NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Kesal Tangkapan Terhadap Muhammad Zamri Vinoth



Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan kekesalan ekoran penangkapan seorang pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth yang didakwa kerana menghina agama lain.

2. Menurut laporan beberapa akhbar, terdapat beberapa belas laporan polis telah dibuat ke atasnya oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang lima hari lalu.

3. PAS ingin mengingatkan ratusan laporan polis telah dibuat oleh pelbagai individu dan pertubuhan bukan kerajaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang celupar menghina Islam dan berpotensi mencetuskan konflik perkauman.

4. Contohnya, laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (DAP) P.Ramasamy yang dikaitkan dengan organisasi pengganas LTTE pada bulan Julai 2018.

5. Kemudian, laporan polis terhadap Menteri P. Waytha Moorthy yang menabur fitnah tentang kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan terhadap masyarakat Hindu di negara ini pada bulan November 2018.

6. Selain itu, laporan polis juga dibuat terhadap seorang exco Selangor V Ganabatirau (DAP) yang mengaitkan rusuhan robohan kuil dengan umat Islam.

7. Banyak lagi laporan polis telah dibuat ke atas pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Nga Kor Ming dan Chew Chong Sing rentetan kenyataan mereka yang mengundang kemarahan umat Islam.

8. Namun, apakah tindakan susulan yang telah diambil ke atas mereka? Adakah ini yang dimaksudkan dengan kedaulatan undang-undang di bawah Malaysia Baharu?

Islam Memimpin

Sekian

Nasrudin bin Hassan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan

Di mana reformis Islam?




oleh: DR MOHD TAJUDDIN MOHD RASDI | 30 Apr 2019

DALAM nukilan kali ini, saya ingin menanyakan di mana perginya reformis-reformis Islam yang mengetuai NGO-NGO hebat seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan IKRAM yang telah ‘mengislamkan Melayu’ dalam tahun 1970-an dan 1980-an.

Nama-nama generasi pertama proses ‘pengislaman Melayu moden’ seperti Anwar Ibrahim, Shaari Sungib, Mohd Nor Manuti dan Siddiq Fadzil merupakan tokoh-tokoh perjuangan Islam era tersebut.

Tetapi kini, apabila pelbagai isu ekstremisme Islam berlaku di dalam dan di luar negara, suara-suara ini senyap serta hilang dek suara-suara oportunis politik yang mengeruhkan lagi keadaan serta merenggangkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini.

Saya ingin menyajikan kembali mauduk atau makna hakiki perjuangan Islam yang bakal membina negara ini dengan Islam moderat dan progresif daripada satu ucapan yang saya dengar serta baca sendiri oleh Profesor Datuk Dr Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 2018, yang telah disampaikan di UKM pada tahun lepas.

Dr Siddiq telah mengungkapkan bahawa kepelbagaian sebagai suatu yang indah dan boleh membawa manfaat kepada umat Islam.

Kata beliau: "Budaya hidup bersama harus berpangkal daripada sikap positif terhadap kepelbagaian. Seperti yang dinyatakan oleh al-Shakyh Abdu ‘Llah bin Bayyah bahawa untuk menangani masalah kepelbagaian dan pluraliti, perlu ada sikap menghormati dan menyenangkan kepelbagaian. Justeru, kepelbagaian adalah kekayaan dan keindahan."

Apa yang saya dapati hebat dalam cebisan ini adalah frasa menghormati dan menyenangkan kepelbagaian. Mengikut tokoh ini, kepelbagaian perlu disenangi dan bukan sahaja ditoleransikan atau diterima dengan perasaan meluat dan keji.

Dr Siddik selanjutnya mentakrifkan erti ta’aruf atau saling mengenal antara satu kaum dengan kaum yang lain. Bagi beliau, perbezaan adalah suatu kekuatan dan kekayaan.

Di Malaysia, kita gagal menggembleng keistimewaan setiap kaum dalam apa jua projek, maka itu kita berpusing-pusing dengan pantas tetapi tidak ke mana juga.

Dr Siddiq memberi takrifan berdialog yang amat mengkagumkan saya. Beliau mengungkap, berdialog haruslah mempunyai kelapangan untuk menerima pandangan orang yang amat beza sekali dengan kita.

Ternyata sifat rendah diri tokoh ini menjelaskan apa sebenarnya kesediaan berdialog dengan erti makna yang lebih menyeluruh dan adil. Dr Siddiq menyambung wacana beliau tentang berbuat dan berbalas baik dengan mentafsirkan nilai keinsanan Islam yang sejati: "Kemuliaan insan adalah kurnia Tuhan yang bererti Tuhan sendiri yang memuliakan manusia, dan kerana itu tidak siapa pun yang berhak menghina manusia dengan cara apa pun," katanya.

Sejarah politik negara kita merakamkan bagaimana kepimpinan UMNO telah mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seluas-luas liputan media dan telah memenjarakan orang Islam dan bukan Islam dalam Operasi Lalang.

Orang Melayu juga membiarkan Jamal Yunos dan geng baju merah melontarkan kata nista ‘Cina babi’ dan banyak lagi. Dr Siddiq memberi tafsiran persaudaraan merentas kaum dalam aspek politik kenegaraan dan global seperti berikut:

"Sementara itu nilai persaudaraan perlu difahami dan diamalkan dalam erti yang luas, tidak terbatas hanya dalam lingkaran persaudaraan seagama (ukhuwwah dinniyah), tetapi meliputi persaudaraan setanah air (ukhuwwah wataniyyah) dan seterusnya persaudaraan kemanusiaan (ukhuwwah insaniyyah)." Dr Siddiq memetik sejarah Islam yang memberikan amanah pentadbiran kepada individu yang berkelayakan dari sudut profesion tetapi mereka daripada golongan agama selain Islam:

"Dr Hamid ‘Abdu ‘Llah Rabi’ dalam ulasannya terhadap manuskrip Suluk al-Malik fi Tadbir al-Mamalik oleh Shahab al-Din Ahmad ibn Muhammad ibn Abi al-Rabi’ yang ditulis untuk Khalifah al-M’tasim bi ‘Llah al-’Abbasiy, menyebut bahawa zaman pemerintahan al-Ma’mun dicirikan oleh tahap toleransi yang luar biasa sehingga jawatan Perdana Menterinya disandang oleh seorang Katolik iaitu Fadl Ibn Marwan (Rabi’ Hamid ‘Abdu ‘Llah, 1983:240-241)."

Dalam isu Lim Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan Malaysia, maka riuhlah orang Pas dan UMNO mendendangkan bagaimana usaha ini bakal meruntuhkan hegemoni Islam di negara ini.

Bagi kebanyakan orang Melayu, hanya orang Melayu yang layak menjawat portfolio terpenting. Tidakkah mereka sedar yang orang Melayu UMNO juga yang merompak khazanah harta negara dengan skandal 1MDB dan Tabung Haji dengan bantuan pegawai-pegawai tinggi yang semuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam?

Dengan kata-kata bernas, matang dan bertamadun demikian, di manakah kumpulan-kumpulan reformis Islam dalam menegakkan nilai-nilai Islam yang bakal menyelamatkan kekeruhan hubungan kaum serta membangun negara dengan visi serta misi yang semulia ini?

* Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi ialah Pensyarah UCSI University, Kampus Cheras, Kuala Lumpur

Sumber Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/25918/KOLUMNIS/Di-mana-reformis-Islam

Bantahan Melayu Dap Terhadap PDRM Perkukuh Persepsi Dap Tidak Mesra Raja-Raja



Dua pemimpin Melayu DAP, iaitu Syahredzan Johan yang merupakan Setiausaha Politik Lim Kit Siang dan Farhan Haziq yang merupakan Ketua DAPSY Subang, membantah tindakan PDRM memulakan siasatan terhadap Forum "Malaysia dan Statut Rome".

Kata mereka, PDRM mempunyai budi bicara untuk tidak memulakan siasatan walaupun ada laporan-laporan polis yang telah dibuat, apatah lagi sekiranya laporan-laporan polis yang dibuat langsung tidak berasas kerana hakikatnya forum tersebut adalah forum ilmiah.

Laporan-laporan polis dibuat kerana adanya kenyataan-kenyataan yang boleh membangkitkan kebencian dan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu, malah mereka sendiri tidak berani menyatakan dengan pasti bahawa laporan-laporan polis itu tidak berasas.

Tiada apa yang perlu ditakutkan sekiranya benar kenyataan-kenyataan yang dibuat itu tidak berniat membangkitkan kebencian dan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu, tidak perlulah diganggu tugas PDRM dan dipertikai kebijaksanaan PDRM membuat keputusan.

Antara kenyataan-kenyataan yang dibuat dalam forum ini adalah:
(1) Mendakwa Raja-Raja Melayu tidak memberi perkenan kepada ratifikasi Statut Rom kerana mahu melindungi diri mereka dari jenayah kemanusiaan yang mereka lakukan.
(2) Mendakwa Raja-Raja Melayu dari Johor ke Perlis bukan keturunan Raja sebenarnya tetapi adalah keturunan daripada orang yang diletakkan sebagai Raja oleh British.
(3) Mendakwa Raja-Raja Melayu makin meluas menentang, menceroboh dan melanggar perlembagaan negara, termasuk dianggap sebagai antara perompak kekayaan negara.

Saya sendiri dan ramai lagi rakyat Malaysia mahu tahu apakah kenyataan-kenyataan yang dibuat dalam forum ini berasas atau tidak kerana pihak yang menyatakannya tidak memberikan bukti-bukti yang jelas dan terperinci ke atas kenyataan-kenyataan ini.

Bila pemimpin Melayu DAP membantah tindakan PDRM memulakan siasatan terhadap kenyataan-kenyataan yang boleh membangkitkan kebencian dan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu, ia hanya akan mengukuhkan persepsi DAP tidak mesra Raja-Raja Melayu.

Islam Dibuli Bawah Ph-Dr. Maza


Realiti politik pada ketika ini yang membiarkan umat Islam dibuli telah menyedarkan rakyat bahawa agama Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran hari ini, ujar Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata perkembangan terbaharu yang membabitkan penahanan dan perintah reman Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, Muhammad Zamri Vinoth atas dakwaan konon menghina agama Hindu jelas memperlihatkan ketidakadilan kerajaan dalam menangani kemelut agama di negara ini.

Beliau berkata pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu di dalam kerajaan yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum hanya dipanggil untuk memberi keterangan.

Malah kata beliau, betapa ramai lagi yang menghina Nabi Muhamad SAW dan mempersendakan ajaran Islam juga hanya melalui proses sama.

“Tapi, ceramah dalam masjid untuk umat Islam sahaja di Kelantan oleh seorang individu yang menceritakan pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam (Muhammad Zamri) telah menyebabkan beliau ditangkap.

“Apakah fakta beliau (Muhammad Zamri) palsu?, apakah beliau menghina atau sekadar menceritakan tentang kisah dirinya sendiri?

“Apakah beliau bertujuan untuk menimbulkan ketegangan seperti mana kenyataan pemimpin-pemimpin yang telah menyebabkan tragedi antara kuil dan pihak bomba (Subang Jaya). Tidak pula mereka ini ditangkap,” katanya melalui kenyataan di Facebook rasmi beliau pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Asri turut mempersoalkan mengenai kenyataan pemimpin politik yang menimbulkan permusuhan dalam kalangan masyarakat Islam.

“Saya tidak menyalahkan pihak PDRM, tetapi ini berlaku kerana realiti politik yang membiarkan Umat Islam dibuli. Suara-suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan yang memimpin pentadbiran hari ini melainkan sejumlah kecil. Apakah ini suatu keadilan?,” soal beliau.

Wartawan Watan-Online

Perlembagaan Johor Dan Terengganu Terbatal?


oleh: Dr Muhammad Fathi Yusof
Pensyarah Polisi dan Undang-undang
UTM KL

1. Negeri-negeri di Malaysia mempunyai Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh masing-masing. Dalam konteks sistem federalisme, kewujudan perlembagaan ini penting kerana kerajaan negeri memerlukan asas perundangan sebagai entiti kerajaan. Kewujudan kerajaan negeri dibuktikan melalui kewujudan Perlembagaan Negeri. Oleh itu penubuhan kerajaan Persekutuan tidak membatalkan perlembagaan negeri kerana kewujudan negeri-negeri adalah sebahagian daripada elemen dalam sistem Persekutuan.

2. Undang-undang Tubuh atau Perlembagaan Negeri mengandungi peruntukan yang berkaitan kedudukan dan takhta Raja-raja Melayu, badan pentadbiran negeri, badan perundangan, kewangan dan sebagainya. Selama ini perlembagaan negeri berkuatkuasa sebagai undang-undang yang sah di setiap negeri termasuk Johor dan Terengganu tanpa sebarang pertikaian.

3. Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan menyebut secara jelas menyentuh berkaitan jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa hak dan kepentingan negeri khususnya yang berkaitan kedudukan Raja-raja mestilah berasaskan Perlembagaan Negeri masing-masing.

4. Peristiwa Malayan Union iaitu apabila Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian MacMichael yang kemudiannya dibatalkan selepas bantahan rakyat tidak membatalkan perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu. Malayan Union tidak pernah terlaksana, maka tidak timbul soal pembatalan perlembagaan negeri.

5. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 juga tidak membatalkan Perlembagaan Negeri bahkan peranan perlembagaan negeri diperkukuh melalui pengiktirafan perjanjian Persekutuan 1948. Selain itu kuasa persekutuan mengikut format 1948 adalah terlalu kecil untuk kita membuat kesimpulan bahawa perlembagaan negeri terhapus kerana kewujudan persekutuan. Bahkan kewujudan jenis-jenis negeri kepada negeri bersekutu, tidak bersekutu dan negeri selat menggambarkan bahawa kewujudan pemerintahan pada waktu itu amat bergantung kepada kewujudan perlembagaan negeri termasuk di Johor dan Terengganu.

6. Kita hairan kenapa isu ini tiba-tiba timbul sedangkan selama ini kewujudan dan kuatkuasa perlembagaan negeri-negeri tidak pernah menjadi pertikaian. Kita harapkan perbezaan pendapat yang berlaku diselesaikan berasaskan ilmu secara matang demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

Di Mana Islam Dalam Polemik Perlembagaan


Minda Presiden PAS

DI MANA ISLAM DALAM POLEMIK PERLEMBAGAAN

Saya penganut Islam yang beriman, oleh yang demikian menafsirkan Islam yang diletakkan dalam Perlembagaan Persekutuan dengan jiwa merdeka. Maka tidak dipedulikan daripada kalangan yang masih berkiblat kepada rujukan penjajah, walaupun sudah dikatakan berada dalam negara yang merdeka dan berdaulat, tetapi otak dan rohnya masih dibelenggu penjajahan.

Wajib seorang Islam merungkai ikatan yang disimpulkan oleh penjajah bagi mengekang kuasa Islam dalam Perlembagaan itu, bahkan kalau ada rantainya wajib diputuskan dan kalau ada tembok juga wajib dirobohkan.

Tidakkah raja dan rakyat bersatu menentang penjajah, tanpa dinafikan adanya di kalangan raja dan rakyat yang khianat. Kalau masih ada saki baki pengkhianat warisan zaman penjajahan, maka mestilah dihapuskan.

Kita menyaksikan konsep “The Rule of Law” (kedaulatan undang-undang) yang dinobat dan diuar-uarkan dengan bangga dan megah, dikatakan berpacak di atas Perlembagaan yang diciptanya. Namun kadang-kadang bukan diambil kira pun kerana ada kepentingan masing-masing.

Pelbagai undang-undang digubal dan diluluskan daripada pokok perlembagaan. Slogan yang dilaungkan oleh orang-orang Greece purbakala di zaman jahiliyah “vox populi, vox dei” (suara rakyat adalah suara Tuhan), walaupun majoriti rakyat itu bodoh dan diperbodohkan.

Ada pula raja yang berpaut dengan slogan yang disadurkan dengan agama, katanya “Raja adalah bayangan Allah yang menaungi rakyat dengan bayangan Allah itu”. Maka ada pula yang berlagak seperti Tuhan yang disembah.

Ada pula yang melakarkan ungkapan “Rule of Law”. Katanya:

• Pengertian “Rule of Law” adalah supremasi hukum atau superioriti hukum yang mutlak dan bertentangan dengan pengaruh kekuasaan yang sewenang-wenang, dan mencabut hak prerogatif atau bahkan kekuasaan bertindak yang besar di pihak pemerintah.
• “Rule of Law” adalah doktrin hukum yang muncul pada abad ke-19, seiring dengan negara konstitusi dan demokrasi.
• “Rule of Law” adalah konsep tentang “common law” iaitu seluruh aspek negara menjunjung tinggi supremasi hukum yang dibangun di atas prinsip keadilan dan egalitarian.
• “Rule of Law” adalah “rule by the law”, bukan “rule by the man”.
• “Rule of Law” adalah diawali dari adanya gagasan untuk melakukan pembatasan kekuasaan pemerintahan negara.
• “Rule of Law” yang diertikan sebagai ‘kekuasaan sebuah hukum’ merupakan tradisi hukum Barat yang mengutamakan prinsip “equality before law”.
• Dikatakan pula bahawa, pada hakikatnya “Rule of Law” adalah memposisikan hukum sebagai landasan bertindak dari seluruh elemen bangsa dalam sebuah negara.

Semuanya cakap kosong, kalau tidak beriman dan budiman. Jadilah tujuannya mahu menetapkan kedudukan masing-masing tanpa peduli rakyat, bahkan rakyat dikastakan mengikut kuasa sewenang-wenang dan harta negeri atau negara dianggap miliknya.

Maka kedudukan dalam kerajaan dikira peluang untuk membolot apa sahaja harta negara, bukannya memikul amanah sebenarnya yang ditakuti oleh langit, bumi dan gunung ganang, tetapi manusia bersedia memikulnya.

Firman Allah:

Ų„ِŁ†َّŲ§ Ų¹َŲ±َŲ¶ْŁ†َŲ§ Ų§Ł„ْŲ£َŁ…َŲ§Ł†َŲ©َ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ų³َّŁ…َŲ§ŁˆَŲ§ŲŖِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ¬ِŲØَŲ§Ł„ِ ŁَŲ£َŲØَŁŠْŁ†َ Ų£َŁ† ŁŠَŲ­ْŁ…ِŁ„ْŁ†َŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ£َŲ“ْŁَŁ‚ْŁ†َ Ł…ِŁ†ْŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ­َŁ…َŁ„َŁ‡َŲ§ Ų§Ł„ْŲ„ِŁ†Ų³َŲ§Ł†ُ ۖ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُ ŁƒَŲ§Ł†َ ŲøَŁ„ُŁˆŁ…ًŲ§ Ų¬َŁ‡ُŁˆŁ„ًŲ§ (72)

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab (yang dinamakan) amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tiada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”. (Surah Al-Ahzaab: 72)

Maksud amanah itu adalah melaksanakan hukum Allah dengan istiqamah supaya berlaku adil kepada semua.

Allah memilih daripada kalangan manusia sebagai contoh yang benar-benar mampu memikul amanah itu melalui firmanNya dengan menyatakan modelnya:

Ų„ِŲ°ِ Ų§ŲØْŲŖَŁ„َŁ‰ٰ Ų„ِŲØْŲ±َŲ§Ł‡ِŁŠŁ…َ Ų±َŲØُّŁ‡ُ ŲØِŁƒَŁ„ِŁ…َŲ§ŲŖٍ ŁَŲ£َŲŖَŁ…َّŁ‡ُŁ†َّ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų„ِŁ†ِّŁŠ Ų¬َŲ§Ų¹ِŁ„ُŁƒَ Ł„ِŁ„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ų„ِŁ…َŲ§Ł…ًŲ§ Ł‚َŲ§Ł„َ ŁˆَŁ…ِŁ† Ų°ُŲ±ِّŁŠَّŲŖِŁŠ Ł‚َŲ§Ł„َ Ł„َŲ§ ŁŠَŁ†َŲ§Ł„ُ Ų¹َŁ‡ْŲÆِŁŠ Ų§Ł„ŲøَّŲ§Ł„ِŁ…ِŁŠŁ†َ(124)

“Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim”. (Surah Al-Baqarah: 124)

Namun hari ini, bukan Nabi Ibrahim A.S. dijadikan contoh, tetapi penentang Nabi yang diambil menjadi guru dan teladan, termasuklah petunjuk yang dimasukkan oleh penjajah yang datang dari kanan atau kiri yang diizinkan oleh penjajah, asalkan Islam jangan diberi tempat. Bahkan ada yang lebih suka menjadi syaitan bisu dengan pelbagai dalih yang bukan dalil.

Tegakkan Islam demi keredhaan Allah walaupun dimarahi oleh seluruh manusia, kerana percayakan kepada Allah yang Maha Suci daripada sifat kekurangan, yang sebenar-benarnya wajib bersifat adil secara mutlak dan menyeluruh. Maka muliakan Islam yang diletakkan dalam Perlembagaan, sepatutnya undang-undang yang ditulis wajiblah Maha Tinggi, mengatasi Raja dan Perdana Menteri mahupun Presiden.

Allah berfirman:

Ł‚ُŁ„ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُŁ…َّ Ł…َŲ§Ł„ِŁƒَ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ„ْŁƒِ ŲŖُŲ¤ْŲŖِŁŠ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ„ْŁƒَ Ł…َŁ† ŲŖَŲ“َŲ§Ų”ُ ŁˆَŲŖَŁ†Ų²ِŲ¹ُ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ„ْŁƒَ Ł…ِŁ…َّŁ† ŲŖَŲ“َŲ§Ų”ُ ŁˆَŲŖُŲ¹ِŲ²ُّ Ł…َŁ† ŲŖَŲ“َŲ§Ų”ُ ŁˆَŲŖُŲ°ِŁ„ُّ Ł…َŁ† ŲŖَŲ“َŲ§Ų”ُ ŲØِŁŠَŲÆِŁƒَ Ų§Ł„ْŲ®َŁŠْŲ±ُ Ų„ِŁ†َّŁƒَ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰ ŁƒُŁ„ِّ Ų“َŁŠْŲ”ٍ Ł‚َŲÆِŁŠŲ±ٌ (26)

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. (Surah Aali ‘Imraan: 26)

Islam tidak mengharamkan dan menghalalkan perkataan monarki, republik, demokrasi dan pelbagai istilah lain yang tidak disebut di dalam Al-Quran, tetapi yang lebih diutamakan adalah menegakkan konsep keadilan dan menentang kezaliman, memperhambakan diri kepada Allah dengan prinsip iman dan konsep taqwa, dan menegaskan hanya Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar boleh menjamin berlaku keadilan yang sebenar. Semua yang memerintah walau apa nama dan gelarannya akan dipanggil mengadap Allah.

Islam melaknat sekeras-kerasnya mereka yang berlagak kuasa seperti Tuhan yang Maha Tinggi terhadap rakyat dan harta negara sama ada seorang raja seperti Firaun atau seorang Perdana Menteri seperti Haman, atau kumpulan pemimpin yang dinamakan Al-Malaak walaupun di atas nama demokrasi, termasuk kumpulan agamawan para ulama’, paderi, sami dan sebagainya kalau menyalahgunakan kuasa di atas nama agama yang disebutkan teokrasi.

Rasulullah S.A.W. yang dijadikan contoh tidak menyalahgunakan kuasanya sebagai pemimpin negara dan mengajar raja-raja dan pemimpin Islam mengikut contohnya.
Raja Oman dan Raja Habsyah yang menerima Islam dikekalkan di atas takhtanya. Raja Kaisar Rom dan Raja Kisra Parsi yang melampau zalim terhadap rakyatnya ditentang sehingga jatuh, walaupun namanya kuasa besar dunia.

Sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W. dalam keadaan uzur, datang ke masjid dan menyampaikan khutbah, Nabi S.A.W. bersabda:

ŁَŁ…َŁ†ْ ŁƒُŁ†ْŲŖُ Ų¬َŁ„َŲÆْŲŖُ Ł„َŁ‡ُ ŲøَŁ‡ْŲ±ًŲ§ ŁَŁ‡َŲ°َŲ§ ŲøَŁ‡ْŲ±ِŁŠ ŁَŁ„ْŁŠَŲ³ْŲŖَŁ‚ِŲÆْ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ، Ų£َŁ„Ų§ ŁˆَŁ…َŁ†ْ ŁƒُŁ†ْŲŖُ Ų“َŲŖَŁ…ْŲŖُ Ł„َŁ‡ُ Ų¹ِŲ±ْŲ¶ًŲ§ ŁَŁ‡َŲ°َŲ§ Ų¹ِŲ±ْŲ¶ِŁŠ ŁَŁ„ْŁŠَŲ³ْŲŖَŁ‚ِŲÆْ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ

“Sesiapa yang aku sebat belakangnya, ini belakangku sila lakukan balasannya (sebatkan aku) dan sesiapa yang aku pernah mengaibkannya, ini diriku dan balaslah terhadapku”.

Tiba-tiba ada seorang yang berkata: “Wahai Rasulullah saya ada hak yang masih ada kepadamu sebanyak tiga dirham”. Rasulullah mengarahkan Fadl bin Abbas (saudara sepupunya) supaya menjelaskan bayarannya. (Riwayat At-Thabrani)

Demikianlah Rasulullah S.A.W. pemimpin yang dilantik Allah secara langsung tidak berlagak seperti Tuhan yang disembah sehingga menjadikan rakyatnya hamba abdi dan harta negara seperti milik peribadinya.

Khalifah Abu Bakar R.A. menyampaikan ucapan setelah dilantik menjadi ketua negara, antaranya menegaskan:

‘’Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan Rasul. Sekiranya aku tidak mentaati Allah dan Rasul maka jangan taat kepadaku’’.

Banyak lagi bukti sejarah Islam meletakkan ketua negaranya sama ada yang bergelar raja, khalifah, imam atau amir tidak berkuasa mutlak dan berada di bawah kuasa undang-undang, menolak dengan tegas konsep adanya seseorang atau kumpulan yang mengatasi undang-undang negara.

Allah berfirman kepada Nabi Daud A.S. yang ditabalkan menjadi Khalifah:

ŁŠَŲ§ ŲÆَŲ§ŁˆُŁˆŲÆُ Ų„ِŁ†َّŲ§ Ų¬َŲ¹َŁ„ْŁ†َŲ§Łƒَ Ų®َŁ„ِŁŠŁَŲ©ً ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ŁَŲ§Ų­ْŁƒُŁ… ŲØَŁŠْŁ†َ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ ŲØِŲ§Ł„ْŲ­َŁ‚ِّ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲŖَّŲØِŲ¹ِ Ų§Ł„ْŁ‡َŁˆَŁ‰ٰ ŁَŁŠُŲ¶ِŁ„َّŁƒَ Ų¹َŁ† Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁŠَŲ¶ِŁ„ُّŁˆŁ†َ Ų¹َŁ† (26) Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł„َŁ‡ُŁ…ْ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØٌ Ų“َŲÆِŁŠŲÆٌ ŲØِŁ…َŲ§ Ł†َŲ³ُŁˆŲ§ ŁŠَŁˆْŁ…َ Ų§Ł„ْŲ­ِŲ³َŲ§ŲØِ

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu Khalifah (ketua negara) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan hukum yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu”. (Surah Sad: 26)

Perintah yang sama juga kepada puteranya Nabi Sulaiman A.S. yang ditabalkan menjadi raja yang memerintah dunia manusia, jin dan binatang secara mukjizat.

Jelas menunjukkan Allah menegaskan bahawa ketua negara berada di bawah kuasa undang-undang walaupun seorang rasul yang dilantik oleh Allah secara langsung, apatah lagi yang dilantik sesama manusia.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 24 Syaaban 1440 / 30 April 2019

Isu Hapuskan Status Agama Dalam Kad Pengenalan


oleh:DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
UTMKL
29 April 2019

1. Kewujudan status agama dalam kad pengenalan adalah penting dari sudut undang-undang dan perlembagaan. Di antaranya adalah untuk urusan yang berkaitan dengan hak-hak istimewa orang Melayu di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

2. Selain itu status agama juga membantu dalam urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang kekeluargaan. Misalnya dalam soal pendaftaran perkahwinan.

3. Bagi penguatkuasaan undang-undang Islam pula, status agama amat memudahkan pihak penguatkuasa menjalankan tugas. Kita tidak mahu bukan Islam tersalah menjadi pihak yang ditangkap atas kesalahan syariah seperti makan di tempat awam sewaktu bulan Ramadan.

4. Tuduhan yang mendakwa maklumat status agama dalam kad pengenalan adalah satu amalan rasis amatlah melulu. Rasis adalah soal kebencian yang dibina atas dasar kaum. Mustahil semata-mata wujud maklumat agama, semua orang jadi pembenci. Ia hujah yang tidak masuk akal.

5. Selain itu, dakwaan penghapusan identiti agama ini bertujuan untuk mewujudkan identiti nasional juga satu yang terlalu dangkal. Identiti nasional tidak pernah tergugat dengan adanya maklumat agama pada kad pengenalan.

6. Perlu diingat, di beberapa negara, penghapusan identiti kaum digunakan sebagai alasan untuk menzalimi kaum lain. Inilah yang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar, dan umat Islam Uighur Di China. Mereka ditindas atas alasan, antaranya untuk menguatkuasakan identiti nasional dan menghapuskan identiti kaum. Identiti nasional adalah perlu, tetapi keperluannya tidaklah sepatutnya membawa kepada penghapusan identiti agama atau kaum.

7. Perbezaan kaum dan agama adalah realiti yang tidak boleh dihapuskan. Apa yang perlu ialah sikap terbuka, saling menghormati, harmoni, dan tolak ansur.

8. Malaysia adalah sebuah negara yang dibina atas kesepakatan pelbagai kaum. Antara kesepakatan yang telah diikat adalah beberapa keistimewaan yang berasaskan kaum seperti Perkara 153. Selain itu Islam adalah agama Persekutuan di bawah Perkara 3. Jadi kewujudan status agama sekadar untuk mengesahkan dan melaksanakan peruntukan Perlembagaan.

9. Adalah diharapkan agar kerajaan menumpukan soal kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara daripada menyentuh perkara-perkara yang sensitif dan boleh menimbulkan keresahan rakyat. Isu seperti status agama dalam kad pengenalan ini tidak seharusnya timbul. Ia sekadar untuk memudahkan pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang. Selama ini ia tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah pun.


Mufti Perlis tunjuk catatan Dr M selepas dituduh pekak


PETALING JAYA: Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin mengemukakan catatan autobiografi yang ditandatangani Dr Mahathir Mohamad pada 2011 untuk membuktikan kepada pengikut Facebooknya bahawa catatan dari perdana menteri itu yang menasihatinya supaya berkata benar.

Ia selepas Mahathir membidasnya sebagai pekak untuk mendengar pelbagai perkara yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan, susulan penahanan rakan pendakwahnya di Perlis hujung minggu lalu.

Asri sekali lagi mempertahankan pandangan bahawa realiti politik sekarang membenarkan umat Islam dibuli dan pihak berkuasa tidak bertindak terhadap pemimpin kerajaan yang menghina Islam.

"Sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini.

"Saya tidak pasti siapa yang pekak," tulisnya di Facebook.

Semalam, Asri berkata pentadbiran PH mengamalkan pilih kasih berikutan penahanan Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu atas kenyataannya yang dikatakan menghina agama Hindu.


"Pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu yang berada dalam kerajaan hari ini yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum, mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan," tulisnya.

Ketika diminta memberikan reaksi kepada kenyataan Asri, Mahathir berkata mufti itu "pekak", mengatakan pelbagai perkara yang dilakukan kerajaan sekarang demi Islam dan umatnya.

"Sebab dia pekak. Kalau dia boleh dengar, kita buat macam-macam untuk orang Islam, dan agama Islam. Tetapi dia tidak dengar," katanya.

Asri hari ini menunjukkan catatan Mahathir dalam autograf bukunya berjudul "A Doctor in the House".

"Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya," Asri memetik catatan Mahathir.

"InsyaAllah, saya akan berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri," katanya.

Belia Kelantan tempa sejarah



Kelantan menempa suatu lagi sejarah apabila pertama kalinya mewujudkan Sidang Dewan Undangan Negeri Belia Kelantan yang akan bersidang bagi tempoh penggal pertama 2019/2020.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Belia Kelantan atau Ahli Belia (AB) ini mewakili 45 DUN Negeri Kelantan, berumur 30 tahun ke bawah adalah terdiri daripada 40 orang alumni Program Kolej Gentera yang dikelola oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui kerjasama bersepadu beberapa agensi kerajaan yang diterajui oleh Urus Setia Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Tiga orang daripada Majlis Belia Kelantan (MBK) juga menganggotai Ahli Belia Kelantan dan dua antara mereka adalah bekas Ahli Parlimen Belia Malaysia.

Menariknya Sidang DUN Belia ia dilaksanakan ala Sidang DUN Negeri Kelantan, mempunyai alat kebesaran dewan, teks angkat sumpah dan doa yang diambil daripada dewan negeri.

Penggunaan ayat dan bahasa sidang juga menggunakan protokol dan aturan yang hampir sama dengan Sidang DUN Kelantan.

Perutusan Menteri Besar Kelantan dibacakan oleh Timbalan Speaker DUN Kelantan, Dato' Abdul Fattah Mahmod sewaktu upacara pembukaan Persidangan DUN Belia Kelantan yang kemudiannya perutusan ini dibahas oleh Ahli Dewan Belia Kelantan.

Sidang yang berlangsung dua hari membahas dan meluluskan lima Usul dikendalikan oleh ADUN Chetok, Zuraidin Abdullah dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2251378064900676&id=204923949546108

PINTAR Tawar Akses Dan Perkhidmatan Internet Percuma - MB Terengganu


KUALA TERENGGANU, 29 April - Kerajaan Terengganu membangunkan Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) untuk menawarkan kemudahan akses internet yang lebih meluas bagi rakyat negeri itu.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelaksanaan PINTAR merupakan usaha untuk membantu masyarakat negeri itu memperoleh capaian internet dan mampu memanfaatkan peluang yang tersedia dalam dunia tanpa sempadan itu.

KUALA TERENGGANU, 29 April - Kerajaan Terengganu membangunkan Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) untuk menawarkan kemudahan akses internet yang lebih meluas bagi rakyat negeri itu.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelaksanaan PINTAR merupakan usaha untuk membantu masyarakat negeri itu memperoleh capaian internet dan mampu memanfaatkan peluang yang tersedia dalam dunia tanpa sempadan itu.

"Kita dalam perancangan untuk membuka 39 PINTAR di seluruh negeri dan pemilihan lokasinya akan ditentukan berdasarkan keutamaan serta keperluan," katanya ketika ditemui pemberita.

PINTAR akan diperluaskan di seluruh negeri.



Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) dan Kempen MyDebit di Balairaya Kampung Kepong, Alur Limbat, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Zulkifli Ali serta Pengerusi Payment Network Malaysia Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin.

Dalam majlis berkenaan, Dr. Samsuri turut menekankan penggunaan MyDebit serta menyasarkan peningkatan jumlah pengguna dengan kad debit dan atas talian (online).

"MyDebit merupakan medium paling mudah untuk melakukan urusan berkaitan kewangan melalui urusan pembayaran atas talian di mana ia akan menjimatkan masa dan tenaga.

"Setakat ini, sebanyak 25 agensi kerajaan telah melaksanakan penggunaan MyDebit dan ia akan terus berkembang," katanya.

PINTAR adalah penjenamaan semula Pusat Komuniti Bestari (Bestari.comm) yang mengoptimumkan perkhidmatan internet dengan menyediakan capaian jalur lebar kolektif di kawasan-kawasan sukar akses.

Penggunaan MyDebit jimatkan masa dan tenaga.

Di peringkat permulaan, PINTAR menawarkan enam perkhidmatan iaitu e-Kerajaan, e-Pembelajaran, Perdagangan Elektronik, Pembayaran Elektronik, pembangunan Sukan Elektronik dan PINTAR POS serta akan berkembang selaras peredaran zaman.

Pusat ini turut menyediakan kiosk ejen bank Agro Bank selain kursus-kursus pembangunan dan keusahawanan berasaskan atas talian supaya rakyat di kawasan kampung dapat berdiri seiring dengan mereka yang tinggal di bandar.



Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam 4 Mei

KUALA LUMPUR: Melihat kepada perkembangan negara yang banyak memberikan ancaman kepada kedaulatan agama dan negara, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan satu Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam pada 4 Mei ini.

Menurut Timbalan Pengerusi, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzaman Mohamad berkata, himpunan tersebut bakal menyentuh isu ancaman kepada kedaulatan negara yang meliputi isu Statut Rom, isu arwah Adib, isu Bahasa Kebangsaan, dan isu-isu lain yang berkaitan.

Katanya, seramai 10 orang wakil NGO dan beberapa tokoh ahli politik yang akan hadir berucap.

Kamaruzaman berkata, himpunan yang akan diadakan itu akan bermula di Masjid Jamek selepas daripada solat zuhur dan akan berakhir di Sogo sebagai pentas ucapan pimpinan NGO dan parti politik yang hadir bersama.

Justeru itu, beliau mewakili dari pihak penganjur menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia serta mana-mana pihak yang mengambil berat tentang isu tersebut untuk turut hadir bersama bagi menyatakan sokongan dalam himpunan yang bakal diadakan itu. – HARAKAHDAILY 29/4/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10837-himpunan-pertahan-kedaulatan-islam-4-mei

"Letak Kembali Sektor Pendidikan Di Landasannya"


1. Berbangkitnya polemik kuota matrikulasi dan beban guru menunjukkan sektor pendidikan negara masih dilingkari oleh banyak kemelut. Namun, kerajaan sendiri perlu mengubah orientasinya jika benar-benar komited menyelesaikan masalah yang wujud.

2. Ketika di bawah teraju BN, sektor ini diheret ke kancah perniagaan yang hanya menguntungkan dan mengkayakan pihak tertentu. Tetapi sejak era PH, pendidikan menjadi mainan politik dan sentimen perkauman. Akibatnya, keadaan pincang kekal berulang.

3. Kuota matrikulasi sedia ada tidak sepatutnya dirungkai usik. Sebaliknya, dengan perkembangan semasa, peruntukan kerusi matrikulasi perlu diperbanyakkan lagi. Termasuk diberikan juga kepada pelajar bukan Bumiputera dengan kelayakan setara.

4. Dengan jumlah kerusi mencukupi bersama penambahan selaras di Institut Pengajian Tinggi Awam, kuota boleh ditetapkan selepasnya. Iaitu diutamakan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40), selain mengembalikan biasiswa dan dermasiswa.

5. Kami ingin mengingatkan DAP dan sesiapa sahaja supaya jangan lagi mempolitik dan mensentimenkan isu ini. Jika serius mahu masalah pendidikan diatasi, maka desakan berkaitan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) juga mesti dihentikan.

6. Kerana ia hanya akan menyebabkan hala tuju pendidikan menjadi terbabas dari landasannya. Begitu juga peruntukan kewangan mestilah diberi secara adil dengan keutamaan keperluan. Jika tidak, kesaksamaan diperjuangkan PH hanyalah bohong.

7. Kerajaan juga dituntut supaya serius menamatkan segera isu beban guru sebagaimana diutarakan Ketua Pengarah Pelajaran, Dato' Dr Amin Senin. Guru-guru tidak harus sama sekali menanggung kerja pentadbiran dan luar dari tugas hakiki.

8. Hakikatnya, nisbah guru dengan pelajar mesti segera diatasi bagi memenuhi keperluan yang semakin mendesak. Jika kerajaan menyelami sebaiknya masalah ini, nescaya cadangan mengecilkan perkhidmatan awam tidak berbangkit buat masa ini.

9. Kami juga menyeru para pelabur dan GLC melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mendanai sektor pendidikan. Kerajaan pula dicadang memperkenalkan insentif cukai baharu atas CSR tersebut ke arah memperkasakan pendidikan.

"Islam Memimpin"
"Terus Mara"

IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN ialah Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia

http://harakahdaily.net.my/index.php/berita/10823-letak-kembali-sektor-pendidikan-di-landasannya

Kerajaan Di Minta Kaji Semula Pembubaran Pasukan Khas PDRM.


Oleh: Muhammad Khalil Abdul Hadi

Pembubaran pasukan siasatan khas PDRM iaitu STAFOC, STAGG dan STING sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula PRDM perlu di kaji semula keputusannya oleh Kerajaan. Pasukan elit berkenaan telah berbukti keberkesanannya sejak di tubuhkan dalam membenteras jenayah terancang, kongsi gelap, penyeludupan serta pemprosesan dadah.

Pembubaran pasukan elit tersebut yang di rasakan keputusan yang tidak tepat serta tidak kena pada masanya berikutan masih terdapat lagi kegiatan kongsi gelap, jenayah terancang, penyeludupan serta memproses dadah yang agak membimbangkan walaupun masih terkawal dan banyak yang telah berjaya di benteras oleh PDRM.

Semenjak penubuhan pasukan elit khas terbabit, secara umumnya boleh di lihat kejayaan pasukan terbabit di dalam operasi mereka dalam membenteras kegiatan jenayah di seluruh negara. Banyak kegiatan kongsi gelap dan jenayah terancang di tumpaskan serta aktiviti pemprosesan dan penyeludupan dadah di tewaskan dengan rampasan mencapai jumlah yang cukup besar hingga mencecah puluhan juta ringgit.

Dengan banyak kejayaan yang di perolehi oleh pasukan elit khas ini sejak penubuhannya, adalah lebih wajar mengekalkan pasukan – pasukan tersebut daripada membubarkannya. Adalah menjadi kebiasaan pembubaran sesebuah pasukan jika ianya tidak berkesan, tidak efektif atau tidak mencapai objektif penubuhannya namun membubarkan pasukan yang berjaya dan cukup berwibawa adalah keputusan yang tidak tepat malah cukup meragukan.

Kita tidak mahu Kerajaan membubarkannya tanpa kajian yang menyeluruh dan mendalam serta sebab yang munasabah. Kita juga tidak mahu Kerajaan tunduk pada tekanan mana – mana pihak dalam menyelia urus tadbir PDRM. Mungkin masih terdapat kelemahan dalam PDRM namun ia boleh di perbaiki dan di atasi kelemahan tersebut. Walaupun PDRM sedang melalui fasa penstrukturan semula, adalah lebih baik mengekal pasukan elit khas yang terbukti keberkesanannya daripada membubarkannya.

Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2148457465209754&id=526079594114224

Budaya Hedonisme Yang Disemai Kerajaan Ph Semakin Menggila.



Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Penggalang pemikiran pragmatis tidak akan meletakkan acuan dosa dan pahala dalam tindakan mereka, pertimbangan moral dam akhlak tiada dalam neraca pemikiran mereka. Hasrat Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal Korea, BTS ke Malaysia untuk membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) amatlah dikesali. Kata Pak Menteri yang selayaknya masih dibangku kampus itu, ianya bertujuan mengubah trend agar Malaysia menjadi pilihan destinasi konsert antarabangsa setaraf dengan negara lain dirantau ini.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sebelum ini, Malaysia sering kalah dalam perkara itu dengan negara jiran hingga ia merugikan negara.

Menurutnya lagi, sekiranya Malaysia menjadi destinasi pilihan konsert antarabangsa, ia sekali gus akan dapat memberi impak ekonomi kepada rakyat Malaysia.

“Tak serik ke kita asyik tewas kepada Singapura dan Thailand. Sekarang ini di tangan Indonesia dan Vietnam. Saya nak ubah trend ini.” katanya seperti yang dilaporkan oleh pihak akhbar, namun dikecam hebat oleh netizen yang mencium kedangkalan cara berfikir seorang Menteri.

“Dahulu Malaysia sentiasa dipilih sebagai destinasi utama bagi persidangan peringkat antarabangsa dan konsert antarabangsa yang menarik minat ramai pelancong luar.” tambahnya lagi ,menambah alasan mengapa perlunya kumpulan Kpop perlu memeriahkan tahun melawat Malaysia 2020.

“Saya tidak mahu Malaysia jadi kedua, ketiga tempat destinasi pilihan. Saya mahu Malaysia jadi nombor satu”, katanya dalam satu kenyataan di dalam Instagram beliau, semalam yang menerima reaksi hangat netizen.

Syed Saddiq sebelum ini memaklumkan KBS sedang dalam usaha membawa masuk BTS ke Malaysia untuk membuat persembahan sempena TMM 2020.

Kerajaan PH yang didominasi oleh DAP bukan sekadar meranapkan ekonomi negara dan menumpuk hutang baru negara, namun kerajaan dengan barisan kabinet separa dungu mencetuskan pelbagai isu yang merenggut nurani umat Islam. Penularan faham Islam liberal atau neo muktazilah semakin membuncah, penistaan kepada ar Rasul yang mulia serta perlecehan kepada Islam serta Melayu semakin menjadi-jadi pasca 9 Mei 2018.

Sehari dua ini menggelegak perasaan kita umat Islam apabila melihat sikap keras kepala Menteri Belia dan Sukan yang mempertahankan keinginan KBS untuk mengundang kumpulan Kpop dengan alasan dangkal dan tidak munasabah. Ketidakmatangan hujjah Menteri bukan sahaja dikomentari oleh ilmuan namun anak-anak seni seperti Awie. Budaya konsert dan penyuburan nilai hedonisme ini tidak menyuntik nilai karomah insaniah malah meletakkan manusia pada sudut yang hina.

Seni dan hiburan diakui keabsahannya mendidik manusia, bahkan merupakan salah satu daripada method dakwah yang digunakan oleh para ulamak dalam mengembangkan dakwah Islam. Di Nusantara, ketika Islam mulai berkembang terutama sejak abad ke-13 Masehi, para ulamak telah mengggunakan pelbagai pendekatan seperti perkahwinan, penubuhan kerajaan Islam, pedagangan dan sebagainya sebagai method dakwah. Untuk melengkapkan lagi gerakan dakwah, sebahagian ulamak di Nusantara menjadikan seni dan hiburan ini sebagai method dakwah mereka. Antaranya seperti dakwah wali Songo dalam masyarakat Jawa, merubah medium seni sebagai wahana dakwah yang interaktif.

Sepanjang sejarah perkembangan dakwah, para ulamak telah menggunakan seni suara (muzik), wayang kulit, seni ukir, seni bina, penulisan sastera, seni mempertahankan diri dan beberapa kesenian yang lain sebagai sebahagian daripada pendekatan. Salah satu faktor kepentingan dakwah melalui seni juga berjaya merengkuh perhatian manusia dengan seni yang berkiblat. Syed Sadiq sebagai seorang Menteri yang mewakili anak muda sewajarnya membuat penelitian terhadap hiburan yang tidak menjuruskan anak muda kepada "sensate culture", budaya hiburan kosong yang melalaikan dan merencatkan intelektual.

Anak muda perlukan vitamin intelektual dan hiburan patuh syariah yang membina peradaban. Entahlah, mungkin saya kurang mengerti cara berfikir Menteri Belia Dan Sukan ini tetapi beliau sepatutnya insaf dengan membuncahnya aktiviti penagihan najis dadah dikalangan anak muda, gejala buta agama, kecanduan melampau pada hiburan serta ghazwatul fikri yang dilancarkan oleh musuh Islam untuk merosakkan belia dan anak muda. Moga Syed Saddiq meluruskan potfolio yang beliau sandang sekarang, dengarlah pandangan orang lain terhadap Kementerian Belia dan Sukan.

(Penulis ialah Pengerusi LESTARI)

Apa Lagi Dap Mahu Sebenarnya?

Apakah Nga Hock Cheh menyokong Israel maka di sebabkan itu beliau mencadangkan agar di buka keduataan di Israel ? Apakah beliau menyokong pengganas Israel yang menjajah, membunuh, melanggar undang –undang malah menghalau rakyat Palestin keluar dari rumah dan negaranya sendiri ?

APA LAGI DAP MAHU SEBENARNYA ?

oleh: Muhammad Khalil Abdul Hadi

Apabila Senator Nga Hock Cheh daripada DAP mencadangkan agar di gugurkan perkataan agama daripada kad pengenalan, ia seperti beliau langsung tidak prihatin dengan sensitiviti rakyat negara ini dengan membangkitkan isu yang begitu sensitif.

Ia satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, tidak prihatin serta tidak peka dengan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan. Kenyataan sebegitu sememangnya akan membangkitkan kemarahan orang ramai malah beliau di lihat seperti cuba menguji tahap kesabaran masyarakat.

Tidakkah beliau sebagai seorang peguam dan ahli politik tahu isu sebegini cukup sensitif, boleh mendatangkan kesan negetif serta memudaratkan masyarakat jika di tidak di tangani dengan cermat dan bertanggungjawab. Untuk apa beliau membangkitkan isu sebegini ? Ternyata dengan membangkitkan isu ini, beliau sengaja menimbulkan kemarahan orang ramai dan berniat jahat.

Lebih memburukkan keadaan, beliau juga mencadangkan agar di buka kedutaan di Israel ? Apakah beliau sedar Israel adalah negara penjajah yang langsung tidak mematuhi undang – undang antarabangsa ? Apakah beliau tidak sedar Israel menzalimi, menindas, menghalau rakyat Palestin dari rumah dan tanah air mereka sendiri.

Apakah beliau tidak sedar Israel seribu kali lebih teruk dari apartheid yang telah hapus di Afrika Selatan ? Apakah beliau tidak sedar ketika Israel mengajak satu dunia memperingati “ Holocaust “ kerana kezaliman Hitler dan Nazi ke atas orang Yahudi, Israel sebenarnya sejuta kali lebih zalim dari Hitler dan Nazi malah perbuatan mereka ke atas rakyat Palestin lebih zalim dan keji dari peristiwa “ Holocaust “.

Apakah Nga Hock Cheh menyokong Israel maka di sebabkan itu beliau mencadangkan agar di buka keduataan di Israel ? Apakah beliau menyokong pengganas Israel yang menjajah, membunuh, melanggar undang –undang malah menghalau rakyat Palestin keluar dari rumah dan negaranya sendiri ?

Semenjak DAP menjadi sebahagian daripada Kerajaan dan parti komponen dalam PH yang memenangi PRU 14 yang lalu, kita boleh lihat banyak kenyataan – kenyataan yang di keluarkan oleh pimpinan mereka yang mencetuskan kontroversi. Apa lagi yang DAP mahu lagi sebenarnya, tidak cukup lagikah permainan politik yang kotor dan keji sebegini di mainkan ?

Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2149379191784248&id=526079594114224

Five-cornered fight for Sandakan parliament seat



SANDAKAN: It will be a crowded fighting field as three independents have confirmed contesting against DAP and Parti Bersatu Sabah (PBS) candidates for the Sandakan parliamentary seat.

The five candidates handed over their nomination papers at the SMJK Tiong Hua multipurpose hall, which is the nomination centre, between 9am to 10am on Saturday (April 27).

Besides DAP's Vivian Wong Shir Yee, 30, and Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Linda Tsen Thau Lin, 63, the independents are former Sabah PAS chairman and former Sabah Parti Amanah Negara chairman Hamzah Abdullah, businessman Chia Siew Yung, 45 and former political worker Sulaiman Abdul Samat, 36.

The proposer for Vivian is her elder sister Larina Wong Shiao Yee, while the seconder is her other sister Benita Wong Shing yee.

Linda, who was proposed by Lim Lee Fong and seconded by Mohd Rizuan Mohd Damit, is being backed by various oppositions, including SAPP, STAR, Usno and Umno.

The five were also seen mingling together after registering their nomination and waiting for the official announcement.
Returning officer Mohamad Hamsan Awang Supain announced the names at 10.30am after the end of the nomination period.

Sabah Chief Minister and Parti Warisan Sabah president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal was also present in support of Vivian.

Earlier, the supporters of various sides had to brave through the rain as they marched from their respective assembly points towards the nomination centre.

Sandakan, with about 40,000 voters, comprised 51% Chinese and 45% Muslim bumiputras, including Bajaus, Suluks and Sungai.
The rest of the electorate made up of Kadazandusun communities and others.

The by-election was triggered after two-term incumbent Stephen died of a heart attack following a hike on March 28.
In GE14, Stephen won the seat with a 10,098-vote majority.- Star

Konsert bukan keperluan utama anak muda


oleh: MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI

APA yang menjadi keperluan anak muda sekarang ialah sistem pendidikan yang terbaik di semua peringkat, peluang pekerjaan yang terjamin selepas tamat pengajian, kos sara hidup yang rendah terutama untuk graduan atau yang baru menamatkan pengajian, semakan semula pinjaman pelajaran terutama PTPTN yang membebankan pelajar dan banyak lagi yang harus di beri perhatian terutamanya keperluan anak muda untuk mengharungi cabaran masa depan.

Dahulu ketika universiti tempatan berada di tangga tercorot dalam ranking universiti dunia, ramai yang begitu ambil berat malah mengkritik cara pentadbiran universiti tempatan, sikap pelajar malah Kerajaan terdahulu agar memberi penumpuan yang lebih dalam membangunkan semula serta memperbaiki ranking universiti tempatan. Sekarang ternyata kebanyakkan IPTA berjaya memperbaiki ranking mereka dan berada di kedudukan yang cukup membanggakan.

Apa yang di telah di sebut adalah keperluan utama yang mendesak untuk anak muda yang perlu di beri perhatian. Namun apabila Menteri Belia dan Sukan memberitahu yang beliau tidak mahu kalah kepada negara-negara jiran dalam menjadikan Malaysia destinasi konsert yang unggul di rantau ini, saya musykil apa faedah untuk anak muda negara jika anjur konsert besar-besaran dengan membawa masuk artis luar?

Apakah Menteri mahu ubah fokus, lebih mengutamakan konsert daripada keperluan utama anak muda masa kini? Masalah anak muda yang berbangkit sekarang langsung tidak ada kena mengena dengan konsert atau pun membawa masuk artis luar negara. Saya pohon YB Menteri fokus masalah anak muda yang berlarutan sejak sekian lama. Kita tidak mahu lagi ada aktivis pelajar tidur di jalanan, berdemo setiap hari malah kita juga tidak mahu ada Menteri yang kembali berdemo, malah tidur di jalanan meminta PTPTN dimansuhkan.

Lebih elok kita beri kepercayaan kepada Kementerian Pelancongan untuk memikirkan bagaimana kaedah untuk menarik lebih banyak pelancong datang melawat Malaysia. Jika kita lihat dari dulu lagi, apabila ada penganjuran konsert besar-besaran yang membabitkan artis luar, hampir keseluruhan yang datang adalah rakyat Malaysia. Pelancong pula datang ke Malaysia kerana terpesona dengan budaya, cara hidup, tempat-tempat pelancongan menarik seperti pantai, pulau dan banyak lagi tarikan serta tempat yang menarik untuk di lawati.

Cukuplah hiburan yang ada sekarang. Masa depan negara terutama anak muda lebih bernilai.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI ialah Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 27/4/2019

Di mana Suara Peguam Muslim?



Kuala Lumpur; 27 April 2019- “Tiada ruang didunia ini yang wanita perlu diketepikan" salah satu perkara yang sering Kak Taz ketengahkan. Konsep dan kaedah perjuangan wanita Islam berbeza skop dan fungsinya dalam memperjuangkan hak dan tanggungjawab wanita dalam masyarakat mengikut konteks dan kacamata Islam. Wanita sebagai pelengkap bukan pesaing kepada kaum Adam dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi.

Alhamdulillah hari ini bersama-sama peguam di Seminar Pemerkasaan Peguam Muslim 1.0 yang berlangsung di Kuala Lumpur. K.Taz diminta untuk membentangkan kertas kerja tentang ”RUU Kesaksamaan Gender; Di mana Suara Peguam Muslim”

Dalam konteks ini, semua pihak perlu memahami hak & peranan masing-masing. Kedudukan dan peruntukan undang-undang sedia ada sudah ampuh untuk memberikan keadilan kepada lelaki dan wanita di Malaysia. K.taz memetik ibrah daripada sirah perubahan peranan dan sikap anak perempuan Nabi Syuaib a.s dalam membantu ayahnya mencari nafkah sehingga kedatangan Nabi Musa a.s.

Sebelum mengakhiri ucapan, Kak Taz menekankan antara tugas yang perlu dibuat oleh peguam muslim untuk semua rang undang-undang (RUU) yang akan digubal, dipinda dan dilupus adalah menerusi pendekatan “Educate, Advocate and Negotiate” bukan sahaja dalam isu kesaksamaan gender, tapi dalam semua isu dan dasar berkaitan kepakaran undang-undang berteraskan aqidah, syariah, kod & etika sebagai muslim.

YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi ialah Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.

#jprodppm
#activate
#nurturingprofessionals
#terusmara
#islammemimpin



Cadangan Senator DAP tidak bertanggungjawab - Pengerusi PKR Perak



KUALA LUMPUR: Cadangan seorang Senator dari DAP untuk menggugurkan perkataan ‘Agama’ daripada kad pengenalan adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab, kata Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Katanya lagi, alasan Nga Hock Cheh bahawa kenyataan itu telah disalah tafsir adalah tidak berasas kerana beliau merupakan seorang peguam dan mempunyai pengalaman dalam politik.

“Nga Hock Cheh adalah seorang peguam, maka cadangan pengguguran agama di dalam kad pengenalan adalah berniat jahat,” kata Farhash Wafa Salvador yang juga Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata cadangan Nga untuk membuka sebuah kedutaan di Israel jelas memperlihatkan karakter beliau sebagai seseorang yang kurang ilmu polisi pentadbiran negara.

“Isunya bukan saja pada pendirian kerajaan mengutuk kezaliman negara Israel, malah Malaysia tidak pernah mengiktiraf pembentukan negara Israel. Oleh sebab itu kita tidak ada hubungan diplomatik dengan mereka.

“Jadi adalah lemah dari segi pemikiran beliau untuk mencadangkan sedemikian on hindsight,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Farhash Wafa Salvador berkata beliau ingin menasihatkan parti komponen DAP untuk menegur dan mendidik senator mereka demi kesejahteraan dan perpaduan kaum di negara ini.

“Ahli senator mungkin perlu belajar bagaimana untuk memperhalusi kata-kata mereka. Namun yang lebih penting adalah menunjukkan kesungguhan dalam menjamin kedaulatan negara,” katanya lagi.

5 Mei tarikh melihat anak bulan Ramadan



KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada Ahad, 5 Mei bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi.

Ia merangkumi:

1. Pontian Kecil, Johor

2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka

3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor

5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor

6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor

7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak

8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang

9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah

10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah

11. Menara Alor Setar, Kedah

12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu

13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu

14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu

15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu

16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan

17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan

18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan

19. Esplanade Luak, Miri, Sarawak

20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak

21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak

22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah

23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang

24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang

25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang

26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

27. Menara Kuala Lumpur

28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis

Kaedah Socrates Menyaring Info.



oleh:Abdul Mu'izz Muhammad
25 April 2019.

Untuk menikmati nilai hidup, kita perlu mengisi minda & jiwa dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Socrates telah mengemukakan kaedah menyaring info, agar kita benar-benar berobjektif dalam mendapatkan pengetahuan. Apabila kita diajak untuk mengambil tahu sesuatu perkara, maka tapislah dengan persoalan-persoalan berikut:

• Adakah info tersebut diyakini benar?

Jika tidak diyakini benar, sebaliknya hanya khabar angin maka ia tidak perlu diikuti.

• Adakah info tersebut adalah perkhabaran yang baik?

Jika tidak baik, maka elok ditinggalkan sahaja demi mengelakkan diri kita dari terjerumus ke dalam plot yang tidak baik.

• Adakah info tersebut mendatangkan manfaat?

Jika tidak mendatangkan manfaat untuk diri kita, maka apa gunanya kita mengambil tahu?

Walapun Socrates bukanlah dalam kalangan ahli iman, tetapi kaedah beliau mencermati perkhabaran boleh diaplikasikan sesuai dengan suruhan tabayyun. Hari ini berapa ramai yang hidupnya serabut kerana gemar mengambil tahu perkara yang tidak pasti benar, menghirup aura minda yang negatif & suka menyesakkan fikiran dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

Maka kita perlu bezakan antara ilmu & maklumat. Ilmu adalah pengetahuan yang boleh memimpin kita untuk membezakan antara benar & salah. Sementara maklumat pula adalah informasi yang boleh jadi benar & boleh jadi palsu. Kita sememangnya memerlukan maklumat. Tetapi saringlah ia agar hidup kita terarah kepada kebaikan.



Antara diplomasi dan ketelusan

DALAM tempoh seminggu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membuat dua pengumuman besar berkait rapat dengan kepentingan negara. Pertama ialah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan kedua, projek Bandar Malaysia.

Bagaimanapun, terdapat dua elemen penting yang menjadi persoalan dalam kita menanggapi kedua-dua projek ini daripada perspektif politik iaitu ‘diplomasi’ dan ‘ketelusan’. Jika sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa projek ECRL akan diteruskan dengan kos RM44 bilion, baru-baru ini projek Bandar Malaysia pula diumumkan akan diteruskan dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM140 bilion.

Berbeza dengan ECRL yang dihentikan oleh kerajaan PH selepas menang PRU14 tahun lalu, projek Bandar Malaysia pula dihentikan secara tiba-tiba oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak pada Mei 2017.

Berbeza dengan ECRL yang dirundingkan semula pada harga lebih rendah, projek Bandar Malaysia sebaliknya diteruskan tanpa sebarang pengurangan kos.

Malah, kerajaan PH juga mengembalikan semula projek Bandar Malaysia kepada Iskandar Waterfront Holdings-China Railway Engineering Corp (IWH-CREC Sdn Bhd), sebuah konsortium Malaysia-China, yang merupakan pemaju induk asal bagi projek itu untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Seperti mana menurut Tun Dr Mahathir, konsortium IWH-CREC yang memenangi tender untuk membangunkan Bandar Malaysia ketika era BN itu sebenarnya ialah sebuah syarikat yang majoritinya dikuasai Malaysia yang memegang 40 peratus, manakala syarikat China 24 peratus dan baki selebihnya milik syarikat-syarikat asing.

Namun begitu, Dr Mahathir tidak menjelaskan mengenai tiga perkara yang kini menjadi perbualan rakyat jelata: Mengapa projek Bandar Malaysia ini tidak ditawarkan secara tender terbuka seperti mana prinsip ‘reformasi’ yang dijunjung Pakatan Harapan?

Mengapa ia diberikan secara terus kepada IWH-CREC? Adakah ia berkait rapat dengan ‘jasa’ Tan Sri Lim Kang Hoo (taikun di sebalik IWH-CREC) yang ‘menyelamatkan’ syarikat roti dan bakeri berkaitan Dr Mahathir iaitu ‘The Loaf’ yang telah diisytiharkan bankrap dahulu?

Terengganu Sumbang RM156 Ribu Untuk Penduduk Gaza


KUALA TERENGGANU, 24 April – Kesusahan yang dialami oleh penduduk Gaza mendapat perhatian kerajaan negeri dan rakyat Terengganu apabila berjaya mengumpul sumbangan RM156,000 bagi meringankan penderitaan mereka.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau mewakili kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada semua dermawan yang memberi komitmen bagi mengumpul dana berkenaan.

“Kita merasakan ini adalah tanggungjawab atas nama misi kemanusiaan (untuk) meringankan bebanan yang di hadapi rakan- rakan dan saudara kita yang berdepan dengan bencana yang amat getir di Gaza.

“Suasana ini bukan semata-mata kerana masalah isu agama di Gaza tetapi termasuklah tentangan (kita) terhadap aspek (hak-hak asasi) kemanusiaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Misi Kemanusiaan Gaza 2019 di Damai Lounge, Tingkat U2, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Dr. Samsuri berkata, selain daripada kekurangan makanan, kemudahan asas kepada penduduk ‘yang terkepung’ itu sangat minima.

"Jikalau pada hari ini di negeri kita bercakap tentang nak makan apa, mereka bercakap tentang ada makan tak hari ini. Kita bercakap tentang nak hantar sekolah mana, mereka bercakap ada tempat tak nak bersekolah.

“Kita bercakap tentang hospital, kita ada pilihan bergantung (dengan) kemampuan duit masing-masing, mereka bercakap mengenai ada ke hospital, ada ke ubat, itulah yang mereka alami,” ujarnya.

Oleh itu, katanya walaupun tidak dapat membantu secara fizikal namun sumbangan boleh disalurkan melalui badan-badan bukan kerajaan yang melaksanakan misi kemanusian ke Gaza.

“Kita merasakan bahawa kita tak boleh pergi ke sana untuk ubati mereka dan ini adalah salah satu cara kita bagaimana kita boleh meringankan bebanan mereka.

“Walaupun kita tak boleh buat banyak tapi (apa yang) kita buat ini sebenarnya di mata, hati dan perasaan mereka adalah satu perkara yang sangat besar ertinya. Kita dapat memahami bagaimana peritnya keadaan yang dialami oleh mereka,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, misi kemanusiaan ke Gaza dijadualkan berlangsung pada 27 April sehingga 3 Mei ini.

“Saya bagi pihak PASRelief merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar atas keprihatinan yang tak pernah pudar serta menjayakan misi kemanusiaan yang dianjurkan PASRelief dan NGO kemanusiaan yang lain sepanjang menerajui Kerajaan Negeri Terengganu,” katanya.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/04/terengganu-sumbang-rm156-ribu-untuk.html

Kelantan: Pasca pelantikan Ahli Majlis Kebangsaan OKU


SEBAGAIMANA lazim, pada setiap dua tahun sekali setelah Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 diwartakan, pihak kerajaan akan melantik 10 orang sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Bagi OKU. Sepertimana sebelumnya, April 2019 telah sekali lagi menyaksikan pelantikan ahli-ahli majlis untuk tempoh dua tahun mendatang.

Sering saya catatkan sejak awal, 2019 adalah tempoh kritikal dalam hal ehwal pembangunan OKU di Malaysia. Pada tahun ini, kita telahpun berada pada pertengahan tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan OKU 2016-2022. Lebih dari itu, kita hanya ada tiga tahun berbaki sebelum berakhirnya Dekat Ketiga bagi OKU bawah kelolaan ESCAP, 2013-2022 yang lebih dikenali sebagai ‘Incheon Strategy’ (Make the right real for the disable).

Dalam memastikan tempoh yang berbaki mampu membentuk suatu paradigm yang lebih baik bagi kepentingan OKU pelbagai katagori, tiga perkara asas ini saya sarankan untuk diberi perhatian. Tiga perkara tersebut termasuklah:

1. Pemerkasaan Majlis dan Jabatan Pembangunan OKU agar mampu memenuhi fungsi penggubalan akta.

2. Memperkasa suara-suara OKU di dewan-dewan perundangan sama ada peringkat persekutuan mahupun negeri.

3. Letakkan mereka yang berkelayakan dalam hal ehwal OKU pada pelbagai peringkat yang bersifat rentas sector.

Saya meletakkan keyakinan jika tiga langkah di atas diambil dan dilaksanakan, ia mampu membentuk suatu situasi yang lebih kondusif bagi kepentingan OKU yang pelbagai kategori. Sering saya peringatkan, OKU bukanlah sekadar memerlukan santunan dengan program-program yang bercorak hura hure yang akhirnya terus membelenggu OKU itu sendiri dalam masyarakat.

OKU amat mememrlukan suatu usaha yang berstrategik oleh pihak-pihak berkuasa bagi memastikan ia mampu berfungsi sebagai entiti masyarakat. Perencanaan yang menyeluruh oleh pihak berkuasa mampu membina suasana demi kepentingan dirinya sendiri, bahkan menjadi agen kepada pembangunan nusa bangsa.

Saya incinkan setiap dari tiga saranan di atas pada kesempatan lain. Sebarang cadangan atau komentar, hubungi saya melalui https://KhudaimIslam.wasap.my

Bersama kita membina Malaysia negara mesra OKU.

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
18 Syaaban 1440 – HARAKAHDAILY 24/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/10778-pasca-pelantikan-ahli-majlis-kebangsaan-oku

KALA FEST 2019 Perkasakan Peranan Usahawan Kelantan


KOTA BHARU– Kelantan Authentic Lifestyle and Arts atau dikenali sebagai KALA, merupakan trade mark bagi program-program promosi dan keusahawanan di bawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Usaha di bawah bumbung jenama KALA ini akan menjadi pemangkin kepada usaha memajukan usahawan Kelantan untuk terus berusaha memajukan diri bagi mencapai status usahawan berjaya.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, KALAFEST 2019 ini amat signifikan dan bertepatan dengan masa serta selaras dengan hasrat kerajaan negeri iaitu untuk terus memperkasakan lagi peranan usahawan dalam memajukan ekonomi Negeri Kelantan.

“Kerajaan negeri juga telah merangka strategi dan usaha-usaha bersepadu bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi dan kehidupan usahawan Kelantan ke arah pencapaian yang lebih baik. Ini kerana para usahawan dan kita semua mempunyai peranan dan pengaruh yang cukup signifikan dalam kehidupan keluarga, masyarakat, negeri dan negara.

“Pada awal tahun ini, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif menubuhkan Majlis Pembangunan Usahawan Kelantan (MPUK) yang bertanggungjawab menjadi payung teduhan kepada para usahawan Kelantan,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian KALA Fest 2019 di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan PKINK, Mohamad Nasriff Daud.

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah menyediakan pelbagai bentuk insentif dan bantuan lain untuk memperkasakan para usahawan di bawah jenama KALA di pelbagai peringkat.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri juga akan terus komited untuk menggerakkan agenda pembangunan dan pemerkasaan usahawan agar mereka dapat menyumbang dengan lebih aktif kepada pertumbuhan ekonomi, meningkatkan produktiviti dan menikmati taraf kehidupan lebih baik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, KALA FEST pada kali ini berjaya mengumpulkan seramai 103 penggerai atau usahawan tempatan dan luar negeri.

“KALA FEST ini mampu memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan dan luar negara tentang budaya dan produk Kelantan selain memberi ruang dan peluang kepada usahawan mikro untuk menjana pendapatan dan menambahkan jaringan kenalan,” jelasnya.

Tambah beliau, Konsep yang ditampilkan oleh KALA juga mampu untuk mengukuhkan jenama KALA PKINK, selain berjaya mempromosikan produk dan budaya asli Kelantan. Melalui program ini juga, kita dapat menyediakan platform untuk usahawan-usahawan IKS memperluaskan pasaran perniagaan mereka dan sebagai jaringan antara agensi-agensi terlibat dengan usahawan-usahawan tempatan.

Dalam perkembangan sama, turut berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Of Intention To Collaborate Antara Arisprop Holdings Sdn Bhd & Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) dan juga Majlis Pelancaran “Nuc Car & Nuc Food” dan “Satay Jeliro”.- FB Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan – PKINK 24/4/2019

Sumber: https://www.facebook.com/sedckelantan/posts/2162330473845272

Formula aman, makmur ialah adil


oleh: Subky Latif

RATA-rata dunia hari ini, di wilayah Islam dan tidak, huru-hara dan berbencana.

Apa gerangan?

Maksud al-Quran, bencana di darat dan lautan gara-gara tangan rakus manusia.

Kita tidak dapat tuding akan malapetaka yang dialami, baik di negara kita yang Islam dan yang lain-lain justeru pemerintahannya zalim.

Apapun bila pemerintah itu zalim diikuti pula oleh masyarakat dan rakyatnya juga zalim, pastilah bencana kepada semua. Waimma petaka itu kecil atau besar. Kecil zalimnya, kecil petakanya. Besar zalimnya, besar pula petakanya.



Rasuah adalah amal kezaliman. Sekadar ia oleh pegawai kecil, tetap ada kesannya sekalipun kecil. Dan jika rasuahnya besar, maka zalim dan bencananya tentulah besar.

Dari segi Islam. Yang tidak menerima Islam dan tidak mengamalkan Islam sejak Adam hingga kiamat adalah zalim. Sekalipun adil amalnya, solatnya seperti solat Nabi, justeru tidak menerima ia akan Islam, tidak diterima solat dan ibadatnya.

Akan tetapi yang Islam, sikap dan perbuatannya zalim, tetap bencana juga kepada umah.

Maka ditekankan oleh Islam, pemerintah dan ketua itu hendaklah adil kerana adil itu adalah rahmat untuk semua. Rahmatan Lil Alamin yang Allah sediakan bukan untuk sekadar disebut, tetapi diamalkan.

Allah Maha Adil dan Ia sayang dan suka kepada keadilan dan yang berbuat adil. Nabi Ibrahim tanya rombongan Jibril dalam misi membinasakan kaum Lut. Adakah dibinasakan masyarakat zalim yang di tengahnya ada yang soleh? Ditangguhkan hingga dipisahkan dulu yang soleh dari yang zalim seperti Nabi Lut dan anaknya dipisahkan dulu dari Sodom.

Maka pemerintah yang adil itu Allah letakkan dalam senarai teratas dari mereka yang dikasihi-Nya dengan dijamin kebahagiaan dan rahmat-Nya.

Antara yang termasyhur pemerintahannya dalam khilafah Islam ialah Khalifah Umar Abdul Aziz. Aman makmur dan sejahtera rakyat di bawah pemeritahannya. Tiada yang sedia menerima zakat justeru kebercukupan pendapatan dan kehidupan masing-masing.

Telah berlaku di kalangan masyarakat Badawi di padang pasir yang terpisah dari masyarakat hadhari yang tamadun dan tidak mengetahui maklumat dan perkembangan semasa. Mereka kagum apabila mendapati hasil kebun masing-masing berganda. Lazimnya tidak semewah itu.

Antara mereka berpendapat, ini adalah justeru perubahan dalam pemerintahan. Pemerintahan yang adil lagi soleh telah memakmurkan semua.

Mereka tidak tahu ketika itu mereka berada di bawah pemerintahan Umar Abdul Aziz yang terkenal adil dan solehnya.

Umar Abdul Aziz tidak memerintah lama. Sekitar dua tahun, tetapi kemakmuran dan keadaan itu telah dikecapi oleh semua dalam waktu yang singkat.

Kefahaman umat pada masa itu tidak tahu dan tidak peka siapa yang berkuasa, tetapi keyakinan semua apabila berlaku keamanan dan kemewahan ia adalah justeru yang memerintah itu adalah orang yang adil dan soleh.

Bertolak dari keyakinan itu betapa keamanan dan kesejahteraan adalah justeru keadilan pemerintahan. Pemerintahan yang adil itu melaksanakan peraturan yang ditentukan Allah dan Nabi-Nya.

Apabila masyarakat itu penuh dengan huru-hara, kacau bilau dan bencana di sana sini, tidak dapat tiada gara-gara mengabaikan keadilan dan peraturan yang Allah tentukan. Malangnya umat Islam sendiri nipis keyakinan iman dan Islamnya.

Moga-moga penyatuan umah yang dituntut oleh semua memulakan keadilan sebagai formula ke arah keamanan dan kemakmuran. – HARAKAHDAILY 25/4/2019

NGO Geng Ustaz Mendesak Exco Agama Perak Mohon Maaf Secara Terbuka


KENYATAAN MEDIA GENG USTAZ
NGO Geng Ustaz Mendesak  Exco Agama Perak Mohon Maaf Secara Terbuka

Assalamua’laikum WBT

1. NGO Geng Ustaz merasa sangat tersinggung diatas tuduhan melulu yang dilemparkan oleh YB Asmuni Awi, Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan terhadap Almarhum Ustaz Norazli Musa yang telah meninggal dunia di Perkubur Baqi’ , Madinah pada 12 Mac 2019 yang lalu.

2. Ucapan beliau dengan penuh emosi dan prejudis merupakan perkara yang sangat dilarang di dalam agama terhadap orang yang telah meninggal dunia. Isu yang dibangkitkan melibatkan insan yang sudah kembali kerahmatullah adalah isu lama dimana suara audio itu merupakan suara Almarhum Ustaz Norazli Musa. Sewajarnya beliau mendapat kepastian terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukum dan menyebar audio suara Almarhum Ustaz Norazli Musa dalam sidang DUN Perak kelmarin.

3. Seharusnya orang yang hidup berkata baik kepada si mati dan bukan mengungkitkan perkara yang tidak baik. Ini berdasarkan kepada hadith Ummu Salamah (R.A) bahawa Rasulullah SAW bersabda :

‎Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ų±ُّŁˆŲ­َ Ų„ِŲ°َŲ§ Ł‚ُŲØِŲ¶َ ŲŖَŲØِŲ¹َŁ‡ُ Ų§Ł„ْŲØَŲµَŲ±ُ ŁَŲ¶َŲ¬َّ Ł†َŲ§Ų³ٌ Ł…ِŁ†ْ Ų£َŁ‡ْŁ„ِŁ‡ِ ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ Ł„َŲ§ ŲŖَŲÆْŲ¹ُŁˆŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų£َŁ†ْŁُŲ³ِŁƒُŁ…ْ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŲØِŲ®َŁŠْŲ±ٍ ŁَŲ„ِŁ†َّ Ų§Ł„ْŁ…َŁ„َŲ§Ų¦ِŁƒَŲ©َ ŁŠُŲ¤َŁ…ِّŁ†ُŁˆŁ†َ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł…َŲ§ ŲŖَŁ‚ُŁˆŁ„ُŁˆŁ†َ Ų«ُŁ…َّ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُŁ…َّ Ų§ŲŗْŁِŲ±ْ Ł„ِŲ£َŲØِŁŠ Ų³َŁ„َŁ…َŲ©َ ŁˆَŲ§Ų±ْŁَŲ¹ْ ŲÆَŲ±َŲ¬َŲŖَŁ‡ُ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŁ…َŁ‡ْŲÆِŁŠِّŁŠŁ†َ

Maksudnya: “Sesungguhnya roh apabila diambil nescaya penglihatan mengikutnya. Ketika itu orang ramai di kalangan ahlinya riuh rendah lantas sabda Baginda SAW: ‘Jangan kamu doa atas diri kamu kecuali yang baik. Ini kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu kata. Kemudian Baginda berdoa : ‘Ya Allah, ampunkan bagi Abi Salamah, angkatlah darjatnya di kalangan orang yang mendapat petunjuk…”Riwayat Muslim (920).

4. Orang awam sedia mengetahui bahawa dalam isu ini semasa Almarhum Ustaz Norazli masih hidup beliau telah bertindak menyaman pihak yang menfitnahnya yang kononnya beliau menyatakan bahawa "siapa yang keluar jamaah Islam ( PAS ) maka ia jatuh kafir", justeru pihak Mahkamah mendapati bahawa pihak defendan telah melakukan fitnah terhadap plaintiff [Almarhum Ustaz Norazli Musa] dan Mahkamah Seksyen Kota Bharu Kelantan telah memberi kemenangan kepada Almarhum Ustaz Norazli Musa dalam kes tersebut.

5. Kita sedia maklum bahawa Almarhum Ustaz Norazli Musa telah disemadikan ditempat yang mulia seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW .Menyentuh perihal Almarhum Ustaz Norazli Musa dalam keadaan beliau tidak dapat membela diri adalah satu tindakan yang jelek dan hina yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang memegang taklifan sebagai Exco Agama.

6. Justeru,saya Kamalulhysham Mohd Suhut mewakili seluruh barisan kepimpinan Ex-Co Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) mendesak agar YB Asmuni Awi segera membuat permohonan maaf secara terbuka di atas tindakan biadap beliau kepada kaum keluarga, anak-anak dan seluruh ahli keluarga serta semua sahabat handai Almarhum Ustaz Norazli Musa yang masih lagi merasa kesedihan dengan pemergian beliau.

“ Ulamak Memimpin Ummah “

Kamalulhysham Mohd Suhut
Presiden Geng Ustaz
18 Sya'aban 1440H | 24 April 2019M

Rujukan :
1. http://www.themalaysianview.com/2016/04/norazli-menang-kes-saman-fitnah.html?m=1
2. https://www.sinarharian.com.my/article/24989/EDISI/Perak/Sidang-DUN-Perak-kecoh-isu-kafir-libatkan-kerjasama-UMNO-Pas
3. https://www.facebook.com/abdulhalimabuhassan/videos/pcb.10216299146904281/10216299095142987/?type=3&theater

#GengUstaz #GU #UstazNorazliMusa
#UlamakMemimpinUmmah
#ExcoAgamaPerak #MohonMaafSecaraTerbuka

Sumber: šŸŒ https://www.facebook.com/465626990190025/posts/2169598196459554

Deputy minister Mahfuz Omar to pay RM200,000 for defaming NGO leader


PUTRAJAYA: Amanah vice-president and Pokok Sena MP Mahfuz Omar will have to pay RM200,000 in damages to former NGO leader Hasan Mohamed Ali for defamation.

This follows the Federal Court's refusal to grant leave to Mahfuz, who is deputy human resources minister, to appeal against the Court of Appeal ruling.

Lawyer Faiz Fadzil, who represented Mahfuz, told FMT a three-member bench led by acting Chief Justice Ahmad Maarop dismissed the leave aplication with RM10,000 in costs.

"The bench is of the opinion that the two questions of law framed to persuade the court to hear the appeal did not cross the threshold under Section 96 of the Courts of Judicature Act 1964," he told FMT.

This means the questions framed are not novel or of public advantage.

Faiz said the damages to be paid to Hasan, the ex-Jalur Tiga Malaysia (Jati) president, could be more as the compensation included interest.

The High Court, in December 2015, awarded RM200,000 to Hasan, also a former PAS leader, who was sacked from the party in 2011.

Hasan filed the suit against Mahfuz in April 2012 after the latter made a defamatory statement that was later carried by several dailies and online portals.

The then High Court judge, Nor Bee Ariffin, said Hasan had proved on the balance of probabiities that there was malicious intent in the statement made by Mahfuz alleging Hasan of receiving aid from the government.

Nor Bee, in her ruling, said the statement, if read as a whole, could cause Hasan to be stigmatised and deemed an insincere person and not qualified to hold a post in politics.

The decision was also upheld by the Court of Appeal.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/04/24/deputy-minister-mahfuz-omar-to-pay-rm200000-for-defaming-ngo-leader/
© all rights reserved
made with by templateszoo