NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

WhatsApp Dan PayPal Melabur Dalam Gojek



Platform mesej Facebook, WhatsApp dan Paypal Holdings Inc baru-baru ini mengumumkan membuat pelaburan dalam firma e-panggilan dan pembayaran elektronik Indonesia, Gojek.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat meraih lebih banyak dana. Bagaimanapun, WhatsApp dan Paypal tidak mendedahkan nilai pelaburan atau berapa jumlah pegangan mereka.

Dalam satu kenyataan, COO WhatsApp Matt Idema berkata platform tersebut akan bekerjasama dengan Gojek untuk menyokong pertumbuhan jutaan perniagaan kecil.

Manakala Paypal pula mendedahkan keupayaan pembayarannya akan diintegrasikan dalam semua perkhidmatan yang ditawarkan Gojek.

Bulan lepas, Reuters melaporkan Facebook mengadakan perbincangan dengan Gojek berkenaan pelaburan dan bekerjasama dengan tiga syarikat e-dompet Indonesia termasuk GoPay, subsidiari milik Gojek.

Perbincangan ini berkenaan hasrat Facebook melancarkan perkhidmatan pembayaran mudah alih di negara yang mempunyai ekonomi terbesar di Asia Tenggara.

Pada bulan sama, WhatsApp turut menyuntik pelaburan berjumlah AS$5.7 bil (RM24.3 bilion) kepada sayap digital Reliance Industries Ltd dari India.

Bagi Hian Goh, rakan kongsi dari Openspace Ventures yang bertanggungjawab mengetuai siri usaha meraih dana untuk Gojek sejak 2014, penyertaan Facebook dan WhatsApp dilihat mengukuhkan lagi kedudukan Gojek sebagai aplikasi pilihan lebih 300 juta pengguna.

Ketika ini, Indonesia merupakan salah satu daripada lima pasaran terbesar mereka dengan 100 juta pengguna.

Sumber:  https://theoutlook.asia/whatsapp-dan-paypal-melabur-dalam-gojek/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=whatsapp-dan-paypal-melabur-dalam-gojek

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo