NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perangai membohong punca DAP, PH ditolak rakyat


BANGI, 16 Zulkaedah 1441H, Rabu – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan DAP agar jangan cuba menyalahkan Barisan Nasional (BN) jika diri sendiri telah terbukti gagal.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tulisan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dalam bukunya 'The Great Reset' yang petikan tulisannya disiarkan dalam portal DAP, The Rocket.

Chin Tong mendakwa, BN- sebagai sebuah parti konservatif membentuk gabungan baru dan menyerang kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan mengatakan kepada orang Melayu bahawa kerajaan telah dirampas oleh DAP dan orang bukan Melayu.

Selain itu, Chin Tong mendakwa, BN mencadangkan kepada orang bukan Melayu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mengawal segalanya sehingga merugikan orang bukan Melayu.

Dakwanya lagi, strategi yang dilakukan oleh BN itu berjaya.

"Kepercayaan dan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan runtuh dalam jangka masa yang singkat," katanya.

Mengulas tuduhan itu, Najib berkata, perangai DAP dan PH tidak pernah berubah sehingga mengeluarkan propaganda untuk menipu rakyat bahawa punca utama mereka tumbang adalah kerana BN atau Muafakat Nasional (MN) memainkan politik berbaur perkauman.

"Tidak! Sebab utama rejim Gagalkrasi PH tumbang ialah PH gagal segagalnya sehingga rakyat meluat," katanya dalam Facebook, hari ini.

Jelas beliau, misalnya, PH mengatakan bahawa manifesto bukan kitab suci mereka sehingga rakyat hilang kepercayaan.

"Janji hapuskan semua tol tapi yang dapat ialah baki tempoh konsesi tol digandakan dari 18 tahun lagi kepada 38 tahun lagi.

"Janji nak lawan penjualan aset kepada orang asing tetapi yang dibuat ialah penjualan aset negara secara lambak. Janji nak kurangkan hutang negara tapi yang dapat ialah hutang negara naik dengan kadar paling laju dalam sejarah. RM140 bilion dipinjam termasuk meminjam bon samurai.

"Janji akan mentadbir negara dengan cemerlang tapi yang dilantik jadi menteri pula adalah akauntan gagal, orang yang tipu sijil dan Mat Sabu," katanya lagi.

Najib berkata, rakyat meminta supaya negara ditadbir dan dijaga tetapi PH pula sibuk mengusahakan komik propaganda politik berunsur komunis untuk diberi secara percuma kepada semua sekolah-sekolah Malaysia.

"Satu persatu propaganda-propaganda PH sebelum PRU-14 dibuktikan sebagai penipuan selepas PRU-14.

"Dari segi ekonomi pula, eksport negara bertukar dari pertumbuhan dua angka menjadi negatif. Pasaran saham bertukar dari paras paling tinggi dalam sejarah menjadi paling corot dalam dunia

"Pelaburan asing menjunam. Aliran dana asing masuk ke pasaran saham bertukar menjadi aliran dana keluar sepanjang masa kerajaan PH memerintah," katanya.

Malah, kata Najib, pertumbuhan ekonomi Malaysia jatuh ke paras paling rendah sejak 10 tahun yang lalu sebelum wabak COVID-19 bermula.

"Perangai DAP dan PH tak pernah berubah. Sebelum jadi kerajaan, tipu. Semasa jadi kerajaan, bohong. Selepas kerajaan mereka tumbang, kelentong," katanya.

Sumber: https://ismaweb.net/2020/07/08/perangai-membohong-punca-dap-ph-ditolak-rakyat/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo