NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Letupan di Beirut Bakal Mencetuskan Malapetaka di Timur Tengah.



PAS merakamkan takziah kepada rakyat Lubnan diatas peristiwa letupan besar yang berlaku di gudang simpanan berdekatan pelabuhan di Beirut, Lubnan hari ini.

Letupan besar tersebut telah menyebabkan lebih 70 orang terkorban manakala lebih 4,000 orang cedera namun angka korban dijangka terus meningkat berdasarkan skala letupan tersebut yang dianggap terbesar dalam sejarah Lubnan.

Lubnan yang sedang berdepan dengan kegawatan ekonomi dan ketidakstabilan politik dijangka akan terjejas teruk akibat daripada peristiwa tersebut.

Peristiwa letupan yang berlaku disaat keputusan mahkamah berkenaan pembunuhan bekas Perdana Menteri Rafik Hariri 15 tahun lalu yang jangka akan diumumkan pada Jumaat ini akan lebih memburukkan keadaan ekonomi terutamanya politik di Lubnan.

Peristiwa ini bukan hanya akan mencetuskan ketidakstabilan di Lubnan malah akan turut menjejaskan geopolitik rantau Asia Barat yang kala ini semakin meruncing seterusnya mampu mencetuskan malapetaka di Asia Barat.

Oleh itu PAS menggesa agar Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan yang tegas untuk mengheret pelaku pengeboman tersebut ke muka pengadilan demi kestabilan ekonomi dan politik Lubnan seterus rantau Asia Barat.

PAS juga menyeru kepada seluruh negara Dunia Islam agar memberikan sokongan kepada Lubnan dan seterusnya menguatkan perpaduan dikalangan negara - negara Islam agar Dunia Islam tidak lagi dipandang sepi dan terus kukuh memacu ummah.

Islam Memimpin Perpaduan.

YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo