NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label DEDAH. Show all posts
Showing posts with label DEDAH. Show all posts

Mahathir dedah Anwar curi duit rakyat bantu kroni semasa jadi TPM


1. Saya hairan dengan tindak-tanduk Datuk Seri Anwar sejak akhir-akhir ini.

2. Konon ramai pemimpin dahulu kaya kerana rasuah dan dia punyai berpuluh kotak berkenaan tuduhan ini. Kalau sudah ada dedahlah dan cajlah di mahkamah.

3. Tetapi tidak. Konon nak suruh pemimpin lama isytihar kekayaan mereka dan bantu rakyat miskin. Anwar adalah satu dari pemimpin lama yang dituduh bantu kroni.

4. Dedahlah kekayaan di masa jadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang dituntut sekarang. Dan bantulah rakyat dengan duit sendiri, bukan duit Kerajaan.

5. Di masa yang sama Anwar kononnya mempunyai maklumat tentang berbilion yang disapu oleh saya dan keluarga saya.

6. Tak payahlah menyuruh saya buat deklarasi kekayaan saya kerana kononnya Anwar tahu. Dia punyai banyak kotak dokumen yang kononnya penuh maklumat berkenaan kekayaan saya.

7. Di mahkamah tunjuk bukti yang ada pada Anwar akan kekayaan saya.

8. Dengan itu pengisytiharan tentang kekayaan saya akan diketahui dunia.

9. Tak perlu saya isytihar lagi.

10. Tetapi Anwar juga perlu isytihar.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
8 Mei 2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

CheguBard sekali lagi dedah salahguna kuasa Yayasan Selangor

Pada 30 Mac 2023 saya telah buat laporan SPRM mengenai kecurangan dalam penjualan tanah (aset) Yayasan Selangor (YS) di Bukit Tinggi, Kelang. Klik detail laporan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=763851255104994&id=100044403794956&mibextid=Nif5oz

Tawaran dibuat oleh FAIRMORE REALTY (FR) SB kepada YS nilai RM11.7 juta tetapi Lembaga YS mesyuarat dan keluarkan tawaran pada syarikat lain IKATAN SEJAHTERA (IS) SB dengan nilai RM8.1 Namun bila sign jual beli YS sign dengan FR tapi dengan harga RM7.6

Sebahagian bayaran sudah diambil tetapi tak boleh selesai penjualan sebab aset perbadanan kena dapat kelulusan Menteri. Namun YS sedang hadapi masalah kewangan untuk tanggung kos operasi harian. Maka tanah yang dah dalam penjualan itu dicagarkan ke syarikat kewangan, CAPITAL BAY (CapBay) dengan YS ambil tunai RM6.5 juta. 

Sehingga hari ini penjualan tanah itu masih tersangkut. YS terpaksa bayar bunga tinggi setiap bulan. Nak bayar RM6.5 juta ke CapBay untuk tebus tanah bagi selesai penjualan tak mampu maka kena bayar bunga berterusan. FR pula telah kaveat tanah tersebut. 

Kami turut menjumpai pengurusan YS telah membawa usul menjual 7 aset ke Mesyuarat YS yang dipengerusi Menteri Besar. 7 aset bernilai sekitar RM50 juta yang dicadang dijual ialah ;
- 2 unit Rumah Kedai Puncak Ara
- Rumah Kedai Jalan Stesyen Klang
- unit kormersial di Semenyih central
- Rumah Kedai Taman Melawati, K.Selangor
- Unit kormersial Pasar Moden Rawang
- Kondominium di Universiti Tower.

Cadangan ini pernah dibantah (dilabel negatif)  oleh Jawatankuasa Kira - kira Wang Kerajaan (PAC) berkaitan Yayasan Selangor lampiran bil.35/2020.


Dalam kenyataan itu jelas beberapa fakta menipu. 

Para 4 konon YS dalam proses tuntutan pampasan tanah Bkt Tinggi kerana terlibat projek LRT3. Hakikat sebenar ialah kes libat projek LRT 3 di tanah itu dah selesai dan YS sudah ambil pampasan juga dah putus tidak akan ada pampasan tambahan. 

Pengurangan dari RM8.1 kepada RM7.6 kerana projek LRT3 tetapi bagaimana dengan pengurangan dari RM11.7 kepada RM8.1 ??

Item 5 kononya semua ikut proses, benda paling mudah. Pemilihan CapBay untuk dicagar tanah dapat pinjaman tidak dibentangkan dan ia diberi secara direct nego juga tidak melalui proses perolehan. Jelas FR juga tidak setuju sehingga kemudian keluar belanja untuk kaveat tanah tersebut kerana takut ditipu.

Item 7 YS tuntut cheGuBard minta maaf dan katanya sudah buat laporan polis. Respon saya jelas saya bercakap yang benar dan tak akan minta maaf. Malah YS ketika keluar kenyataan sudah lapor polis jelas menipu kerana tidak ada laporan ketika itu dibuat. 

Rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya perlu ketahui dalam kenyataan YS dia akui dia terpaksa jual aset kerana untuk tanggung kos operasi. YS sedang alami krisis kewangan. 

Kini wajib ada desakan supaya SPRM  bertindak. Rakyat perlu desak YS yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor hentikan usaha penjualan aset. 

Saya sedang dalam peringkat akhir untuk dedah punca masalah kewangan YS antaranya pembaziran pembayaran gaji melampau bila MB lantik kawannya sebagai Pengurus Besar yang kemudian menukar jawatan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Pertukaran nama jawatan itu membawa kepada pertukaranngred gaji dan fasiliti yang libatkan tanggungan melampau kepada YS. Bukan itu sahaja malah turut melantik beberapa orang ke jawatan bergaji mewah dalam YS tanpa proses.

Kawan MB yang dilantik itu juga telah melantik perbagai konsultan dari luar yang tidak ikut proses, tidak layak dan membazir wang YS. Beberapa projek seperti projek naik taraf asrama juga dilihat ada kepincangan. 

Maka tidak hairan YS alami masalah kewangan. Selepas ini akan didedahkan bagaimana YS melantik konsultan tidak layak secara direct nego tanpa melalui proses.

SUK Selangor Royal Selangor IKRAM Selangor Sprm Selangor Azmin Ali Hilman Idham Hairi Ahmad Yunus Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Hannah Yeoh , apa yang fitnah ?

Penganjur program rekrut bukan Kristian ke Gereja itu bukan agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan ka ? Atau program ajak bukan kristian itu tidak wujud ? 

Kalau program itu tidak salah kenapa panik hingga agensi bawah KBS itu padam poster ajak belia bukan kristian ke Gereja ? 

Ingat artikel 11 sebut dengan jelas agama persekutuan Malaysia ialah Islam. Sebarang usaha mempromosi agama lain dikalangan Islam ialah jenayah. Jika kamu tidak setuju pinda perlembagaan dan pinda undang undang. 

Semua bebas amal agama masing masing tetapi promosi (dakwah) agama lain dikalangan Islam itu JENAYAH !

Buat program bawa anak muda ke Masjid tidak menjadikan program bawa bukan Kistian ke Gereja. JELAS ia mempromosikan Pluralisma dan liberalisma MELAMPAU !

Jangan ingat kamu dah menteri, boleh guna kuasa menekan usaha pertahan agama dan bangsa.... 

Ł„َكُŁ…ْ ŲÆِŁŠŁ†ُكُŁ…ْ وَŁ„ِيَ ŲÆِŁŠŁ†ِ
"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". Al-Kafirun ayat 6.

Islam mengajar kami hormati semua agama dan lindungi mereka dalam mengamalkan agamanya. Namun dengan masuk campur urusan agama kami dan kamu sebar agama kamu dikalangan Islam itu "menjolok sarang tebuan"

Amaran jelas, program ajak pemuda bukan Kristian ke Gereja pada 18 Mac di Church Of Our Lady of Lourdes, Klang WAJIB dibatalkan. 

Kepasa anggota Kabinet beragama Islam dan pemimpin kerajaan... mana maruah kamu bila akidah anak anak Islam diancam...

HDB Singapura sudah lama menjadi penasihat pembangunan di Batu Kawan SPS - Izuri

SEJAK saya berada dalam Kerajaan Pakatan Rakyat dulu lagi 2008 iaitu Kerajaan DAP Pulau Pinang setiap tahun DAP menghadap PAP Kerajaan Singapura untuk dapat nasihat membawa perancangan Devide & Rule, selepas PRU13 habis semua Kampung Melayu di Pulau Pinang ranap dan dibina kondominium.

Apa jadi dengan anak Qariyah? Orang Melayu terus hilang disebabkan kampung halaman sudah ranap dan orang Islam hanya mampu tengok Kondo yang tak mampu dibeli RM400,000 ke atas. 

Di mana ada kampung Melayu di situlah pemaju masuk. HDB telah lama menjadi penasihat pembangunan di Batu Kawan SPS.

Salah satu sebab saya dipecat sebagai Ahli Majlis MPPP 26 September 2014 adalah kerana saya menyuarakan bantahan kebimbangan nasib kampung warisan makin ranap sebaik DAP mendapat kuasa selepas PRU13, saya sebutkan dalam ucapan saya di Muktamar PAS di Batu Pahat Johor 2014.

Kini Menteri DAP KPKT secara terang dan terancang menjemput HDB SG masuk. Apa akan jadi dengan tanah rizab Melayu di Tanah Melayu?

Kalau ini terus berlaku dalam 10-20 tahun Kampung Warisan Melayu pinggir bandar akan jadi seperti di Gelang Serai dan Pulau Pinang khususnya di Bandar bandar Utama. 

Di Penang sebelah pulau, SPS dan SPT sudah ranap. Majoriti orang Melayu sudah lari dan kini jadi minoriti

Sasaran agenda DAP nak bina terowong atau Jambatan ke-3 sekarang adalah dengan menghala dari Georgetown terus ke SPU Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor untuk diranapkan. Kini SPU dan SPT dikuasai PN agak tergugatlah DAP.

Ambillah iktibar di Singapura dan Pulau Pinang, sedarlah wahai anak muda. Penyelamatnya adalah gelombang Tsunami Hijau dalam PRN15 kali ini perlu dijadikan realiti. 

Gelombang Hijau harus tumbangkan Kerajaan PH DAP Pulau Pinang. Bacalah risalah di bawah ini.

ISZUREE IBRAHIM – HARAKAHDAILY 

Motif Nga Kor Meng ambil HDB Singapura sebagai penasihat KPKT meragukan

Jangan sampai ayat "mereka dah lama rancang kita je yang lalai" memakan diri kita satu hari nanti.

Ada beberapa persoalan di sini.

Pertama, mengapa Nga Kor Ming mesti ambil pakar negara luar yang terang-terangan berat sebelah dalam mengurus perumahan di negara mereka? Adakah negara kita telah ketandusan pakar?

Persoalan kedua, kenapa pilih Housing and Development Board (HDB)?

"Kerajaan Singapura menubuhkan Housing and Development Board (BHD) bagi menjalankan pembangunan perumahan secara terancang dan menggunakan alternatif ini untuk memecahkan dominasi kaum dalam sistem perumahan di Singapura. Sistem kuota perumahan telah diperkenalkan dan kampung-kampung Melayu dihapuskan atas nama pembangunan." Dipetik dari buku Pembandaran Kolonial dan Penghapusan Bangsa Melayu di Malaysia.

Persoalan untuk kita fikirkan. Pempimpin PH dan BN jangan senyap saja. 

Tenang-tenang DAP, banyak "kerja"nya. 

#KPKT
#NgaKorMing
#GerakanPengundiSedar
© all rights reserved
made with by templateszoo