NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Singapura umum bubar Parlimen


KUALA LUMPUR: Kerajaan Singapura pada Selasa mengumumkan pembubaran Parlimen sekali gus membuka laluan untuk pilihan raya umum diadakan di republik itu.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerusi siaran langsung di laman Facebook rasmi beliau.

Jelas Hsien Loong, keputusan tersebut dibuat selepas beliau mendapat pandangan daripada Presiden, Halimah Yacob pada Selasa.

"Pilihan raya umum ini tidak akan seperti yang lain yang pernah kita alami sebelum ini. Bukan hanya kerana perancangan khas untuk menangani COVID-19, tetapi juga kerana situasi dan masalah yang berlaku," kata Hsien Loong dalam ucapan tersebut.

Bagaimanapun, Hsien Loong tidak memaklumkan bila pilihan raya tersebut akan diadakan.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Singapura dalam satu kenyataan memaklumkan Halimah bersetuju dengan cadangan bahawa Hari Penamaan calon diadakan pada 30 Jun 2020.

Hari Pengundian pula akan diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya.

Dalam pada itu, akhbar berbahasa Cina Lianhe Wanbao melaporkan pilihan raya dijangka berlangsung pada 10 atau 11 Julai, selepas tempoh berkempen minimum sembilan hari.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo