Dap and Jawi


Saya tak faham DAP ni. Di Pahang ada seorang ADUN DAP buat bising pasal Jawi. (1)
"Kerajaan Pahang dan kerajaan tempatan tidak harus memaksa orang ramai, terutama pemilik perniagaa, NGO atau mana-mana pihak untuk menyertakan tulisan jawi di papan tanda mereka.

"Ini menafikan kebebasan mereka untuk membuat pilihan. Setiap pihak ada khalayak sasaran sendiri. Misalnya, pelanggan di restoran Cina atau kedai barangan agama Buddha/Taoisme adalah orang bukan Melayu yang tidak boleh membaca jawi. Jadi apa perlunya menyertakan tulisannya (di papan tanda)?" - Adun Tras DAP Chow Yu Hui.

Dia nak bagi alasan bahawa pelanggan Cina ke kedai Cina tak boleh baca dan tak perlu baca tu memang bodoh.

Jadi DAP Kelantan ni ada orang Cina boleh baca tulisan Jawi ke? Apa pasal DAP tulis dalam Jawi di papan tanda mereka?

Sebab itu adalah undang-undang sana kan?

“Kalau di Kelantan, mana-mana billboard atau iklan disyaratkan ada tulisan Jawi juga sekali dengan tulisan lain." - MP Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff. (2)

Kenapa tak minta member DAP kat Kelantan buat saman kerajaan Kelantan? Apa pasal DAP ikut kat Kelantan tak nak ikut Pahang?

Menyampah.
You tak suka Jawi tu, you pergi pilihanraya dan berdepan dengan pengundi, you cakap kepada mereka you akan mengubah undang-undang mengenai kegunaan Jawi untuk orang Cina etc.
You buat macam tu k.

Haih.

Peace.

1. Adun DAP cabar ketetapan k'jaan Pahang wajibkan jawi di papan tanda - https://m.malaysiakini.com/news/536796
2. Tulisan Jawi telah jadi identiti di Kelantan, kata MP PAS Tulisan Jawi telah jadi identiti di Kelantan, kata MP PAS - https://m.malaysiakini.com/news/486596

Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=614015812871687&id=337348560538415

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post