NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rancang pulang ke kampung? Ini panduan jika guna kemudahan surau di R&R lebuh raya


PERGERAKAN orang ramai kini tidak lagi terbatas selepas kerajaan mengumumkan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan pergerakan rentas negeri bermula 10 Jun lalu.

Hasrat orang ramai sebelum ini untuk pulang ke kampung dilihat tercapai selepas hampir tiga bulan berada di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Namun, berbeza dengan perjalanan pulang ke kampung dahulu, kali ini pengalamannya sama sekali berbeza.

Bagi umat Islam yang mahu berhenti untuk menunaikan solat di R&R lebuh raya perlu mematuhi SOP penggunaan surau di lokasi berkenaan.

Berikut antara perkara yang anda perlu tahu sebelum memulakan perjalanan dan menggunakan kemudahan surau di lebuh raya:

1. Kemudahan surau di semua 24 R&R dan dua restoran jejantas di semua lebuh raya kendalian PLUS dibuka semula bermula 10 Jun lalu.

2. Pengguna lebuh raya kini dibenar menunaikan solat di surau-surau yang terletak di R&R arah utara dan selatan seperti :-

- Gurun, Gunung Semanggol, Sungai Perak, Tapah, Rawang, Dengkil, Seremban, Ayer Keroh, Pagoh, Machap, Gelang Patah, termasuk Restoran Jejantas Sungai Buloh dan Ayer Keroh.

- Begitu juga di sepanjang Pantai Timur, surau-surau di tiga R&R yang terletak di lebuh raya LPT2 seperti Perasing, Paka dan Ajil (kedua-duanya Arah Timur) kini turut dibuka semula.

3. Penanda penjarakan sosial turut disediakan di setiap ruangan solat surau untuk memastikan jarak 1 meter.

4. Penanda turut diletakkan di kawasan mengambil wuduk.

5. Pelanggan lebuh raya digalakkan untuk membawa sejadah dan telekung sendiri untuk memastikan kebersihan diri terjaga ketika bersolat.

6. Bergantung pada luas dan ukuran setiap surau, poster pemberitahuan mengenai had jumlah pengguna surau turut diletakkan untuk rujukan pengguna

7. Pendaftaran diri diperlukan untuk tujuan pengesanan kontak.

Namun begitu, surau-surau yang terletak di kawasan awam di plaza tol masih lagi ditutup sehingga diberitahu kelak.



Dalam normal baharu ini, perjalanan di lebuh raya kini akan memakan masa yang lebih lama jika pelanggan berhenti di R&R.

Ini adalah kerana SOP keselamatan akan dilaksanakan dengan sepenuhnya terhadap semua pelanggan yang singgah di R&R.

Pengendali lebuh raya turut memberi penekanan terhadap kebersihan makanan di samping kebersihan di seluruh kawasan R&R, termasuklah kawasan meletak kenderaan.

Kebersihan di R&R dan Restoran Jejantas akan memberi keselesaan buat pelanggan lebuh raya yang melakukan perjalanan rentas negeri pada ketika ini.

Pelanggan lebuhraya kini dibenarkan untuk menunaikan solat di surau-surau yang terletak di R&R arah utara dan selatan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo