NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label PSM. Show all posts
Showing posts with label PSM. Show all posts

PSM: Secara prinsip setuju kerjasama dengan PH


Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersetuju secara prinsip untuk mengadakan kerjasama pilihan raya (electoral pact) dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan berkata keputusan tersebut diambil dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PSM.

"Jawatankuasa Pusat PSM pada hari Jumaat telah meneliti deraf persetujuan pakatan pilihan raya antara parti-parti komponen PH.

"PSM secara prinsipnya bersetuju dengan persetujuan pakatan pilihan raya dengan PH yang merupakan satu dokumen prinsip-prinsip asas persetujuan bersama," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Dia berkata demikian susulan Majlis Presiden PH sebelum ini dilaporkan akan menghantar draf perjanjian kepada kedua-dua parti hari ini.

Pada 13 Okt, anggota majlis presiden PH Steven Sim berkata draf perjanjian itu dihantar untuk disemak dan dikembalikan semula untuk rundingan.

Bagaimanapun, katanya draf perjanjian itu tidak menetapkan soal peruntukan kerusi.

Sementara itu, Arul berkata masih terdapat beberapa perkara yang memerlukan sedikit penjelasan dan PSM sedia berbincang dengan Jawatankuasa Pilihan Raya PH untuk memperhalusi dokumen pakatan pilihan raya itu.

"Selaras dengan ini, PSM berharap isu kerusi dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini untuk memastikan kemenangan pilihan raya nanti dan kempen boleh dijalankan dengan berkesan," katanya lagi.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

PH perlu hentikan kerakusan bank - PSM


oleh: S ARUTCHELVAN 

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggesa Bank Negara sebagai bank pusat yang bertanggungjawab dalam menentukan regulasi bank tempatan supaya campurtangan dengan segera untuk menghentikan kerakusan dan ketamakan bank-bank komersial yang mengenakan bayaran tambahan terhadap perkhidmatan kaunter dan mesin deposit tunai (CDM) bagi pembayaran bil kad kredit dan pembiayaan pinjaman.

Tindakan tamak bank komersial ini dikatakan mempunyai motif untuk memaksa lebih ramai orang untuk menggunakan perkhidmatan internet. PSM membantah tindakan ini atas sebab-sebab berikut:

Tindakan ini membebankan ramai orang terutamanya golongan yang berpendapatan rendah, kurang pendidikan, tinggal di kawasan luar bandar dan sebagainya. Golongan yang akan menjadi mangsa caj tambahan ini bukan golongan yang berada tetapi majoritinya gologan yang tidak berada.

Tindakan ini juga mengurangkan peluang pekerjaan dan ini sekali gus akan meningkatkan pengangguran. Yang akan untung hanyalah pemegang saham, kakitangan berpendapatan tinggi di bank manakala pekerja-pekerja yang kerja di kaunter akan kehilangan kerja.

Ini akan membawa padah dan memberikan tekanan kepada ekonomi negara. Buat masa sekarang, ramai pekerja bank diancam oleh pembuangan kerja kerana automasi kerja dan juga penggabungan bank-bank.

Jika hendak menjimat wang, maka bank boleh mengambil langkah untuk mengurangkan dividen kepada pemegang saham atau gaji ketua pegawai eksekutif (CEO) bank-bank ini. Sebanyak lima daripada 10 orang CEO yang menjadi penerima pendapatan paling tinggi di negara kita untuk tahun 2019 ialah CEO bank.

Umpamanya CEO Public Bank menerima RM 27 juta setahun (RM 2.25 juta sebulan), CEO Hong Leong Bank dengan RM 12 juta setahun atau pendapatan gaji bersama ganjaran lain sebanyak sejuta ringgit sebulan, manakala CEO sebuah bank syarikat berkaitan kerajaan (GLC) - Malayan Banking Berhad pula mendapat gaji dan ganjaran lain sebanyak RM 8.7 juta setahun atau pendapatan sebulannya RM 725.000.

CEO CIMB bank pula mendapat elaun dan ganjaran lain sebanyak RM 9.89 juta setahun atau RM 824,000 sebulan. Antara bank yang sudahpun mengenakan caj tambahan ini adalah CIMB dan Public Bank manakala Maybank dijangka akan bermula bulan depan.

Sepatutnya pendapatan daripada golongan maha kaya ini disalurkan untuk membantu rakyat. Tindakan bank mengenakan caj ini berkemungkinan untuk meningkatkan dividen kepada pemegang saham dan meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan tertinggi manakala golongan pekerja bawahan dibuang dan rakyat dibebankan dengan caj tinggi.

Bank Negara Malaysia yang telah banyak kali mengatakan bahawa gaji pekerja Malaysia adalah rendah dan sebagainya, harus menjalankan tanggungjawabnya untuk memastikan rakyat Malaysia tidak lagi dibebankan dengan caj tinggi bank tempatan, di mana Bank Negara mempunyai kuasa untuk menetapkan syarat.

Laporan Tahunan Bank Negara tahun 2018 mengatakan bahawa pekerja Malaysia mendapat gaji yang lebih rendah berbanding dengan produktiviti. Kerajaan Pakatan Harapan (PH), terutamanya menteri kewangan dan menteri ekonomi, harus bertindak dan memberikan isyarat jelas sama ada mereka bersama korporat bank atau bersama rakyat Malaysia yang semakin menanggung bebas dan kos tinggi dalam keadaan gaji minimum ditekan pada paras rendah.

S ARUTCHELVAN adalah timbalan pengerusi PSM.


Virus-free. www.avast.com

Teh 'pinjam' logo PSM lawan DAP di Sungai Pinang


Bekas wakil rakyat DAP, Teh Yee Cheu akan menentang parti lamanya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di kerusi DUN Sungai Pinang di Pulau Pinang di bawah tiket Parti Sosialis Malaysia. 

Malaysiakini pada 16 Mac lalu melaporkan bahawa Teh, yang adalah ADUN Tanjung Bungah, memutuskan untuk bertanding menjadi “pilihan ketiga” bagi pengundi selain BN atau Pakatan Harapan.

Katanya, keputusan bertanding di Sungai Pinang kerana terdapat banyak isu alam sekitar di kawasan itu yang perlu dibangkitkan.

"Masalah yang berlaku di Sungai Pinang sebenarnya berpunca daripada Air Putih, Air Itam dan kawasan tebus guna tanah," katanya dalam sidang akhbar hari ini di pusat operasi PSM di Sungai Pinang.

Ahli Jawatankuasa PSM Pusat, Choo Chon Kai yang hadir bersama mengesahkan bahawa Teh akan bertanding di bawah tiket parti itu.
Katanya, Teh bukan ahli parti, tetapi akan "meminjam" logo PSM untuk pilihan raya akan datang. 

Menurutnya lagi, ini kali pertama PSM akan bertanding di Pulau Pinang dan Teh dilihat sebagai calon yang memenuhi kriteria.
© all rights reserved
made with by templateszoo