Perkembangan terkini Pasaraya Wakaf Ummah Julai 2020


KUALA DUNGUN, 9 JULAI - Kerja-kerja pembinaan Pasaraya Wakaf Ummah kini memasuki fasa untuk menyiapkan konkrit Ground Floor Slab. Ground Floor slab ini dikemudiankan pembinaannya kerana menumpukan kepada kerja-kerja pembinaan yang lebih penting untuk didahulukan.

Sebelum ini , pembinaan tertumpu kepada penyiapan Super Structure seperti menyiapkan sebahagian Ground Floor Slab , 1st Floor Slab, 1st Floor Column, Tangga dan Roof Beam. Walaubagaimanapun, Ground Floor Slab Grid 1 hingga Grid 4 telah siap dikonkrit sebelum ini.

Sekarang pembinaan tertumpu kepada kerja-kerja Ground Floor Slab Grid 4 hingga Grid 11 yang belum dikonkrit. Kerja-kerja seperti memasukkan pasir, meratakan crusher run, memasang Polythene Sheet ,memasang BRC sedang giat dijalankan.

Kami menjangkakan pada bulan ini in sya Allah akan dapat menyiapkan kesemua kerja-kerja konkrit Ground Floor Slab Grid 4 hingga Grid 11 jika sumbangan terus diterima dari anda semua.

Bantulah kami untuk menyiapkan Pasaraya Wakaf Ummah ini dengan seberapa segera dengan terus menyumbang dan menderma untuk menyiapkan Pasaraya ini yang telah tertangguh akibat PKP hampir 3 bulan.

Pada bulan ini kita memerlukan sejumlah RM 425,150.00.

Wakaf yang diterima hanyalah RM 111,000.

Semoga Allah merahmati dan memberkati Tuan Puan yang Dermawan. Sumbangan boleh disalurkan terus ke Akaun Maybank Parti Islam Se-Malaysia PAS Dana Sanabil 564025404697 atau layari www.wakafummah.com untuk berwakaf secara online.

Hubungi Pasaraya Wakaf 01110781233 atau Ust Amin 01120507700 untuk maklumat lanjut.

https://www.facebook.com/559464100928294/posts/1566154043592623/

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post