NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa Muslihat Zahid Hamidi? Annuar musa bongkar Pengkhianat Penyatuan Melayu Islam


KETUA UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menggunakan platform media sosial termasuk aplikasi TikTok membawa persoalan apakah muslihat Zahid Hamidi.

Pendedahan secara eksklusif ini dibuat oleh bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dengan harapan, menjawab dan memberi pencerahan kepada semua yang ingin mengetahui mengapakah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak sedemikian.

Dengan rasa rendah diri, Annuar berkata, beliau bukan sesiapa tapi bercakap jujur dan tidak melibatkan cerita atau perkara-perkara yang tidak baik sebagai seorang individu.

“Kita kalah kerana kita gagal sebagai sebuah parti untuk menunjukkan kepada rakyat, kita ada will power untuk tidak melakukan atau untuk tidak membuat sesuatu yang rakyat tak suka.

“Kita terlepas peluang untuk menunjukkan pada pilihan raya yang lalu. Sepatutnya tak ulang. Rakyat tak suka penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah atau unsur-unsur yang sama.


“Tiba-tiba kita masuk dalam pilihanraya dengan cuba mempertahankan individu dalam golongan itu.

“Sebelum penamaan calon, dah bincang, bolehkah kita masuk pilihan raya dan bawa imej individu-individu tertentu.

“Kita bawa formula yang salah. Kita tak serik, kita kelihatan tak insaf dan tak ada will power nak ubah apa yang rakyat tak suka.

“Rakyat beri undi kepada parti yang bukan mereka suka tetapi tolak parti yang mereka suka. Di kalangan undi Melayu, terpaksa lambakkan undi mereka kepada Perikatan Nasional.

“Jelas mereka tak suka PH, DAP dan sebagainya tapi mereka bukan fanatik atau penyokong kuat PN tetapi mereka tak suka dan tak nak beri kemenangan kepada Barisan Nasional,” jelas Annuar.

Annuar tidak suka apabila menyalahkan pengundi termasuk pengundi muda. Ini satu sikap yang salah dan bagi beliau, pengundi muda telah buat satu keputusan yang betul.

“Kita yang buat tawaran yang salah, bukan pengundi yang salah,” tegas Annuar.

Terus terang, kata Annuar, Datuk Seri Zahid tak popular dalam kalangan rakyat.

“Dalam PRN Melaka dan Johor, Presiden UMNO kebelakang. Kita lebih tonjolkan Perdana Menteri yang baru mengambil alih jawatan.

“Kita tahu beliau, Zahid, perlu melalui satu proses. Tapi beliau dilihat terlalu kedepan. Pemilihan calon, beliau pancung, poster boy ke belakang.

“Kelantan 14 – 0 di mana Pas ada pace, Bersatu dan saya pernah kata ini tapi orang tak percaya. Salah strategi kita ketengahkan satu watak kalau berkuasa.

“Satu survey yang dibuat 2016, kalau kita nak menang cemerlang, perlu bergabung lawan satu sama satu dengan PH. Saya diarahkan buat beberapa perkara.

“Lahir Muafakat Nasional (MN) dalam Piagam, saya terlibat, penyatuan semula orang Melayu melalui MN adalah jawapan yang tuntas untuk kita kembali kuat dan tuntas.

“Kita akan buat keputusan dan jika ada perbezaan pendapat, kita rujuk kepada sunnah dan Al Quran.

“Itu satu loose commission. Saya jelaskan kepada parti-parti bukan Islam, MCA, MIC dan sebagainya.

“Satu commission Sabah, satu di Sarawak. Formula MN selaras dengan strategi, selari dengan tuntutan dan baiki perbezaan pendapat dulu.

“PRN Tanjung Piai, orang Melayu kuat bersatu, kita dapat sokongan orang Cina di Tg Piai.

“Kita letakkan calon bukan Melayu. Orang Pas kerja, orang UMNO kerja dan kita menang dengan besar. MN satu formula yang ultimate, tuntas untuk UMNO, Pas dan ketika itu kita menentang Bersatu.

“Malangnya formula itu telah di amended. Mati tanpa gugurnya MN. Orang di luar tak begitu faham apa yang berlaku.

“Setelah tubuh MN hujung tahun 2019, perhimpunan ummah, menang siri pilihan raya sampai Tg Piai.

“Berlaku satu game politik dalaman. Saya diarahkan membuat jemputan kepada Bersatu sebab UMNO tak nak masuk. PN dijemput masuk.

“Julai 2021 Biro politik UMNO buat keputusan tuntut jawatan TPM. Di kantin Parlimen, Zahid bisik kepada saya, bagitau Tan Sri Muhyiddin, lantik dia TPM atau Menteri Dalam Negeri.

“Dia gunakan saya sebagai jambatan untuk banyak perkara, berunding parti-parti, SD untuk Saarani jadi MB di Perak.

“Tan Sri Muhyiddin bertegas, siapa-siapa pun boleh daripada UMNO tapi bukan Zahid. I don’t trust this man,” kata Annuar.

Tambah beliau, “Mereka putus asa tak dapat sokongan isu-isu mereka. TSM declare, dia tak boleh campur urusan mahkamah tapi soal Bersatu nak masuk bawah MN, tak mengapalah.

“Arahan Zahid tak proceed bawa masuk Bersatu bawah Perikatan Nasional.

“Telah ada perjumpaan dibuat Julai dan Ogos di Ampang, Anthony Loke, Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi. Merancang Anwar jadi PM.

“Itu waktu nak buat pilihan raya di Sabah. Anwar keluar statement, dia cukup sokongan jadi PM.

“Terbukti Presiden tandatangan satu surat, bersetia dengan Anwar Ibrahim jadi PM. Maka timbullah perbezaan pendapat. Saya dituduh tak setia kepada parti, dituduh sebagai pengkhianat, Setiausaha Akhbar saya digantung.

“MN tak lagi buat mesyuarat sebab Pas tegas tak nak Anwar. No Anwar No DAP. Sampailah ke akhirnya sekarang. No Bersatu, No Pas. Formula going solo.

“Noh Omar, Nazri Aziz, Tajuddin Rahman terlibat dibawa formula going solo. Agenda peribadi, maksudnya membantu PH. A disaster.

“Bersatu dan Pas nak bunuh UMNO? Pas bantu kita. Pilihan raya Cameron Highlands, calon UMNO, Tg Piai, Kimanis semua Pas sokong. Kita tidak boleh berbelit dalam politik.

“UMNO tak da duit, berpuluh juta Bersatu membantu kita. Jajaran baru telah bermula, sengaja mewujudkan kebencian pada Bersatu dan Pas. Kita bertindak berdasarkan al Quran dan sunnah.

“Tak harus memerangi sesama Islam. Nak bina kekuatan, jangan berpecah belah. Saya berpegang pada itu,” kata Annuar dengan jelas dan jitu.

Kata Annuar, “Kita nak menolak sahabat, parti yang amalkan dasar sosialis, bahaya. Kalau dah gagal begini teruk, masih bawa naratif, gagallah kita.

“Persepsi yang sangat salah. UMNO kerjasama dengan orang Cina, India, Dayak, Kadazan. Kalau ada titik persamaan dalam perjuangan, hatta DAP, kita boleh bekerjasama.

“Kalau DAP ubah dasar lain. Saya nak guna perumapaan yang agak kasar bunyinya. Kalau daging babi tu haram, hanya tukar tukang masak, dia halal?

“Dia tetap DAP yang sama. Bukan atas dasar race, kaum. Itu DAP Melayu, DAP Islam.

“Kita tak sealiran. DAP perjuangkan sosialisme. Dia kalau ekstrem, pergi ke komunis. Liberal, datang LGBT dan macam macam.

“Kita berteraskan Islam. Bersatu, Pas, itu dasar yang serupa tapi personaliti lain-lain. Titik pertemuan yang sangat fundamental. Deklarasi Setapak, Dasar Malaysian Malaysia tak pernah dipinda.

“DAP buat silap, dia rakus. DAP zaman Anthony Loke, pisaunya lebih halus. Tajamnya, lebih halus,” kata Annuar. – SM

---------



“Ahli UMNO jangan lupa, Zahid sejak dulu hanya mahu menyelamatkan dirinya. Ini bukan mengenai UMNO atau perjuangan agama dan bangsa. Si munafik ini hanya pentingkan dirinya saja.

“No Anwar, No DAP, No More Zahid Hamidi,” katanya dalam satu kenyataan.

Zahid sudah tersepit dan sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan dirinya selepas menjadi punca kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

“Sebenarnya Tingkat 38 dan Ahli Majlis Tertingg yang menyokong Zahid sudah amat terdesak untuk menyelamatkan tengkuk masing-masing selepas mengakibatkan kekalahan UMNO dan BN paling besar dalam sejarah dalam PRU-15.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo