NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label ADUAN. Show all posts
Showing posts with label ADUAN. Show all posts

Solat hajat minta ‘dibukakan hati’ pagi esok


Semua pembaca diminta solat hajat bagi membuka hati pihak yang tidak mahu perpaduan ummah pagi esok.

Seruan solat hajat itu dibuat kepada semua pembaca yang membaca artikel ini, ahli PAS termasuk Umno, Bersatu dan parti lain yang inginkan perpaduan ummah terlaksana di negara ini.

“Kita tak putus harap, kita masih ajak untuk kita bersatu kerana ia adalah perintah Tuhan, jadi kita dah usaha ajakan ini.

“Jadi sekarang ni yang boleh ubah hati adalah Allah maka kita ajak lah ahli-ahli kita doa pada Allah supaya diubah hati-hati orang yang tak mahu agenda perpaduan ummah supaya mereka kembali dan bersetuju dengan usaha suci yang kita sedang jalankan bagi membentuk suatu kerajaan yang bersih, cekap dan adil bersama dengan Islam.

“Mesej utama penganjuran solat hajat dan munajat ini adalah gesaan penyatuan ummah dapat direalisasikan dalam negara dengan terbentuk suatu kerajaan Melayu Islam bagi menyelamatkan Islam di negara yang kita cintai

Solat hajat perlu diadakan di semua cawangan parti seluruh negara, di rumah atau dimana sahaja anda berada.

Sesungguhnya Allah tempat kita mengadu.

ALLAH s.w.t. berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku, bertanya kepadamu mengenai Aku (katakan) sesungguhnya Aku dekat. Aku menyahut doa orang berdoa, tatkala dia berdoa kepada-Ku, justeru sahutlah seruan-Ku.”

Antara hakikat kelebihan berdoa, hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan lain-lain, bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Qadak itu tidak dapat ditolak melainkan dengan doa.”

Selain itu Nabi s.a.w. juga menerangkan: “Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah berlaku atau kejadian yang belum berlaku. Oleh itu wahai hamba Allah, hendaklah kamu berdoa.”

Alangkah tepatnya bandingan yang dikemukakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal menerusi kitabnya Al-Zuhd, riwayat ke-371 tentang hakikat doa. Beliau berkata bahawa keperluan hamba kepada doa ini tidak ubah seperti seorang manusia yang hampir-hampir lemas di lautan, lalu dia memperolehi sebatang kayu untuk menyelamatkannya daripada karam. Beliau lantas mengucapkan, “Ya Rab… ya Rab!” Maka Allah s.w.t. dengan ihsan-Nya yang tinggi mampu menyelamatkan hamba tersebut daripada musibah itu.

JANGAN LUPA SOLAT SEMUA UNTUK 30 MP YANG HADIR TERBUKA HATI NAK TEGAKKAN ISLAM....

NASIR RAMLEE

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Penjual Mengaku Ori Tapi Yang Sampai Barang ‘Fake’? Ni Cara Untuk Buat Tuntutan Hingga RM25,000


Kalau korang tengok zaman serba canggih ni, boleh dikatakan ramai yang sudah tertipu dengan penjual di atas talian (online). Ada penjual yang mengaku barang ori, siap beriklan dengan menggunakan jenama produk terkenal. Tetapi bila kita dah beli, barang yang sampai dekat kita adalah barang tiruan dan tidak berjenama.

Untuk pengetahuan korang, para penjual seperti ini akan mengambil kesempatan atas kepercayaan pelanggan yang membuat bayaran tanpa melihat barangan secara bersemuka.

Malahan, ada bermacam-macam kes penipuan sebegini kita boleh tengok di media sosial, tak kurang juga pada ruangan review kedai online itu sendiri.

Salah satunya yang korang boleh tengok sendiri ialah penjual vakum atas talian yang menggunakan jenama terkenal seperti di bawah ini. Jika korang lihat, ramai pembeli meluahkan rasa tidak puas hati dipercayai ditipu.

seller mengaku ori

Penjual juga memberi tawaran yang melampau dan tidak logik untuk mengaburi mata mangsa

Antara mangsa yang meninggalkan review tidak puas hati.

seller mengaku ori

Dah tertipu, macam mana nak buat tuntutan?

Bagi korang yang pernah menjadi mangsa, korang boleh terus membuat aduan kepada KPDNHEP dan membuat tuntutan sama ada kepada platform e-dagang, Mahkamah Tuntutan Kecil (Bawah RM5k) mahupun Tribunal Tuntutan Pengguna (RM25,000). 

Korang juga boleh hadir sendiri ke Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di seluruh Malaysia atau layari ttpm.kpdnhep.gov.my untuk membuat aduan.

Pastikan korang simpan bukti-bukti yang perlu ada bagi membolehkan korang membuat tuntutan ganti rugi. Antaranya ialah:

  • Rekod komunikasi antara korang dengan penjual
  • Maklumat barang seperti yang diiklankan oleh penjual
  • Resit pembayaran atau transaksi
  • Maklumat kurier dan nombor pengesahan kurier
seller mengaku ori
Gambar: KPDNHEP

Diharapkan agar korang sentiasa berhati-hati ketika membuat transaksi jual beli atas talian ni.

Setiap kali korang buat transaksi, pastikan rekod-rekod maklumat seperti yang dinyatakan di atas ni sebagai bukti jika berlaku penipuan.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Harga tiket Yahudi, mahasiswa Sabah luah cuti 5 hari sia-sia


KUALA LUMPUR
: Mahasiswa Sabah meluahkan rasa terkilan dengan peningkatan harga tiket kapal terbang yang terlampau mahal dan bersifat ‘Yahudi’ ketika musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) Sabah, berkata mereka yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung merasakan cuti lima hari khas yang diberikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sia-sia.

“Terima Kasih diucapkan kepada KPT atas satu inisiatif yang baik daripada kementerian untuk menggalakkan mahasiswa pulang mengundi pada PRU15.

“Namun, terdapat perkara yang mengecewakan mahasiswa khususnya kepada anak Sabah iaitu harga tiket penerbangan ke Sabah masih berada pada tingkat harga yang mahal dan bersifat harga ‘Yahudi’,” katanya dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

Menurut kenyataan itu, harga tiket penerbangan pada musim PRU15 nanti menjadi kerisauan kepada mahasiswa sekiranya mereka tidak dapat pulang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Katanya, isu tiket penerbangan mahal ke Sabah bukanlah suatu perkara yang baharu, tetapi boleh dikatakan sebagai senario tahunan yang sentiasa dibangkitan.

“Hal ini dek kerana, belum ada jalan penyelesaian yang konkrit dan terancang diambil khususnya oleh kerajaan Negeri Sabah ibaratnya seperti ‘Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’.

“Sebelum ini MARSIS juga telah mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ini iaitu ‘Harga Tiket Ke Borneo Mahal’ pada musim perayaan yang membebankan mahasiswa dan juga anak perantau untuk pulang menyambut hari raya Aidilfitri.

“Perkara ini sepatutnya menjadi kebimbangan bersama KPT, Kementeri Pengangkutan, Kementeri Tugas-Tugas Khas dan Ketua Menteri kerana bimbang mahasiswa Sabah yang ada kesedaran mengundi tidak dapat pulang mengundi,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, MARSIS dan GAMIS Sabah juga bimbang jika objektif utama KPT memberi cuti pelepasan lima hari tidak tercapai, iaitu untuk melahirkan generasi yang prihatin dengan pemerintahan negara dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sebagai pengundi.

Katanya, MARSIS dan GAMIS Sabah sangat mengambil berat dengan kebimbangan yang wujud.

Mereka juga berharap wujud persetujuan dan perbincangan yang berfokus bersama syarikat-syarikat penerbangan khusus untuk menyelesaikan masalah isu tiket penerbangan yang terlampau mahal.

Katanya, tindakan ini supaya tanggungjawab sebagai pengundi dapat dilaksanakan oleh mahasiswa serta dapat memanfaatkan cuti pelepasan lima hari dari KPT.

“Kita yakin mereka inilah pemimpin pelapis kepada kepimpinan negeri dan negara dimasa akan datang,” kata kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 24/10/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Sampah di Kuala Terengganu: Adakah ia tindakan sabotaj atau tidak cekap


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diminta menyelesaikan segera masalah sampah yang melimpah keluar dari tong yang disediakan oleh mereka.

Menurut penduduk Kuala Terengganu, sudah beberapa hari sampah tidak dikutip dan memberikan pandangan yang tidak baik dan berbau busuk.

Mereka mempersoalkan, apakah tindakan tidak mengutip sampah ini satu tindakan untuk memalukan kerajaan negeri iaitu sabotaj atau ia satu ketidakcekapan pengurusan MBKT.

“Ni nak malukan kerajaan negeri ke dok cekap,” tanya Mohamad Jusoh, salah seorang penduduk Pengadang Baru yang menerima kesan dari sampah yang berlonggok di tempat buangan sampah itu.

Sampah berlonggok di luar tong yang disediakan.

Sehubungan itu, beliau meminta MBKT mengambil tindakan segera mengambil sampah itu sebelum lebih ramai penduduk yang membuat aduan mengenainya.

“Komanlah, kenapa biar berlonggok begitu. Ni dah lebih tiga hari ni dok kutip, sebab itu jadi macam tu,” kata Ramlah Awang, seorang ahli kariah Masjid Jamek Pengadang Baru yang tidak tahan dengan pandangan buruk dan bau busuk dari sampah itu.

Sampah yang berlonggok di tepi jalan memberikan pandangan menjijikkan dan berbau busuk.

Sampah bukan sahaja di sekitar Masjid Pengadang Baru tetapi juga sekitar jalan ke Gelugor dan juga Wakaf Mempelam.

“Saya minta MBKT bertindak segera,” kata Ramlah yang tidak mahu masalah sampah ini menjadi semakin buruk dan memberikan nama burok pula kepada kerajaan negeri di bawah Pas.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo