NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan negeri berjaya buktikan kegigihan usaha memajukan sosioekonomi Terengganu


Pertumbuhan ekonomi Terengganu pada 2018 yang rendah pada kadar 2.5 peratus
dengan KDNK bernilai RM34.8 bilion (2017 : 5.7%, RM34.0 bilion) adalah susulan
pelbagai ketidaktentuan dan disebabkan oleh perubahan teraju kerajaan di peringkat
persekutuan dan negeri.

Sesuai dengan fokus Kerajaan Negeri Terengganu yang baharu dibentuk selepas
Pilihan Raya Umum ke-14 lalu kepada aspek kesejahteraan sosial, isu-isu seperti
pengembalian tanah; pemilikan tapak rumah dan rumah kediamaan; pemberian air
percuma; penjagaan kesihatan; pengasuhan kanak-kanak; pembangunan institusi
pendidikan agama dan pengecualian cukai rumah kediaman telah diberikan
keutamaan.

Walaubagaimanapun, mengharungi situasi itu Kerajaan Negeri Terengganu telah
berjaya meningkatkan jumlah projek pada 2018 kepada 12 projek susulan
pertambahan 5 projek asing; sekaligus meningkatkan jumlah anggaran pelaburan
kepada RM4.9 bilion dan melibatkan 2,096 pekerjaan berbanding hanya RM177.8
juta dengan 344 pekerjaan pada 2017.

Selain itu, usaha meraih hasil juga dapat dilihat menerusi pengeluaran pada 2018
kayu balak meningkat kepada 442,424 meter padu (2017 : 383,819), getah 23,796
metrik tan (2017 : 7,152), padi 74,914 metrik tan (2017 : 69,319) dan kenaf 1,731.6
metrik tan (2017 : 830.2). Jumlah ternakan kerbau, lembu, kambing dan bebiri juga
meningkat kepada 134,401 pada 2018 berbanding 129,399 pada 2017.

Selanjutnya Muat Turun PDF :

https://www.tsis.my/wp-content/uploads/2020/06/KENYATAAN-MEDIA-Kerajaan-Negeri-Berjaya-Buktikan-Kegigihan-Usaha-Memajukan-Sosioekonomi-Terengganu.pdf

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo