NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO tarik diri sertai Perikatan Nasional , PPBM pula nyata hasrat sertai Muafakat Nasional


KUALA LUMPUR: UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN), sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan kepada kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam (Rabu) di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.

"Hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi," katanya pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

Beliau pada masa sama menyerahkan kepada Jawatankuasa Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara.

Sumber : Astrowani

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo