NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siapa ketua team Muhyiddin di Sabah?


1. Sudah tentu pertembungan kali ini antara blok Tun Mahathir yang diwakili Datuk Seri Shafie Apdal menentang Team Muhyiddin. Isu yg menjadi persoalan sekarang, siapa pemimpin Sabah akan mengetuai team Muhyiddin?

2. Walaupun mastermind cubaan mengambil alih kerajaan Sabah baru2 ini daripada PPBM. Tetapi PPBM memilih Musa sbg KM yg dicadangkan bukan Datuk Hajiji walaupun Hajiji merupakan Ketua Perhubungan PPBM di Sabah. Ini bermakna Hajiji tidak akan mengetuai Team Muhyiddin selagi Musa masih berminat untuk menjadi ketua.

3. Ramai yang meramalkan Musa Aman akan mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan PPBM Sabah daripada Hajiji dalam masa terdekat ini.

4. Mantan KM Sabah, Musa Aman merupakan ADUN tunggal UMNO tetapi tidak mengetuai parti itu di Sabah. Bagaimanapun beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli2 DUN untuk menjadi KM Sabah dalam cubaan mengambil alih jawatan KM baru2 ini.

5. Ketua UMNO Sabah Datuk Bung Mokhtar bagaimanapun berkata Musa tidak melibatkan UMNO Sabah dan dia bertindak bersendirian. Kenyataan itu secara tidak langsung membawa maksud bahawa UMNO Sabah tidak dipengaruhi tindakan Musa. Dalam masa yang sama harus diingat UMNO telah umum tidak menyertai PN. Oleh itu agak janggal jika team Muhyiddin memilih pemimpin UMNO mengetuai kerajaan negeri.

6. Ini bermakna pilihanraya negeri Sabah kali ini team Muhyiddin perlu menamakan bakal KM Sabah dan ketua gabungan parti politik yang baru dengan segera untuk mendepani PRN.

Sumber: https://www.facebook.com/ukjati1/posts/10214372844714769

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo