai, lihat macam pandai. Sudahlah bodoh susah nak diajar belagak pula tu.


........
Komen: Formula kereta bila nak terbit?


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...


© all rights reserved
made with by templateszoo