NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat Boleh Tebus RM50 Bermula Hari Ini


KUALA LUMPUR: Bermula hari ini rakyat Malaysia boleh menebus RM50 kredit ePenjana daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang dipilih kerajaan.

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih untuk melaksanakan inisiatif itu ialah Boost, GrabPay dan Touch 'n Go eWallet.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesan kontak COVID-19 MySejahtera.

Bagi menebus Kredit berkenaan, setiap pemohon mesti memuat turun salah satu dari tiga eDompet berkenaan serta memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun. 

Menurut Tengku Zafrul, program dengan peruntukan sebanyak RM750 juta kredit ePENJANA itu adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang bertujuan untuk membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.

Setiap pemohon yang layak, boleh menebus RM50 kredit ePENJANA daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-Dompet terpilih yang ditetapkan kerajaan.

Pemohon yang layak juga akan menerima padanan insentif tambahan yang bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar dan/atau mata ganjaran sepanjang tempoh kempen.

Tempoh memohon RM50 kredit ePENJANA adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020. 

Pemohon juga disarankan memuat turun dan mengemas kini data di dalam aplikasi MySejahtera, manakala peniaga dan peruncit perlu menghubungi penyedia perkhidmatan e-Dompet yang berkenaan, dan mendapatkan kod QR MySejahtera bagi memastikan urus niaga ePENJANA yang lancar di kedai-kedai mereka.

Rakyat juga diingatkan bahawa bagi tujuan pelaksanaan ePENJANA, Kementerian Kewangan hanya mengiktiraf aplikasi MySejahtera, Boost, GrabPay dan Touch 'n Go eWallet. Pastikan data peribadi hanya dikongsi dengan aplikasi yang rasmi dan sahih. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo