NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Memorandum Bantahan Ratifikasi ICERD bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan




1. Gerakan Pembela UMMAH sebagai gabungan lebih daripada 300 badan-badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara memandang berat kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy dan Mujahid Yusof Rawa, bahawa kerajaan bercadang untuk meratifikasi International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Disrimination (ICERD) pada awal tahun hadapan.
2. UMMAH komited menentang sebarang bentuk diskriminasi tidak adil yang menganiaya mana-mana pihak, tanpa mengira kaum atau agama. Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama, kita juga harus akur dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, di mana terdapat beberapa pengecualian yang membenarkan “diskriminasi” tanpa menganiayai mana-mana kaum. Hal ini adalah hasil daripada kebijaksanaan bapa-bapa kemerdekaan kita dahulu, maka dapat ditemui antara lain Perkara 153 Perlembagaan, yang menggunakan istilah “melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri … Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain.”


3. ICERD adalah konvensyen antarabangsa yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969. Malaysia tidak pernah menandatangani apatah lagi meratifikasinya, bukan kerana Malaysia sebuah negara yang mengamalkan atau menerima fahaman rasis, sebaliknya kerana ia mempunyai implikasi besar yang bercanggah dengan pelbagai peruntukan Perlembagaan seperti yang telah dipersetujui oleh bapa-bapa kemerdekaan kita lebih 60 tahun dahulu.


 
4. Takrif diskriminasi kaum di bawah ICERD adalah amat luas, meliputi “sebarang perbezaan … atau keutamaan berdasarkan bangsa … keturunan … atau asal-usul kebangsaan” (Artikel 1 ICERD). Ini sudah tentu bercanggah dengan intipati utama kontrak sosial seperti yang terjelma dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153 (berkenaan kedudukan Istimewa Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak), Perkara 160 (berhubung takrif Melayu dan ikatannya dengan Islam) dan Perkara 89 (mengenai tanah rizab Melayu di bawah Enakmen-Enakmen di peringkat Negeri-negeri).
 
5. Kesan dan jangkauan jika ICERD diratifikasikan akan mencakupi dan memberi kesan buruk kepada pelbagai institusi dan polisi, antara lain:

i) MARA hendaklah dibubar
ii) MRSM hendaklah ditutup
iii) UiTM tidak boleh dikhususkan kepada Melayu dan Bumiputera.
iv) Tanah Rizab Melayu hendaklah dihapuskan.
v) Rejimen Askar Melayu Diraja merupakan satu diskriminasi.
vi) Biasiswa yang mengkhususkan untuk Bumiputera hendaklah dihapuskan.
vii) Diskaun perumahan yang mengkhususkan untuk Bumiputera hendaklah dihapuskan.
viii) Syarat tawar tender yang mengkhususkan untuk Bumiputera dalam tender dan lesen perniagaan hendakalah dihapuskan.


6. Bahkan cakupan ICERD bukan sahaja menyentuh kedudukan istimewa Melayu dan anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak, tetapi akan juga melanggar urus-tadbir perundangan syariah di Negeri-Negeri. Hal ini kerana Artikel 5d(iv), (vi) dan (vii) ICERD melarang sebarang bentuk diskriminasi untuk kebebasan berkahwin silang agama dan bangsa, kebebasan untuk keluar agama (termasuk murtad), dan hak terhadap perwarisan harta — yang kesemuanya bercanggah dengan Perkara 160 Perlembagaan yang menetapkan bahawa Melayu itu menganut agama Islam, dan justeru tertakluk kepada hukum syara’.

7. Artikel 5(c) dan 5(d)(ix) ICERD akan turut mempunyai implikasi bahawa parti politik berdasarkan bangsa adalah salah dan perlu dihapuskan kerana “mendiskriminasi” ahlinya mengikut kaum. Parti PPBM / BERSATU di mana Yang Amat Berbahagia Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad adalah Pengerusinya, akan bercanggah dengan ICERD. Demikian juga UMNO, MCA, MIC, dan parti-parti anak-anak negeri Sabah dan Sarawak.

8. Sungguhpun terdapat suara-suara yang cuba menjustifikasikan usaha untuk menandatangani dan meratifikasi ICERD dengan memberi alasan kononnya Malaysia boleh membuat pengecualian “reservation” terhadap perkara-perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan, tetapi hakikatnya hal ini tidak mungkin dapat dilakukan, kerana perkara-perkara yang bertentangan tersebut adalah menyentuh objektif dan intipati tujuan ICERD itu sendiri. Artikel 20 ICERD melarang sebarang pengecualian ataupun “reservation” yang bercanggah dengan objektif dan tujuan ICERD. Larangan yang sama turut diperuntukkan dalam Konvensyen Vienna berkenaan Undang-Undang Perjanjian Antarabangsa. 


9. Justeru, mengambil kira bahawa hasrat kerajaan untuk menandatangani dan meratifikasi ICERD adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka UMMAH mendesak bahawa kerajaan tidak seharusnya tergesa-gesa, sebaliknya perlu lebih berhati-hati dan mengambil langkah-langkah seperti berikut:-

(a) Rujukan perlu dibuat kepada pakar-pakar Perlembagaan dan perundangan yang non-partisan dan objektif serta berwibawa berkenaan natijah dan kesan ICERD terhadap sistem perundangan Malaysia;

(b) Perkara ini hendaklah disembahkan kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Tanpa perkenan Majlis Raja-Raja, ICERD TIDAK BOLEH ditandatangani dan diratifikasi oleh Malaysia, kerana Perlembagaan memperuntukkan bahawa sebarang perkara yang menyentuh kedudukan istimewa Melayu dan anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak adalah di bawah bidangkuasa Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Dewan Undangan Negeri yang terlibat; dan

(c) Perkara ini juga perlu dibahaskan secara terbuka di Parlimen, dengan penuh kejujuran tanpa berselindung tentang implikasi sebenar terhadap peruntukan-peruntukan teras Perlembagaan, jika Malaysia meratifikasi ICERD.

10. Suatu bantahan ICERD melalui petisyen atas talian telah dilancarkan sejak 6 hari yang lepas di https://www.change.org/p/pendokong-perlembagaan-bantahan-ratifikasi-konvensyen-antarabangsa-icerd dan kini telah berjaya mengumpulkan lebih 55,000 penandatangan. Jumlah ini berterusan bertambah dari semasa ke semasa, yang menunjukkan kerisauan dan kemarahan rakyat, serta tidak seharusnya diabaikan atau tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan.


11. Apabila menyentuh usaha untuk menjalin hubungan baik antara kaum di Malaysia, kita seharusnya mengambil iktibar dari kearifan lokal dan rekod baik Malaysia selama lebih 60 tahun. Kita perlu membentuk perpaduan mengikut acuan sendiri, tanpa tunduk kepada tekanan luar yang belum tentu faham akan sejarah, budaya dan prinsip timbal-balik antara kaum yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Malaysia tidak pernah menandatangani ICERD selama ini bukanlah atas sebarang ideologi rasis atau supremasis, sebaliknya bagi memastikan kesaksamaan dan keseimbangan sosial dalam meraikan kepelbagian kebudayaan di negara ini.

Aminuddin Yahaya
PENGERUSI
Gerakan Pembela UMMAH
31 Oktober 2018

ICERD: 6 Tuntutan Ahli Parlimen PAS



Kenyataan Media Bersama

AHLI PARLIMEN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
ISU BERKENAAN SYOR BERKAITAN DENGAN SEMAKAN BERKALA SEJAGAT (UPR)

1. Kami menerima satu memorandum daripada beberapa kumpulan NGO yang diketuai UMMAH berkenaan penolakan terhadap ratifikasi International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Kami menyatakan sokongan terhadap memorandum ini kerana tindakan meratifikasi ICERD secara langsung akan menyentuh beberapa sendi utama berkenaan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra yang dilindungi di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan perlembagaan yang lain. Malah, kenyataan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid sendiri dalam artikel beliau bertajuk “Pengesahan ICERD Merugikan Melayu” menjelaskan perkaitan berkenaan.


2. Namun, kebimbangan ketika ini lebih terarah kepada proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Malaysia buat kali ketiga yang akan berlangsung pada awal November ini. Kami mengikuti dengan rapat pelbagai syor-syor yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak. Ini bukan sahaja melibatkan syor untuk meratifikasi ICERD, bahkan turut melibatkan konvensyen antarabangsa yang lain seperti the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR), International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (ICESCR), Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT), International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families (ICRMW) and International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance (ICPPED).


3. Tindakan meratifikasi konvensyen juga boleh menjurus ke arah menjadikan murtad sebagai bukan jenayah (decriminalize) sebagaimana terkandung dalam Perkara 18 ICCPR yang turut terdapat dalam Perkara 18 Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Hal ini disokong dengan tuntutan supaya Akta Pendaftaran Negara dipinda bagi membuang perkataan Islam dalam Mykad seseorang.


4. Selain soal meratifikasi konvensyen antarabangsa yang menjadi pertikaian, terdapat juga gesaan supaya Kerajaan menarik balik terhadap pengecualian (reservations) dalam Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW), Convention on the Rights of the Child (CRC) serta Convention on the Rights of People with Disabilities (CRPD). Pengecualian klausa-klausa tertentu dalam konvensyen ini dilakukan kerana ia tidak selari dengan perundangan syariah melibatkan soal wali, hak bercerai kepada si isteri dan sebagainya. Maka, langkah menarik balik pengecualian tersebut akan memberi implikasi besar terhadap enakmen keluarga Islam yang diamalkan di negeri-negeri bahkan bertentangan dengan syariat Islam.




5. Tambahan lagi, di sana juga terdapat gesaan supaya Malaysia mengiktiraf hak terhadap golongan LGBT sepertimana saranan yang dikeluarkan oleh SUHAKAM. Malah, sebahagian daripada mereka mengesyorkan supaya Malaysia memansuhkan sebarang undang-undang terhadap perbuatan seksual yang berlawanan dengan fitrah di samping memansuhkan undang-undang terhadap transgender yang berasaskan kepada ekspresi dan identiti gender. 

6. Ingin kami tegaskan bahawa secara prinsip, kita memberi pengiktirafan terhadap hak asasi bagi seseorang manusia. Walau bagaimanapun, menuruti pengamalan hak asasi versi Barat serta menjadikan rujukan sepenuhnya terhadap dokumen hak asasi UDHR tanpa menilai kerangka yang ada dalam negara bukan suatu langkah yang tepat. Sewajarnya kita memahami bahawa hak asasi yang dipraktikkan di negara ini berasaskan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, perundangan syariah serta perlu bersesuaian dengan budaya dan adat yang diamalkan di negara ini.

7. Oleh yang demikian, kami ingin menyatakan beberapa tuntutan untuk perhatian pihak Kerajaan:

Pertama, kami menuntut supaya Islam dijadikan rujukan utama pengamalan hak asasi di negara ini bertepatan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan:

“Islam ialah agama bagi Persekutuan…”

Ini turut disokong oleh Perkara 37 (1) Perlembagaan Persekutuan berkenaan sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara Agama Islam pada Bahagian I Jadual Keempat yang berbunyi:

“…dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memelihara pada setiap masa Agama Islam…”

Kedua, kami menuntut Kerajaan untuk tidak meratifikasi kesemua baki konvensyen antarabangsa kerana jelas tidak bersesuaian dengan kerangka perundangan, pengamalan agama dan budaya yang terdapat dalam negara ini. 

Ketiga, kami juga menuntut supaya Kerajaan tidak menarik balik pengecualian yang diletakkan terhadap CEDAW, CRC mahupun CRPD. Ini kerana pengecualian tersebut dilakukan kerana bertentangan dengan syariat Islam. Sebagai contoh Perkara 16(1)(a) CEDAW berkenaan hak sama rata untuk berkahwin melibatkan langkah untuk menghapuskan pengesahan wali bagi wanita untuk berkahwin. Ini jelas sekali bertentangan dengan syariat Islam yang meletakkan wali sebagai salah satu rukun nikah.

Keempat, kami menuntut supaya Kerajaan terus konsisten menolak pengiktirafan terhadap aktiviti LGBT, namun menyokong sebarang langkah merawat mereka supaya pulang ke pangkal jalan.

Kelima, kami menuntut supaya kebebasan beragama di negara ini terus dipelihara berdasarkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan di samping menolak sebarang syor untuk decriminalize aktiviti murtad di negara ini. Dalam hal ini, gesaan menghapuskan perkataan Islam dalam Mykad seseorang juga harus ditolak secara penuh.

Keenam, kami menuntut supaya Kerajaan turut melibatkan para ulama’ serta golongan berautoriti agama di negara ini dalam kajian berkenaan hukuman mati supaya kita dapat mengeluarkan suatu ketetapan yang lebih holisitik mengambilkira semua pandangan secara adil.

Sekian.

Tunggakan Kerajaan Persekutuan Kepada Kelantan RM275 Juta




Oleh : Nasrudin hin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.
https://m.facebook.com/kpenerangan

1. Kerajaan Negeri Kelantan telah menyatakan dengan jelas tunggakan yang masih belum dilunaskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM275 juta.

2. Daripada jumlah ini, sejumlah RM113 juta ialah premium tanah Institut Pendidikan Guru di Pengkalan Chepa, RM144 juta pula ialah premium tanah FELDA, manakala baki RM18 juta ialah hasil tanah Kerajaan Persekutuan. 

3. Jumlah tunggakan belum dibayar oleh Kerajaan Persekutuan ini tidak termasuk jumlah tunggakan royalti petroleum yang berhak dinikmati oleh rakyat Kelantan. 

4. Isu pengeluaran minyak di negeri Kelantan kekal relevan kerana ia berada di kedudukan Joint Development Area (JDA). Sekiranya dijumlahkan secara keseluruhan tunggakan royalti minyak Kelantan, ia boleh mencecah puluhan bilion ringgit.

5. Jumlah pinjaman Kerajaan Negeri Kelantan kepada Kerajaan Persekutuan yang masih belum diselesaikan ialah RM1.42 bilion, manakala jumlah wang pendahuluan yang belum dibayar pula ialah RM364 juta. 

6. Hal ini bermakna, Kerajaan Negeri Kelantan masih mempunyai hak yang lebih besar untuk diminta kepada Kerajaan Persekutuan. Tapi, mengapa Menteri Kewangan dilihat lebih angkuh?

7. PAS berharap agar Kerajaan Persekutuan mengangkat semangat federalisme, saling hormat menghormati, bantu membantu dalam kalangan negeri-negeri tanpa bersikap prejudis.

8. Negara Malaysia perlu dibangunkan bersama dengan mengutamakan kemaslahatan untuk rakyat. Jauhkan politiking kerana ia akan merencatkan pembangunan, integriti dan ketelusan. 

Islam Memimpin

Sekian.

1MDB: PAC Dicabar Tunjuk Laporan Asal – Seng Giaw

Bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw, meminta bukti dikemukakan berhubung dakwaan laporan asal Ketua Audit Negara berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipinda.

Tegas beliau, sebarang tuduhan perlu disertakan dengan bukti kukuh dan dakwaan pindaan atas arahan individu tertentu sehingga gagal mengesan salah laku syarikat pelaburan negara itu membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

“Membuat tuduhan memang senang tetapi untuk mengemukakan bukti kukuh itu bukan perkara yang mudah.

“Sekarang terlalu banyak dakwaan berasaskan politik dan sukar untuk rakyat hendak membezakan mana satu yang benar, mana satu yang tidak.

“Jadi, kita tidak boleh menuduh seseorang itu bersalah sehingga ada bukti kukuh yang dikemukakan di mahkamah,” katanya ketika dihubungi NSTP, pada Selasa.

Jelas veteran DAP itu lagi, jika ada pihak yang mengaitkan isu berkenaan dengan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mereka juga perlu mengemukakan bukti kukuh kerana tuduhan sebegitu jelas mencemarkan nama baik beliau.

“Isu yang berkaitan 1MDB sememangnya menjadi tumpuan rakyat dan tuduhan tanpa bukti pastinya akan menyemarakkan lagi api kemarahan mereka (rakyat).

“Ia perlu disiasat dengan teliti dan jika benar wujudnya kesalahan serta mempunyai bukti, jangan teragak-agak untuk mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.

Seng Giaw mengulas dakwaan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh di Dewan Rakyat, semalam mengenai laporan asal Ketua Audit Negara berhubung 1MDB yang dikatakan dipinda atas arahan individu tertentu sehingga gagal mengesan salah laku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.

Kah Woh mendakwa, salah laku itu hanya dikesan selepas berlaku perubahan pentadbiran negara pada 9 Mei lalu.

Kah Woh yang yang juga Timbalan Pengerusi PAC berkata, isu 1MDB amat serius, namun PAC ketika itu gagal membuka semula siasatan walaupun Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengambil tindakan sebaliknya.

“Ketika itu bukan saja PAC gagal buka semula siasatan, malah laporan Ketua Audit Negara diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA),” katanya.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pula dalam kenyataannya berkata, PAC menangguhkan prosiding siasatan 1MDB membabitkan Ambrin ke satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.

Ronald sebelum ini dilapor berkata, Ambrin yang dinamakan sebagai salah seorang saksi bagi siasatan semula 1MDB, adalah Ketua Audit Negara ketika Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan syarikat pelaburan itu.

Menurut Ronald, Ambrin yang sepatutnya memberi keterangan pada prosiding pertama siasatan semula 1MDB itu semalam, sudah membentangkan laporannya sebelum ini iaitu pada Mac 2016 kepada PAC, ketika persidangan Parlimen penggal ke-13.

Sementara itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad, enggan memberi penjelasan lanjut berhubung isu pindaan laporan asal berkenaan.

“Saya minta maaf banyak-banyak, buat masa ini saya tidak dapat memberi komen lanjut,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Wartawan Watan-Online

Pasaran getah terendah dalam tempoh 16 minggu



KUALA LUMPUR, 21 Safar 1440H, Selasa – Pasaran getah Malaysia ditutup pada paras terendah sejak 5 Julai 2018, berikutan kebimbangan mengenai pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berlanjutan, kata seorang peniaga.

Menurutnya, pasaran memberi reaksi negatif terhadap laporan media mengenai rancangan AS mengenakan tarif tambahan bernilai US$257 bilion ke atas barangan China sekiranya rundingan antara Presiden AS Donald Trump dan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping gagal menamatkan pertikaian antara dua negara kuasa besar ekonomi dunia itu.

"Data keuntungan perindustrian China yang lemah turut memberi tekanan terhadap sentimen itu," katanya.

Pada 12 tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 7.5 sen kepada 517.5 sen sekilogram (kg) manakala susu getah pukal turun 2.5 sen kepada 388.0 sen/kg.
Harga penutup pada jam 5 petang bagi gred tayar SMR 20 berkurangan lima sen kepada 519.5 sen manakala susu getah pukal turun 1.5 sen kepada 388.5 sen/kg. – Bernama


Federalisme: Jangan Abai Hak Kelantan


Oleh: DATO' HJ CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI
Ahli Parlimen Tumpat


1. Perbahasan saya mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (KSP RMK11) semalam menyentuh mengenai gesaan kepada Kerajaan Pusat supaya tidak mengabaikan hak sama rata terhadap semua negeri termasuklah Kelantan. 

2. Ironinya, di sana ada pihak dikalangan pemimpin negara sendiri yang kelihatan "gembira" dengan kemunduran Kelantan. Walhal, sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan pembangunan wilayah yang seimbang terhadap semua negeri-negeri di Malaysia. 

3. Kelantan dinafikan hak mendapat tebatan banjir meskipun kejadian banjir berlaku setiap tahun khususnya sewaktu musim tengkujuh. Kelantan turut dinafikan hak mendapat lebuhraya meskipun mengalami trafik yang tinggi khususnya ketika musim perayaan. Bahkan pembinaan ECRL juga telah dibatalkan. 

4. Lebih mendukacita adalah Kelantan dinafikan hak royalti sejak diambil alih oleh PAS pada 1990 sedangkan dari sudut perundangan, Kerajaan Pusat terikat dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 serta perjanjian dua hala Kerajaan Negeri dan Petronas pada 1975. 

5. Saya mengharapkan perubahan di bawah Kerajaan baharu supaya mempertimbangkan pembangunan wilayah yang seimbang. Lebih utama adalah hak-hak yang seharusnya ditunaikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri khususnya Kelantan. 

6. Sewajarnya Konsep federalisme perlu diperkasakan bagi memastikan peranan yang lebih erat dimainkan oleh Pusat dan Negeri seperti yang termaktub dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.  

Sekian.

"Islam Memimpin"


RMK-11: Realiti Ketidakseimbangan Di Pantai Timur



Oleh: YB Tuan Che Alias Bin Hamid
Ahli Parlimen Kemaman (P040)
30 Oktober 2018

1. Semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 semalam, saya menekankan Kerajaan perlu mempergiatkan usaha  untuk menangani ketidakseimbangan pembangunan dan insfrastuktur di Pantai Timur khususnya yang sekian lama bagi merealisasikan komitmen yang diutarakan oleh Perdana Menteri.

2. Selain itu, saya juga mencadangkan kepada pihak menteri-menteri yang terlibat untuk mengenal pasti apakah sumber pendapatan dan sumber utama ekonomi setiap negeri. Malahan Kerajaan Pusat juga seharusnya perlu merancang secara terperinci berkaitan tindakan yang perlu diambil bersama-sama dengan kerajaan negeri untuk memperkasakan ekonomi dan merapatkan jurang pembangunan sosio-ekonomi antara wilayah dan negeri.

3. Saya menegaskan supaya Kerajaan lebih bersikap adil dan menunaikan hak-hak kerajaan negeri seperti isu royalti di Kelantan dan Terengganu. Di samping itu,Kerajaan juga perlu membuat keputusan muktamad berkenaan status ERCL dengan kadar segera dan  melaksanakan kajian secara terperinci berkaitan pengurangan kos dan penyelenggaraan projek ini.

4. Saya mengharapkan Kerajaan Persekutuan akan terus komitmen untuk meneruskan beberapa projek di Kemaman.Antaranya pembinaan Hospital Kemaman yang perlu disiapkan sepertimana dijadualkan iaitu 19 Disember 2021. Kedua projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB)  memandangkan di Kemaman juga kerap berlaku banjir khususnya di bandar Chukai dan sekitarnya.Ketiga berkaitan komitmen Kerajaan dalam proses pelebaran jalan susur keluar Chukai daripada LPT3 ke bandar Chukai.

5. Dalam pada itu, kerajaan Terengganu telah mewujudkan satu kawasan zon ekonomi yang mana di Kemaman sendiri mempunyai 140 hektar kawasan yang telah diperuntukkan. Kawasan zon ekonomi ini bersedia menerima pelabur daripada pelbagai industri. Hal ini dapat memantapkan eknomi negeri dengan mewujudkan hubungan yang baik dengan pelabur.

6. Jelaslah di sini bahawa RMK ke-11 ini merupakan suatu perkara yang penting bagi melihat hala tuju kerajaan dalam tempoh 2 tahun yang akan datang dan satu bentuk refleksi  terhadap perancangan yang telah dilaksanakan sebelum ini sama ada mencapai matlamat yang dirancang atau sebaliknya. Hak-hak kerajaan negeri sepatutnya ditunaikan dan tidak dinafikan kerana ianya demi kesejahteraan rakyat dan pengamalan konsep federalisme perlu diterapkan dengan telus.

“ Islam Memimpin ”


ICERD: Pengesahan “Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum” Merugikan Melayu 


Oleh: Tun Abdul Hamid Mohamad 
(Bekas Ketua Hakim Negara) 

Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) (konvensyen) telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan (ratified) mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. Hingga ke hari ini, Malaysia tidak mengesahkannya. Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak mengesahkannya, termasuk Brunei dan Israel. 

Tetapi, dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU 14, kerajaan PH hendak mengesahkan konvensyen itu dan lima lagi konvensyen yang berkaitan, sebagai memenuhi janji pilihanrayanya, khususnya kepada orang bukan Melayu. 

Maka, kita perlu tahu mengapa selama lebih daripada 50 tahun Malaysia, di bawah pemerintahan kerajaan BN, tidak mengesahkan konvensyen itu dan mengapa kerajaan PH hendak mengesahkannya. Untuk itu, kita perlu tahu terlebih dahulu isi kandungannya dan kesan pengesahannya. 

Dalam rencana ini saya hanya akan memperturunkan bererapa peruntukan yang penting yang mungkin memberi kesan kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan kita, 3 khususnya Perkara 153, kerana, atas satu alasan itu sahaja pun, ia sudah cukup merugikan orang lain. 

Konvensyen itu, antara lain, memperuntukkan: 
“Perkara 1
1. Dalam Konvensyen ini, istilah "diskriminasi kaum" bermaksud sebarang perbezaan, pengecualian, sekatan atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna, keturunan, atau asal-usul kebangsaan atau etnik yang mempunyai maksud atau kesan membatalkan atau merusakkan pengktirafan, penikmatan dan penggunaan, atas asas yang sama, hak asasi manusia (“or effect of nullifying or impairing the recognition, enjoyment or exercise, on an equal footing, of human rights”) dan kebebasan asas dalam politik, ekonomi, sosial, kebudayaan atau mana-mana bidang kehidupan umum.” i (Terjemahan saya. Untuk mengetahui peruntudan asal dalam Bahasa Inggeris, sila layari laman-laman web saya.) 


Ringkasnya memberi keistimewaan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi. 

2. Konvensyen ini tidak terpakai bagi perbezaan, pengecualian, sekatan atau keutamaan yang dibuat oleh Pihak Negara kepada Konvensyen ini antara warganegara dan bukan warganegara. ii (Terjemahan saya). 

Maksudnya diskriminasi antara warganegara dan bukan warganegara dibenarkan. 

4. Langkah-langkah khusus yang diambil untuk tujuan tunggal untuk mencapai kemajuan yang mencukupi bagi sesetengah golongan kaum atau etnik atau individu yang memerlukan perlindungan sedemikian yang perlu untuk memastikan kumpulan atau individu yang sama menikmati atau menjalankan hak asasi manusia dan kebebasan asas tidak akan dianggap diskriminasi kaum , dengan syarat, bahawa langkah sedemikian tidak, akibatnya, membawa kepada penyelenggaraan hak yang berasingan bagi kumpulan kaum yang berlainan dan bahawa ia tidak akan diteruskan setelah tujuan ia diambil telah dicapai. iii (Terjemahan saya) 

Ringkasnya, diskriminasi seperti yang terkandung dalam Perkara 153 dibenarkan jika ia memenuhi syarat-syarat yang disebut dalam pasal ini. Tanpa menghujahkan alasanalasan lain, Perkara 153 tidak akan terkecuali kerana ia bukan bagi suatu tempoh yang terhad. Ia tidak menyebut bahawa ia tidak akan “diteruskan setelah tujuan yang ia (langkah itu) diambil telah dicapai”. Selain dari itu, jika konvensyen itu disahkan, pihak yang tidak mahu adanya Perkara 153 akan menghujahkan bahawa tujuannya telah tercapai dan masa selama lebih daripada 60 tahun sudah cukup panjang dan ia tidak sepatutnya dibiarkan berterusan. 

Saya berani mengatakan, jika konvensyen itu disahkan, dengan serta merta, akan ada pihak yang akan mencabar kesahan (validity) Perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan konvensyen itu. 

“Perkara 2 

1 Negara-negara Pihak mengecam diskriminasi kaum dan berusaha untuk melaksanakan dengan segala cara yang sesuai dan tanpa kelewatan dasar bagi menghapuskan diskriminasi kaum dalam semua bentuknya dan mempromosikan persefahaman di kalangan semua kaum, dan, untuk tujuan ini: 

(a) Setiap Negara Pihak berjanji untuk tidak melakukan tindakan atau amalan diskriminasi kaum terhadap  orang, kumpulan orang atau institusi dan untuk memastikan bahawa semua pihak berkuasa awam dan institusi awam, nasional dan tempatan, hendaklah bertindak mengikut kewajipan ini;iv (Terjemahan saya)

(b) …….. 

(c) Setiap Pihak Negara akan mengambil langkahlangkah yang berkesan untuk mengkaji semula dasar kerajaan, nasional dan tempatan, dan untuk meminda, membatalkan atau memansuhkan mana-mana undangundang dan peraturan yang mempunyai kesan mewujudkan atau mengekalkan diskriminasi kaum di mana-mana ia wujud;v (Terjemahan saya) 

Ringkasnya, kerajaan hendaklah, antara lain, berusaha untuk menghapuskan diskriminasi kaum dengan segera termasuk meminda, membatal dan memansuhkan undangundang yang mengekalkan diskriminasi kaum. Dalam katakata lain, Perkara 153 perlu dimansuhkan dan segala dasar yang yang mengutamakan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, mestilah dihentikan. 

Saya tiada masalah dengan Pasal 3 kerana kita tidak pernah mengamalkan apartheid. Pasal 5 panjang. Sebagai misalan, ia menghendaki Negara Pihak menghapuskan diskriminasi dan menjamin hak kepada semua orang untuk mengambil bahagian dalam politik seperti bertanding dalam pilihanraya; hak untuk kebebasan bergerak dan tinggal dalam sempadan negara; hak untuk kebebasan keluar negara dan kembali semula; hak untuk kebebasan memiliki harta secara bersendirian atau bersama-sama orang lain; hak untuk mewarisi harta; hak untuk kebebasan berhimpun dan berpersatuan dan lain-lain. Semuanya sudah pun diperuntukkan dalam Perlembagaan kita. Kita tidak ada masalah dengannya. 

Apakah kesannya jika kita mengesahkan konvensyen itu? 

Dalam hubungan negara kita dengan negara-negara lain, kita terikat dengan konvensyen itu. 

Di peringkat dalam negera, kita kena melaksanakannya, termasuk mengubah dasar kita, misalnya UiTM mestilah dibuka kepada semua, tidak boleh dikhaskan kepada pelajar-pelajar Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak sahaja; pengambilan pegawai-pegawai awam tidak boleh mengikut quota lagi; demikian juga pemberian biasiswa, lesen dan kontrak, tidak boleh diberi keutamaan  kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak lagi, dan berbagai-bagai lagi; undang-undang yang bersifat diskriminasi, termasuk Perkara 153 mestilah dimansuhkan, dan lain-lain lagi. 

Itulah sebabnya kerajaan BN tidak mengesahkannya. Dalam hal ini, kita patut puji kerajaan BN dan peguam-peguam negara yang menasihatkan kerajaan BN dalam tempoh 50 tahun itu. 

Perlu diambil ingatan, tempoh itu termasuk 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kita juga patut puji beliau bagi tempoh itu. Bagaimana sekarang? 

Sekarang, dengan Waytha Moorthy, Pengerusi Hindraf sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi perpaduan dan kesejahteraan; Tommy Thomas sebagai Peguam Negara; DAP sebagai parti dominan dalam PH walau pun PH menafikannya; pemimpinpemimpin Amanah seperti masih khayal dengan kemenangan dan jawatan menteri; pemimpin-pemimpin PKR sibuk berebut jawatan dalan parti; Tun Dr. Mahathir cuba menyesuaikan diri dengan fahaman liberal dan sosialis DAP; kebencian terhadap Dato’ Seri Najib sampai ke tahap apa yang dibuat oleh kerajaan BN termasuk 22 tahun yang  dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir sendiri, semuanya salah; beberapa orang menteri kerajaan PH yang tidak pernah merasakan kuasa dan kedudukan cuba menjadi juara masyarakat mereka sendiri; iri hati dan dendam terhadap orang Melayu dan janji pilihan raya PH, dengan itu semua, maka kerajaan PH bersedia untuk mengesahkan konvensyen itu. Para pemimpin Melayu dalam PH, sama ada dari Amanah, PKR atau pun PPBM, terus membisu. 

Saya tiada masalah jika kita boleh mengesahkan konvensyen itu dengan pengecualian bahawa kita menerima konvensyen itu setakat yang ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan kita. Bolehkah Peguam Negara Tommy Thomas dan Waytha Moorthy memberi jaminan ia boleh dilakukan? 

Saya hujahkan bahawa pengecualian (reservation) seperti itu tidak boleh dilakukan sebab ia bercanggah dengan tujuan asas konvensyen itu, iaitu menghapuskan diskriminasi kaum.

Lagi pula, bersetujukah Waytha Moorthy dengan pengecualian seperti itu? Jika Perkara 153 akan kekal, untuk apa konvesyen itu hendak disahkan sedangkan itulah tujuan ia hendak disahkan? Jika sekadar untuk mengadakan kesalahan-kesalahan untuk mengelak ketegangan antara kaum, sekarang pun kesalahan-kesalahan itu telah ada dalam Akta Hasutan 1948. Jika tidak cukup tambahkan sahaja. Peliknya Akta Hasutan hendak dimansuhkan. Konvensyen itu hendak disahkan.

Saya katakan, tujuan utama konvensyen itu hendak disahkah adalah kerana mereka mahukan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak itu, dihapuskan. Mereka tidak berkata dengan terus terang bahawa itulah tujuan mereka, untuk mengelak bantahan. Maka, mereka menuntut supaya Malaysia mengesahkan konvensyen berkenaan. Apabila Malaysia mengesahkannya, Perkara 153 dan dasar yang bersifat diskriminasi kaum yang telah dipersetujui sebagai balasan kepada persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu, yang telah termaktub dalam Perlembagaan itu, akan terpaksa dimansuhkan. 

Untuk mengelak bantahan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, mereka mengatakan bahawa pengesahan itu tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153. Itu tidak betul. 

Alasan yang mereka beri untuk memansuhkan Perkara 153 (walaupun mereka tidak berkata dengan terus terang) ialah Perkara 153 itulah yang menghalang perpaduan. Mansuhkan Perkara 153, perpaduan akan tercapai. Dalam kata-kata lain, hapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan berikan mereka hak yang sama, perpaduan akan wujud! Itu adalah hujah yang meleset. Ia adalah helah untuk memansuhkan Perkara 153. Ini orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, perlu sedar. 

Kepada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak saya ingatkan, bahawa untung rugi mereka adalah bersama orang Melayu dalam hal ini. Jangan kerana benci kepada orang Melayu atas isu agama hingga terlupa isu yang lebih besar. 

Kepada pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR, PPBM dan Amanah saya bertanya, apakah pendirian mereka? 

Kepada kerajaan PH saya ingin bertanya, adakah ia benar-benar hendak menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak? Jika, ya, cakap terus terang supaya semua orang tahu. Jangan berselindung di sebalik konvensyen itu. 

Kepada semua yang berjuang untuk mengesahkan konvensyen itu, jangan cuba memberi gambaran bahawa Malaysia adalah sebuah negara paria kerana tidak mengesahkan konvensyen itu. Amerika Syarikat pun baru mengesahkannya dalam tahun 1992. 

Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (1966)vi yang merupakan sebahagian daripada International Bill of Human Rights belum disahkan oleh Amerika Syarikat. Malaysia juga belum mengesahkannya. 

Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (1979)vii telah disahkan oleh Malaysia. Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara maju yang masih belum mengesahkannya. Konensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (1989) viii telah disahkan oleh Malaysia. Amerika Syarikat adalah satu daripada dua buah negara yang belum mengesahkannya. 

Akta Mahkamah Jenayah Antarabangsa Rome (1998)ix belum disahkan oleh Malaysia. Amerika Syarikat juga belum mengesahkannya. 

Konvensyen Antarabangsa Mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Pendatang dan Anggota Keluarga Mereka (1990)x belum disahkan oleh Malaysia. Amerika Syarikat juga belum mengesahkannya. 

Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (2006)xi . Malaysia sudah pun mengesahkannya. Amerika Syarikat masih belum mengesahkannya. 

Itu adalah beberapa misalan daripada berapa banyak konvensyen yang belum disahkan oleh Amerika Syarikat. 

Orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak perlu sedar apa yang sedang berlaku dan mempertahankan hak mereka yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Kita mempertahankan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada. Pelampaukah kita? 

30 10 2018
tunabdulhamid@gmail.com 
http://www.tunabdulhamid.my 
https://tunabdulhamid.me 14

_______________
i Perkara 1 1. In this Convention, the term "racial discrimination" shall mean any distinction, exclusion, restriction or preference based on race, colour, descent, or national or ethnic origin which has the purpose or effect of nullifying or impairing the recognition, enjoyment or exercise, on an equal footing, of human rights and fundamental freedoms in the political, economic, social, cultural or any other field of public life. 

ii 2. This Convention shall not apply to distinctions, exclusions, restrictions or preferences made by a State Party to this Convention between citizens and non-citizens. 

iii 4. Special measures taken for the sole purpose of securing adequate advancement of certain racial or ethnic groups or individuals requiring such protection as may be necessary in order to ensure such groups or individuals equal enjoyment or exercise of human rights and fundamental freedoms shall not be deemed racial discrimination, provided, however, that such measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for different racial groups and that they shall not be continued after the objectives for which they were taken have been achieved. 

iv Perkara 2 1 States Parties condemn racial discrimination and undertake to pursue by all appropriate means and without delay a policy of eliminating racial discrimination in all its forms and promoting understanding among all races, and, to this end: 

(a) Each State Party undertakes to engage in no act or practice of racial discrimination against persons, groups of persons or institutions and to ensure that all public authorities and public institutions, national and local, shall act in conformity with this obligation; 

v © Each State Party shall take effective measures to review governmental, national and local policies, and to amend, rescind or nullify any laws and regulations which have the effect of creating or perpetuating racial discrimination wherever it exists; 

vi International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (1966) (ICESCR) vii Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (1979) viii Convention on the Rights of the Child (1989) ix Rome Statute of the International Criminal Court (1998) (ICC) x International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families (1990) xi Convention on the Rights of Persons with Disabilities (2006)




Bajet menurut perspektif pakar ekonomi


Oleh: Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin

Terdapat beberapa istilah dan ungkapan ekonomi yang khusus bagi menjelaskan butiran penting dalam bajet, yang perlu difahami umum dengan jelas akan maksudnya.

Untuk membantu pemahaman ini, Bernama menemubual seorang pakar ekonomi Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin, yang merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM).

S: Apakah sebenarnya bajet negara?

J: Bajet adalah rancangan perbelanjaan kerajaan yang melibatkan penerimaan wang, cukai serta duti lain dan wang tersebut digunakan dalam projek dan program pembangunan rakyat. Setiap tahun bajet dibuat satu kali dan merangkumi satu tahun fiskal yang bermula pada 15 Jan sehingga 15 Jan tahun berikutnya.

Bajet akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan bagi pihak Yang di-Pertuan Agong di Parlimen pada Jumaat terakhir bulan September atau Jumaat kedua, ketiga atau terakhir bulan Oktober.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan bajet seimbang?

J: Bajet seimbang bermaksud dapatan kerajaan seimbang dengan perbelanjaan. Dalam erti kata lain kerajaan tidak meminjam dan berbelanja daripada apa yang dikutip (cukai). Namun begitu, bajet seimbang ada bahayanya kerana jika kutipan sedikit dan belanja juga sedikit projek-projek mungkin akan dikurangkan. Oleh itu, rakyat jangan terlalu teruja dengan bajet berimbang.

Kita harap kutipan besar, bajet pun besar, seimbang dan tiada defisitserta kekurangan. Selain itu, belanjawan berimbang boleh dikaitkan dengan pemberian bantuan dan subsidi kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M0.

Jika semua rakyat meningkatkan perbelanjaan mereka maka ia akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Jika kerajaan tidak beri BR1M, orang miskin tidak akan berbelanja. Namun dalam masa sama kita perlu ingat jika banyak belanja tanpa kawalan ia akan mengundang inflasi. Justeru, antara galakan penggunaaan wang dan usaha kawal inflasi perlu ada kebijaksanaan.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan bajet defisit?

J: Bajet defisit bermaksud negara berbelanja lebih daripada apa yang dikutip. Maknanya kita kutip cukai sedikit tetapi kita berbelanja banyak dalam mengurus dan pembangunan negara.

S: Apakah maksud istilah fiskal dan defisit fiskal?

J: Kita jarang guna istilah tersebut. Dalam bajet ada dua istilah iaitu fiskal dan monetori. Yang selalu disebut adalah fiskal. Monetori disebut secara tidak langsung kerana ia dijalankan oleh Bank Negara secara bebas danmelibatkan kadar kaedah pasaran, kuantiti wang, syarat pinjaman bank dan sebagainya.

S: Bagaimana kerajaan boleh mengurangkan defisit bajet?

J: Amatlah penting bagi kerajaan untuk mengurangkan defisit bajet kerana jika dibiarkan defisit fiskal atau defisit bajet, lama kelamaan akan menjejas matawang negara. Di samping itu ia juga akan menjejaskan keyakinan orang luar terhadap matawang negara, nilai dan kekuatan Ringgit akan jatuh,import mahal, eksport murah dan banyak perkara lagi akan terjejas.

Apabila orang tidak yakin dengan matawang kita maka ia akan menjadi sesetengah matawang negara lain seperti Rupiah dan sukar untuk kembali kukuh.

aktor lain yang mungkin menyumbang kepada defisit bajet ialah defisit dalam imbangan bayaran antarabangsa di mana kita lebih banyak import berbanding eksport. Selain itu ia berlaku disebabkan negara lebih banyak berbelanja berbanding daripada apa yang kutip.

S: Apakah pula peranan rakyat dalam langkah pengurangan defisit ini?

J: Rakyat perlu berbelanja lebih di dalam negara, berjimat cermat dan jangan mengelak daripada membayar cukai. Kakitangan awam pula perlu bekerja dengan lebih cekap dan telus serta jangan melibatkan diri dengan perkara yang tidak meningkatkan produktiviti termasuk menjauhi rasuah.

S: Sejauh mana bajet boleh menentukan 'credit rating' (penarafan kredit) negara?

J: Bajet yang dibentangkan esok akan dinilai daripada segi sama ada kerajaan berhemat atau tidak dalam membelanjakan wang. Biasanya soalan pertama adakah kita mempunyai kemampuan untuk mengadakan projek kerana jika banyak projek kita berkemungkinan akan meminjam duit dan akan menjejaskan kredibiliti negara.

Terdapat dua tempat pinjaman wang iaitu di dalam atau luar negara. Dalam negara boleh juga kalau hendak disorok-sorok namun jika luar negara ia akan terdedah dalam pasaran terbuka. Justeru, bajet yang bagaimana yang boleh menentukan 'credit rating' negara ialah ia perlu seimbang dan produktif.

Jika boleh subsidi dikurang dan kesan agihan ditingkatkan supaya orang miskin mendapat bantuan dan turut berbelanja serta membantu dalam pertumbuhan ekonomi.

S: Wajibkah ada 'goodies' dalam bajet?

J: Memang wajib. Ini kerana bajet memerlukan sokongan rakyat dan kita sentiasa mengharapkan sokongan itu dalam apa juga perkara yang kita rancang untuk negara.

Misalnya dalam pertumbuhan ekonomi atau pertumbuhan sektor pelancongan kita mengharapkan rakyat sokong. Apa makna pelancongan jika pelancong datang ke negara kita dalm keadaaan yang huru hara, rakyat tunjuk perasaan kerana tidak cukup makan, tidak cukup gaji.

Kerajaan mesti adakan goodies. Di Amerika dan Britain pun ada kerana itu memang tanggungjawab pemimpin. Sebut tentang 'goodies' selalunya diberikan kepada kakitangankerajaan, memang tidak dinafikan ada pertikaian tentang perkara itu apabila ada pihak yang menggangap pihak lain mendapat lebih.

Masyarakat perlu dididik agar tidak mempunyai pemikiran negatif sebegitu. Orang miskin dapat subsidi atau dapat BR1M, orang yang bergaji tinggi akan tanya, sedangkanmereka golongan yang berkemampuan.

S: Apakah kesan bajet di peringkat individu?

J: Kesan bajet di peringkat individu bermaksud kesan sampingan bajet atau kesan langsung bajet. Seperti bantuan buku kepada individu dan dalam keluarga individu tersebut (dalam keluarga yang sama) ada juga yang menerima BR1M atau subsidi nelayan sebagai contoh.

Begitu juga dengan individu yang makan gaji dan membayar cukai kita beri bonus setengah atau sebulan gaji. Jadi okaylah bila harga minyak naik, kerajaan bagi bonus, di situ ada penyesuaian.

- BERNAMA

Kelantan bentang bajet defisit



KOTA BHARU, 20 Safar 1440H, Isnin
– Kerajaan Kelantan hari membentangkan Belanjawan 2019 dengan defisit sebanyak RM35.07 juta, dan perancangan perbelanjaan sebanyak RM1.09 bilion berbanding anggaran hasil negeri sebanyak RM743.21 juta.


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan "Kemakmuran Negeri Kesejahteraan Rakyat" berkata, bagaimanapun defisit berkenaan menurun sebanyak RM6.67 juta atau 16 peratus berbanding 2018.

Beliau berkata, defisit belanjawan negeri menurun secara konsisten dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini membabitkan RM70.69 juta pada 2015, RM45.61 juta (2016), RM42.65 juta (2017) dan RM41.74 juta (2018).

"Asas kepada penurunan defisit ini adalah pertambahan jumlah kutipan hasil yang disokong oleh urus tadbir yang baik yang diamalkan oleh jentera kerajaan negeri.

"Pengurangan jumlah defisit ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk berbelanja secara berhemat dan mengikut keutamaan kerajaan serta dibuat selari dengan pendapatan kerajaan tahun 2019," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau berkata, anggaran Perbelanjaan Mengurus pada 2019 dijangka sebanyak RM778.78 juta berbanding RM738.64 juta pada 2018 iaitu meningkat sebanyak RM40.14 atau 5.43 peratus merangkumi Perbelanjaan Tanggungan sebanyak RM42.39 juta dan Perbelanjaan Bekalan sebanyak RM736.39 juta.

Katanya, sebanyak RM27.4 juta atau 64.63 peratus daripada Perbelanjaan Tanggungan diperuntukkan untuk membayar hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan.

"Jumlah ini merupakan peningkatan pembayaran sebanyak RM21.4 juta atau 356.67 peratus berbanding RM6 juta pada 2018," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, anggaran Hasil Negeri yang berjumlah RM743.71 juta dijangka diperolehi melalui Hasil Cukai sebanyak RM207.01 juta, Hasil Bukan Cukai (RM392.6 juta) dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM144.1 juta.

"Jumlah tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan dalam hasil sebanyak RM46.81 juta atau 6.72 peratus berbanding anggaran hasil 2018 sebanyak RM696.9 juta.

"Hasil tanah mengatasi hasil hutan sebagai penyumbang terbesar dengan jumlah RM307.08 juta atau 41.29 peratus daripada keseluruhan hasil, menunjukkan peningkatan sebanyak RM67.12 juta atau 27.97 peratus berbanding anggaran pada 2018 sebanyak RM239.96 juta," katanya.

Beliau berkata, Bajet 2019 turut memberi tumpuan bagi menambah baik empat teras merangkumi keberkatan, kemakmuran, kebajikan dan kesejahteraan.

Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita di luar dewan selepas membentangkan belanjawan berkenaan berkata, kerajaan negeri yakin Kerajaan Persekutuan akan membayar sejumlah royalti kepada Kelantan sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Negara sebelum ini.

"Jadi dalam Bajet 2019 ini kita ada masukkan token supaya bila terima royalti… royalti minyak itu kita akan bawa masuk dalam bajetlah. (Jumlah royalti) bergantung kepada banyak mana yang diberi kepada kita.

"Kita sedang berusaha dan mengambil langkah-langkah yang positif untuk rakyat Kelantan berdasarkan hubungan kerajaan (negeri) dengan kerajaan (persekutuan)yang semakin rapat, Insya-Allah," katanya. – Bernama

Cabaran dan Jangkaan Bajet 2019 – Syahir Sulaiman (Bahagian 1)


Oleh:  Syahir Sulaiman, Pengarah Strategi DPPM
29 Oktober 2018

“Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia juga yang menyempitkannya; Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.” (Al-Isra’: 30)

Bajet Terpenting.

Bajet 2019, yang akan dibentangkan pada 2 November ini, merupakan bajet terpenting untuk negara dalam tempoh lima tahun ini.

Ini kerana, Bajet 2019 adalah bajet yang pertama kali disediakan sepenuhnya oleh Kerajaan Pakatan Harapan, berbeza dengan Kajian Separuh Penggal RMK11 yang merupakan penerusan kepada dasar dan program yang dimulakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Selain itu, Bajet 2019 perlu dirangka dalam keadaan ekonomi dan kewangan negara yang agak lemah, peninggalan daripada Kerajaan Barisan Nasional terdahulu, di samping tanggungjawab utama kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, dan yang terpenting kewajipan untuk menunaikan janji manifesto Pakatan Harapan.

Justeru secara umumnya, Bajet 2019 dijangka tidak akan mengandungi banyak pemberian dan janji manis untuk menarik sokongan rakyat (goodies budget), manakala kerajaan dijangka akan menumpukan kepada usaha untuk meningkatkan hasil pendapatan dan mengoptimakan perbelanjaan (good budget), serta berkemungkinan mengemukakan bajet yang lebih kecil bagi mendepani cabaran ekonomi semasa.

Jangkaan Ahli Ekonomi.

Penganalisis ekonomi di Maybank Investment Bank (MIB) menjangkakan Bajet 2019 akan mencatatkan angka defisit sekitar 3.5% kepada KDNK, berbeza dengan angka 2.8% defisit yang diunjurkan dalam Bajet 2018 terdahulu. Ianya disumbangkan oleh pengurangan kutipan cukai kepenggunaan daripada GST kepada SST, di samping konsolidasi perbelanjaan di pihak kerajaan dalam aspek pembatalan projek mega, subsidi minyak, penyusunan hutang dan pemberian tender kerajaan.

Pihak MIB juga menjangkakan insentif Bajet 2019 akan diutamakan kepada sektor rumah mampu milik, industri kecil dan sederhana, serta peningkatan inovasi dan produktiviti, manakala perbelanjaan kerajaan dalam bentuk gaji, bonus dan pemberian akan dikecilkan dalam masa terdekat ini, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan KDNK yang lebih perlahan pada kadar 4.8% bagi tahun 2019.

Penganalisis ekonomi di Ambank Investment Bank (AIB) pula menjangkakan defisit yang lebih tinggi, iaitu sekitar 3.7% - 4.6% pada tahun 2019, berdasarkan unjuran hasil yang lebih rendah dan pemotongan perbelanjaan kerajaan sekitar 5%-10%, serta pertumbuhan KDNK 2019 yang dijangka agak perlahan pada kadar 4.5%.

Pihak AIB juga melihat sentimen berhati-hati di kalangan pelabur di Bursa Malaysia, kenaikan kadar inflasi yang ditanggung pengguna, kelemahan nilai Ringgit dan kemungkinan perubahan penarafan kredit Malaysia sebagai perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh pihak Kerajaan.

Ternyata, penyediaan Bajet 2019 adalah sangat rumit dan perlu mengambilkira pelbagai dimensi politik dan sosio-ekonomi, bagi mencapai keutamaan dan penumpuan baharu yang digariskan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK11 baru-baru ini.



*Penulisan ini mengupas dua aspek berkaitan dengan Bajet 2019. Bahagian pertama membincangkan unjuran intipati utama dan jangkaan ahli ekonomi terhadap Bajet 2019. Bahagian kedua mengupas jangkaan rakyat dan saranan yang perlu diberi perhatian dalam kerangka Bajet 2019.

Tragedi Pesawat Lion Air: Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Rakam Takziah


Saya berkongsi rasa sedih dan dukacita dengan tragedi Pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di Laut Jawa bersama 188 penumpang dan anak kapal pagi tadi. 

Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa. Semoga tabah dan sabar menghadapi ujian ini, pastinya ada hikmah di sebalik tragedi ini buat hamba Allah yang beriman. 

Sesungguhnya Allah mengajar hamba-Nya ketika menerima musibah: 



ŁˆَŁ„َŁ†َŲØْŁ„ُŁˆَŁ†َّŁƒُŁ… ŲØِŲ“َŁŠْŲ”ٍ Ł…ِّŁ†َ Ų§Ł„ْŲ®َŁˆْŁِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ¬ُŁˆŲ¹ِ ŁˆَŁ†َŁ‚ْŲµٍ Ł…ِّŁ†َ Ų§Ł„ْŲ£َŁ…ْŁˆَŲ§Ł„ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ£َŁ†ŁُŲ³ِ ŁˆَŲ§Ł„Ų«َّŁ…َŲ±َŲ§ŲŖِ ۗ ŁˆَŲØَŲ“ِّŲ±ِ Ų§Ł„ŲµَّŲ§ŲØِŲ±ِŁŠŁ†َ (155) Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų„ِŲ°َŲ§ Ų£َŲµَŲ§ŲØَŲŖْŁ‡ُŁ… Ł…ُّŲµِŁŠŲØَŲ©ٌ Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆŲ§ Ų„ِŁ†َّŲ§ Ł„ِŁ„َّŁ‡ِ ŁˆَŲ„ِŁ†َّŲ§ Ų„ِŁ„َŁŠْŁ‡ِ Ų±َŲ§Ų¬ِŲ¹ُŁˆŁ†َ (156) Ų£ُŁˆŁ„َٰŲ¦ِŁƒَ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ ŲµَŁ„َŁˆَŲ§ŲŖٌ Ł…ِّŁ† Ų±َّŲØِّŁ‡ِŁ…ْ ŁˆَŲ±َŲ­ْŁ…َŲ©ٌ ۖ ŁˆَŲ£ُŁˆŁ„َٰŲ¦ِŁƒَ Ł‡ُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ‡ْŲŖَŲÆُŁˆŁ†َ (157( 

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (155) Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali) (156) Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk (157)” (Surah Al-Baqarah: 155-157) 


ABDUL HADI AWANG 
Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam

Ratifikasi ICERD: Langkah biadab terhadap Raja-Raja Melayu



oleh: DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
28-10-18

1. Tidak ada keperluan untuk kerajaan membuat ratifikasi konvensyen berkenaan. Tidak ada sebarang kezaliman yang berlaku atas sebab diskriminasi atau penindasan kaum. Bahkan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak persamaan dari aspek agama, bangsa, keturunan dan tempat lahir sudah cukup kuat melindungi rakyat Malaysia. Kenapa kita perlu bergantung kepada undang-undang antara bangsa dalam soal dalaman negara kita sendiri.


2. Setiap negara mempunyai sejarah tersendiri. Di Malaysia, wujud hak istimewa untuk orang Melayu dan Bumiputera sebagai makanisme perlindungan yang telah dipersetujui dalam perundingan Merdeka. Ia berkait rapat dengan kelonggaran dalam hal kewarganegaraan waktu itu. Ia juga berperanan bagi mengimbangi kekuatan ekonomi kaum-kaum di Malaysia. Persoalan bila hak istimewa ini akan terus diberikan adalah satu perkara yang boleh dibincangkan secara dalaman tanpa perlu diikat dengan satu kawalan dari luar. Bagi menghormati kemerdekaan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan berprinsip, kerajaan sepatutnya tidak perlu meratifikasi ICERD.

3. Ratifikasi ICERD adalah perkara yang melibatkan struktur asas Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan. Walau pun kuasa Raja-raja Melayu adalah terhad, kita tidak boleh mengabaikan peranan dan kedudukan dalam isu ini. Ini kerana hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera termasuk dalam kuasa Raja-raja Melayu yang sedikit itu. Oleh itu langkah meratifikasikan ICERD, jika benar-benar berlaku, adalah satu langkah yang bercanggah dengan Perlembagaan dan bersikap biadap Terhadap Raja-raja Melayu.

4. Hati-hati dengan agenda campur tangan asing atas alasan hak asasi manusia. Hak asasi manusia adalah satu prinsip yang dianggap sebagai bersifat sejagat atau universal. Namun realitinya sebahagian daripada konsep hak asasi dibina di atas falsafah dan sistem nilai benua dan negara tertentu dan tidak sesuai dengan sistem nilai di negara lain. Usaha pemaksaan sesuatu sistem nilai bagi penduduk dunia yang pelbagai agama, budaya dan bangsa adalah satu langkah yang tidak wajar. Amalan LGBT misalnya, kini diiktiraf sebagai satu amalan yang diterima baik di Barat, tetap dianggap bermasalah bagi negara yang berpegang dengan prinsip agama. Dalam hal seperti ini pemaksaan amalan seragam di semua negara seluruh dunia tetunya sesuatu yang tidak wajar.

5. Ringkasnya, ratifikasi International Convention on Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) adalah tidak perlu. Apa yang wajar dilakukan ialah dengan menumpukan amanah asasi kerajaan untuk menjamin kesejahteraan, keadilan dan kecemerlangan rakyat serta menjamin agar hak rakyat yang berbilang kaum sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak diabaikan.


Meratifikasi ICERD Membunuh Keharmonian Dan Perpaduan Kaum Di Negara Ini




Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu membuat kajian panjang dan berfikiran jauh sebelum membuat satu-satu keputusan apatah lagi jika ia melibatkan kesan terhadap undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Sebagai kerajaan yang memerintah, sebarang kenyataan perlu dibincangkan dan diperhalusi kerana jika salah percaturan, ia boleh menimbulkan polemik tidak sihat di kalangan masyarakat.

Perpecahan antara kaum dan bangsa perlu dielakkan semaksima mungkin. Sebarang jarum yang mahu merosakkan keharmonian dan perpaduan rakyat mesti ditentang. Atas dasar itu, sebarang langkah kerajaan mahu memperkenalkan sesuatu dasar di dalam negara mesti mengambil kira usaha kerana mewujudkan masyarakat yang harmoni dengan menjaga perpaduan di kalangan rakyat.

Kenyataan P Waytamoorthy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun depan adalah kenyataan yang boleh menimbulkan huru hara dan kemarahan umat Islam dan Bangsa Melayu di negara ini. Bagi rakyat yang sedar, kenyataannya boleh menyebabkan sentimen dan sensitiviti kaum di negara ini semakin melebar. Jika ia benar dilaksanakan, negara akan menuju kepada krisis hubungan etnik dan perpaduan yang paling keruh dan membahayakan masa depan generasi sedia ada.

Bantahan awam daripada golongan pemikir, akademik, pejuang bangsa dan bahasa serta para pemimpin NGO termasuk daripada PAS dan pembangkang yang lain terhadap kenyataan beliau menunjukkan usaha ratifikasi ICERD memberi implikasi negatif yang besar. Sebagaimana pandangan pakar perlembagaan, kerajaan tidak perlu terburu-buru mengisytiharkan mahu komited dalam meratifikasi ICERD sebelum ia dibahaskan di dipersetujui oleh semua pihak. Ini kerana jika benar kerajaan mahu melaksanakannya, ia akan memberi kesan implikasi undang-undang termasuk risiko pindaan Perlembagaan Persekutuan yang mengancam kedudukan orang Melayu dan agama Islam.

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan manakala Artikel 153 pula memperuntukkan secara jelas melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan penduduk asal di negara ini. meratifikasi ICERD pula boleh memberi kesan terhadap pindaan perlembagaan termasuk terhadap perkara 3 dan artikel 153 bagi mencapai hasrat yang diinginkan. Maka dengan itu ia adalah suatu dasar yang bertentangan dengan perlembagaan negara dan memberi kesan tidak senang dalam masyarakat.

Walaupun Menteri terbabit menafikan bahawa pelaksanaan ICERD tidak akan memberi kesan kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, dengan jaminan bahawa kedudukan istimewa orang Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu tidak akan terjejas kerana ia dijamin Perlembagaan Persekutuan. Namun apa yang dibimbangkan, kesan ratifikasi ICERD ia merungkai hak agama Islam bagi mereka yang mencabar atau keluar dari Islam serta penghapusan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera akan tergadai. Di sebalik agenda lain dengan pelaksanaan ICERD ini nanti, umat Islam akan semakin hilang identitinya, kuasa dan kekuatan agama Islam dalam negara akan hilang pengaruh.

Selain itu, tindakan meratifikasi ICERD akan mendedahkan negara kepada tekanan antarabangsa supaya undang-undang yang tidak selari dengan konvensyen itu dipinda. Malah tindakan meratifikasi tanpa meminda undang-undang berkaitan hanya akan memalukan negara pada mata dunia kerana kerajaan dilihat bersetuju dengan konvensyen itu tetapi tidak mengambil apa-apa langkah ke arah persetujuan itu. Yang dibimbangi adalah negara akan terdedah kepada peruntukan perjanjian dan akan tertakluk kepada kehendak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ancaman yang paling serius adalah keadaan di mana kerajaan Malaysia akan terikat, tunduk dan dikawal oleh kuasa luar secara tidak langsung. Kedaulatan negara semakin mudah dicabar, diceroboh bahkan dikuasai oleh pihak lain dengan cara ini.

(Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Pengerusi LESTARI)

UEC: Bentang laporan tahun depan - Maszlee




KUALA LUMPUR, 20 Safar 1440H, Isnin
– Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menjangkakan laporan penuh berhubung kajian pengiktirafan sijil peperiksaan bersepadu (UEC), dibentangkan di Dewan Rakyat tahun depan.

Beliau berkata, ketika ini kementerian dan jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji UEC masih mengumpul fakta daripada pemegang taruh.

Katanya, laporan kajian daripada jawatankuasa ini akan dikemukakan kepada pihaknya dan dibawa ke Kabinet.

"Ia bukan sahaja melibatkan isu peperiksaan semata-mata, tetapi soal perundangan, integrasi nasional dan masa depan anak-anak bangsa.

"Fokus kerajaan PH untuk menyediakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, selain pelbagai usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan tanpa bebankan guru dan berikan peluang kepada semua murid dari pelbagai kaum untuk berjaya," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) mengenai tempoh kajian UEC.

Jawatankuasa khas bagi mengkaji UEC itu diketuai anak kepada pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Dr Eddin Khoo dan dibantu Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Tan Yew Sing serta Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Ab Rahim .

UEC adalah satu silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan. Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996.

UEC turut mendapat desakan daripada Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya diiktiraf dalam sistem pendidikan negara.


Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/10/29/bentang-laporan-uec-tahun-depan-maszlee/
© all rights reserved
made with by templateszoo