KUALA LUMPUR – Masa depan dan kedudukan DAP dalam Kerajaan Perpaduan kini diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan lebih 4,000 perwakilan yang bakal menentukan hala tuju parti pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026 yang dijadualkan berlangsung 16 Ogos depan.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan malam ini telah memutuskan untuk membawa satu usul khas bagi membolehkan para perwakilan membuat keputusan muktamad berkenaan perkara itu.
Menurutnya, usul tersebut penting bagi memutuskan sama ada parti berkenaan perlu terus kekal berada dalam kerajaan bagi baki penggal Parlimen semasa atau sebaliknya.
”Usul ini akan ditentukan sendiri oleh para perwakilan sama ada kekal atau tidak dalam kerajaan. Keputusan ini tidak dibuat oleh CEC, sebaliknya kita menyerahkan kepada kebijaksanaan perwakilan yang layak hadir pada Persidangan Kebangsaan itu kelak.
“Kita memang ada membahaskan perkara ini tetapi CEC tak nak membuat apa-apa pendirian kerana yang penting ialah perwakilan kita kena buat keputusan itu.
“Jadi kita tak nak ada apa-apa pendirian untuk memandu keputusan perwakilan. Perwakilan ada kebebasan mutlak untuk membuat keputusan mereka kerana semua perwakilan akan dibekalkan kertas undi.
“Mereka bukan mengangkat tangan tetapi akan dibekalkan kertas undi untuk mengundi sama ada kekal atau tidak,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat DAP malam ini.
Jelasnya, CEC sebulat suara mengambil keputusan supaya tidak mengambil satu pendirian rasmi.
“Memang kita ada macam-macam pandangan dalam CEC tetapi itu adalah pandangan peribadi anggota-anggota CEC. Tetapi saya tidak mahu mempengaruhi keputusan daripada perwakilan.
“Perwakilan akan ada kebebasan untuk membuat keputusan mereka sendiri. Jadi kita sebagai satu parti yang mengamalkan sistem demokrasi dalaman, kedudukan kita dalam kerajaan bukan kita tentukan sendiri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment