NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menghina Jata Negara: Tiada Maaf Bagimu!



Kami membaca kenyataan Pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, Chong Ton Sin yang dilaporkan Malaysiakini pagi ini bahawa pihaknya tiada niat untuk menghina lambang negara Jata Negara. Kata beliau, “walaupun kami tak sengaja, kalau sudah buat sesiapa rasa kurang senang, ada menyinggung perasaan mereka, itu saya minta maaf”.

Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, ini bukan soal “sesiapa rasa kurang senang”. Malah tidak semudah itu lafaz maaf boleh diterima setelah penghinaan terhadap lambang kedaulatan Negara diperlakukan sebegitu rupa.

Harus dingat martabat dan maruah negara tidak sesekali boleh diperlekehkan sewenang-wenangnya. Bahkan undang-undang jelas memperuntukkan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pindaan 2016, yang mengenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM 20,000 bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk jata negara secara tidak wajar.

Prinsip Undang-undang ada menyebut ‘Ignorantia Juris Non Excusat’ (Ignorance of the Law is No Excuse) bermaksud kejahilan terhadap undang-undang bukan suatu alasan.

Justeru, Pemuda UMNO Malaysia tetap berpendirian bahawa tindakan tegas harus diambil kepada pihak yang didapati bersalah melakukan penghinaan terhadap lambang kedaulatan Negara termasuklah Jata Negara.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

30 Jun 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo