NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hamas, Fatah bersatu tentang pendudukan Israel


RAMALLAH, 11 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan Fatah menyatakan persetujuan untuk bersatu menentang rancangan jahat Israel merampas Tebing Barat yang diduduki.

Dalam satu sidang media semalam, pegawai kanan Fatah, Jibril Rajub dan Timbalan ketua Hamas, Saleh al-Arouri Hamas berikrar: "Kami akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan perpaduan nasional,"

Fatah, yang juga mengetuai Pihak Berkuasa Palestin berpusat di Ramallah berkata, Hamas telah mengendalikan Semenanjung Gaza yang kucar-kacir akibat penjajahan Israel selama lebih dari satu dekad.

Sidang media bersama itu turut diadakan bagi menyatakan penentangan ke atas rancangan Timur Tengah oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Rancangan berkenaan memberi peluang kepada Israel untuk merampas kira-kira 30 peratus Tebing Barat termasuk penempatan haram Yahudi, di wilayah yang dianggap tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa. – Agensi

Sumber: https://ismaweb.net/2020/07/03/hamas-fatah-bersatu-tentang-pendudukan-israel/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo