NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakatan Harapan akan kalah dalam PRU mengejut - TSIS



oleh:DR. HJ. WAN MAT BIN SULAIMAN

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) mengambil maklum dapatan-dapatan kaji selidik yang dibuat oleh EMIR Research membabitkan 2,002 responden di seluruh negara dari 15 Januari 2020 hingga 24 Februari 2020 yang diumumkan pada 12 Jun 2020 lalu yang menunjukkan bahawa Pakatan Harapan tidak lagi mendapat mendapat dukungan majoriti rakyat kerana:

(i) Tahap sokongan responden kepada Pakatan Harapan hanyalah 30% berbanding tahap sokongan responden kepada Muafakat Nasional yang berada pada tahap 52%.

(ii) 25% responden berpendapat hala tuju negara di bawah Pakatan Harapan berada pada landasan yang salah manakala 55% responden tidak pasti apakah hala tuju negara di bawah Pakatan Harapan berada pada landasan yang betul.

(iii) 36% responden berpendapat ekonomi negara di bawah Pakatan Harapan tidak berada pada tapak yang kukuh manakala 45% responden tidak pasti apakah ekonomi negara di bawah Pakatan Harapan berada pada tapak yang kukuh.

Kaji selidik yang dibuat oleh Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) membabitkan 1,451 responden di seluruh negara dalam tempoh yang hampir sama iaitu dari 1 Februari 2020 hingga 20 Februari 2020 juga menemukan dapatan-dapatan yang hampir sama iaitu bahawa Pakatan Harapan akan mengalami kekalahan dalam sebarang pilihan raya mengejut kerana 4 faktor berikut :

Faktor Pertama :
RAKYAT MEMPUNYAI PERSEPSI YANG NEGATIF TERHADAP KERAJAAN PUSAT PIMPINAN PAKATAN HARAPAN

Kesimpulan ini diperolehi khususnya melalui dapatan-dapatan berikut :

(1) 67% (972) daripada responden tidak puas hati dengan kemampuan Kerajaan Pusat pimpinan Pakatan Harapan menyelesaikan isu-isu perkauman dan keagamaan berbanding 25% (363) daripada responden yang puas hati.

(2) 63% (914) daripada responden tidak puas hati dengan kemampuan Kerajaan Pusat pimpinan Pakatan Harapan menyelesaikan isu-isu pendidikan negara berbanding 28% (406) daripada responden yang puas hati.

(3) 62% (900) daripada responden tidak puas hati dengan kemampuan Kerajaan Pusat pimpinan Pakatan Harapan menyelesaikan masalah-masalah ekonomi negara berbanding 29% (420) daripada responden yang puas hati.

Faktor Kedua :
RAKYAT BERTEKAD UNTUK MELUAHKAN KETIDAKPUASAN HATI MEREKA TERHADAP PAKATAN HARAPAN DALAM PRU 15 DENGAN TIDAK MENGUNDINYA

Kesimpulan ini diperolehi khususnya melalui dapatan bahawa 57% (827) daripada responden menyatakan ketidakmampuan Pakatan Harapan melaksanakan janji-janji di dalam manifesto pilihan rayanya akan mempengaruhi keputusan PRU 15

Faktor Ketiga :
PERIKATAN NASIONAL DITERIMA OLEH RAKYAT MALAYSIA BERBANDING PAKATAN HARAPAN

Kesimpulan ini diperolehi khususnya melalui dapatan bahawa 62% (900) daripada responden setuju dengan cadangan supaya BERSATU segera bergabung dengan Muafakat Nasional dan parti-parti politik di luar Pakatan Harapan lain.

Faktor Keempat :
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD BUKAN LAGI SATU FAKTOR PENTING DALAM POLITIK MALAYSIA

Kesimpulan ini diperolehi khususnya melalui dapatan bahawa walaupun jika Pakatan Harapan kekal diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, 55% (798) daripada responden tetap memilih Muafakat Nasional sebagai pakatan yang akan menang dalam PRU 15 antara Pakatan Harapan dan Muafakat Nasional.

Oleh itu, berdasarkan kepada dapatan-dapatan kajian ini maka nyatalah bahawa Pakatan Harapan akan mengalami kekalahan dalam sebarang pilihan raya yang diadakan dalam waktu terdekat kerana dalam pertarungan antara Pakatan Harapan dan Muafakat Nasional sekalipun 55% (798) daripada responden tetap memilih Muafakat Nasional sebagai pakatan yang akan menang, apatah lagi bila kini Muafakat Nasional turut disertai oleh BERSATU, bekas PKR dan parti-parti lain.

***DR. HJ. WAN MAT BIN SULAIMAN ialah Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo