NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Xioami bakal lancarkan 4 peranti termasuk Mi TV Stick pada 15 Julai 2020



#1MEDIADIGITAL01


Xiaomi sebuah syarikat teknologi yang ternama bakal mengadakan acara pelancaran global minggu depan untuk melancarkan produk ekosistem terbarunya. Acara ini akan disiarkan secara langsung di saluran sosialnya dan ia berlangsung pada 15 Julai jam 8:00 malam Waktu Malaysia.


Sehingga kini, Xiaomi belum menyebut secara spesifik apa yang akan mereka lancarkan minggu hadapan. Namun, berdasarkan gambar teaser ilustrasi “2020”  mengandungi beberapa petunjuk yang tersembunyi. Berdasarkan klue-klue pada ilustrasi itu, sekurang-kurangnya terdapat 4 produk baharu yang bakal dilancarkan untuk pasaran global. Item pertama dalam nombor “2” pertama adalah Mi Electric Scooter Pro yang baharu. Ini diikuti oleh peranti kecergasan yang kemungkinan adalah variasi Mi Band 5 versi global.

Seterusnya, kita dapat lihat apa yang kelihatan seperti telefon pintar yang memiliki kamera quad bersama dengan sensor cap jari yang dipasang di belakang. Susun aturnya nampaknya sepadan dengan Redmi 9 yang dilancarkan secara senyap-senyap di Malaysia bulan lalu dan ia dilengkapi dengan paparan HD + 6.53 ″ Penuh dan bateri 5.020 mAh yang besar. Redmi 9 secara rasmi berharga dari RM499 untuk versi storan 3GB RAM + 32GB dan RM599 untuk versi 4GB RAM + 64GB. Di bahagian bawah nombor “2” pula kelihatan seperti  produk IoT dengan sensor yang tidak dikenalpasti.

Pada nombor "0" yang terakhir, kita dapat melihat TV dengan simbol power dan volume rocker yang mempunyai kepala penyambung yang kelihatan seperti HDMI. Ini seolah-olah mengisyaratkan Mi TV stick  yang pertama kali diacah pada bulan Mei lepas. Mi TV stick merupakan peranti TV Android yang dikuasakan oleh dongle HDMI, dilengkapi dengan alat kawalan jauh Bluetooth. Dari berita yang tersebar baru-baru ini, nampaknya terdapat dua versi Mi TV stick, iaitu 4K dan Full HD.


Segalanya bakal didedahkan tidak lama lagi, jadi nantikan kami untuk maklumat terkini.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo