Shafie Apdal kekal Ketua Menteri Sabah, miliki majoriti

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah selepas masih mendapat majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ketika ditemui pemberita di kediaman rasminya, Mohd Shafie berkata segala kemelut politik yang berlaku hari ini (Rabu) dan intipati mesyuarat tertutup malam ini akan diumumkan esok (Khamis).

"Saya masih ketua menteri (Sabah) dan masih memiliki majoriti (ADUN).

"Esok ada satu sidang media dan semua akan saya ulas mengenai keadaan ini," katanya secara ringkas.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post