NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rebut Peluang Keampunan di Hari Arafah

Hari Arafah yang jatuh pada 9 Zulhijjah merupakan hari di mana ibadat wukuf diadakan di Arafah sebagai salah satu rukun dalam mengerjakan haji.

Bagi umat Islam yang tidak berpeluang untuk menunaikan ibadah Haji di Tanah Haram, berpuasa sunat Arafah di samping meningkatkan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berselawat dan membaca al-Quran amatlah dianjurkan.

Sabda Rasulullah : “Berpuasa pada hari Arfah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Walaupun pada tahun ini majoriti umat Islam tidak berpeluang untuk menunaikan ibadat haji akibat penularan wabak Covid-19, namun kita masih boleh memanfaatkan Hari Arafah ini dengan berpuasa sunat dan menjalankan ibadah-ibadah yang lain.

Semoga amal ibadah yang kita lakukan ini diterima oleh Allah SWT dan melayakkan kita mendapat keampunan dariNya. Amin.

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
9 Zulhijjah 1441H
29 Julai 2020


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo