TH Aset Ummah : Mengapa Dihilangkan?



Saat terbaca berita Tabung Haji Plantations Bhd (THP) bakal kehilangan 14 anak syarikat, hati saya resah. Minda berputar ligat memikir apakah pelepasan kepentingan ekuiti itu bakal untungkan umat Islam khususnya 9.4 juta pendeposit?

Saya mencari-cari perincian lanjut. Dibaca pelbagai sisi, baik dari yang mahu melupus atau mempertahan. Mungkin ada yang belum faham ketidakwajaran penjualan aset THP pada masa ini. Setelah menilai dan merasa sudah berada pada sisi pandang tepat, saya memutuskan untuk berkongsi.

1. THP adalah anak syarikat Tabung Haji. THP juga ada anak syarikat sendiri dan 14 darinya yang telah/sedang dijual.

2. Bumi Suria Ventures (BSV) dan Maju Warisanmas Sdn Bhd (MWS) antara yang telah menerima deposit sebanyak RM50 juta. Telah/sedang dijual kepada Syarikat Tamaco Sdn Bhd (Non Bumiputera).

3. Ladang-ladang ini dulu dibeli dengan harga RM264 juta. Tetapi THP mahu menjual kembali dengan harga RM170 juta. Bermakna Tamaco menikmati hampir 100 juta 'diskaun'.

5. Alasan jual ialah THP sedang alami 'financial distress' dengan momokan liabiliti lebih tinggi dari aset menjadikan THP bakal berdepan masalah pengurusan hutang. [1]

6. Rasional kah beralasan mahu mengukuhkan kewangan tetapi melepaskan aset dengan harga rugi? Walhal penilaian asal adalah jauh lebih besar jumlahnya.

7. Difahamkan, jualan itu dibuat secara terus. Bukankah jika dibuat melalui proses tender, THP boleh memilih pembeli yang membuat bidaan tertinggi justeru meningkatkan perolehan syarikat?

8. Tahun 2006 hingga 2017 THP tidak pernah rugi. 2018 sahaja ia rugi ekoran kejatuhan harga sawit dunia. Titik pulang modal THP RM2200 per tan tetapi ketika itu ia jatuh RM2000 se tan.

9. Terkini harga sawit sedang memulih dan dijangka melonjak dirangsang permintaan India, China, Pakistan. Penerokaan market baru juga menampakkan kejayaan seperti pasaran ke Nigeria. [2]

11. Ladang-ladang tersebut masih berpotensi menuai hasil tetapi pihak berkenaan kelihatan terburu-buru menjual. Jika mahu jual sekalipun, mengapa tidak tawarkan kepada GLC atau GLIC yang berminat?

12. Ini memperlihatkan jualan melibatkan transaksi bernilai RM170 juta kepada Tamaco sungguh meragukan. Ada apa-apa hubungan istimewa kah antara Tamaco dengan pihak terlibat?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=941246109653306&id=275464012898189

Sharifah T.A
30 Jun 2020

#MAMPUCentre
#RCI4TH
#PNKerajaanSampaiPRU15

.............

Rujukan:

[1] https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/01/649670/th-plantations-jual-aset-mantapkan-kewangan

[2] https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2020/06/699106/harga-sawit-melonjak-dirangsang-permintaan-india-china-pakistan

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post