NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Chini Memilih: 59 peratus keluar mengundi setakat jam 1 petang - SPR


PEKAN: Sehingga jam 1 petang, sebanyak 59 peratus pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini telah melaksanakan tanggungjawab mereka.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan itu dijangka meningkat sehingga jam 5.30 petang.

Sebelum ini, SPR menjangkakan 70 peratus keseluruhan pengundi akan keluar mengundi di 13 buah pusat pengundian melibatkan 65 saluran di buka di kawasan itu.

Waktu keluar mengundi turut ditambah selama 30 minit bagi memberi ruang kepada semua pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka dalam kelaziman baharu.

Sehingga kini, keadaan terkawal di semua pusat pengundian dengan kawalan ketat pihak keselamatan.

Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menyaksikan 20,972 pengundi bakal memilih wakil rakyat mereka.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo