NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuan Guru Dato' Dr. Mahfodz bin Mohamed Ketua Sidang Assabiqun PAS Pusat yang baharu


Tuan Guru Dato' Dr. Mahfodz bin Mohamed telah dilantik sebagai Ketua Sidang Assabiqun yang baharu berkuat kuasa semalam. Perlantikan tersebut telah dibuat oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS.

Beliau yang sebelum ini merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor adalah pemegang ijazah Sarjana Muda (Syariah) daripada Universiti Al-Azhar, Mesir dan Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Glasgow United Kingdom.

Dr Mahfodz adalah Pengasas dan Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Muhammadi yang terletak di Kundang Ulu di dalam Parlimen Pagoh, Johor.

Di antara pengalaman yang pernah dilalui oleh beliau ;

i. Presiden Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), 2000-2001;
ii. Penasihat Akademik Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) tahun 2001-2004
iii. Ahli panel Lembaga Akreditasi Negara (LAN) tahun 1998-2000
iv. Naib Yang Di Pertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) tahun 1987-1999
v. Ahli Lembaga Pengawas Syariah Takaful Nasional tahun 1994-1999
vi. Ahli Majlis Agama Islam Selangor tahun 1996-1999
vii. Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya tahun 1983-1993
viii. Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1996-1999
ix. Panel Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun 1988-1996.
x. Ketua Kluster Dakwah, Majlis Perundingan Islam (MPI) tahun 2016-2018

Dato' Dr. Mahfodz adalah juga merupakan Ahli Majlis Syura dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Pengalaman luas Dr Madfodz dalam bidang akademik, dakwah, pentadbiran dan politik mampu memperkasakan lagi Assabiqun PAS dan meneruskan perjuangan yang telah dimulakan di bawah kepimpinan Pak Subky Latif.

Perlantikan ini telah dibuat bagi mengantikan almarhum Haji Ahmad Subky bin Abd Latif atau Pak Subky yang telah meninggal dunia pada 23 Jun 2020 yang lalu.

Tahniah Dato' Dr Mahfodz!

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
12 Julai 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo