NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kecewa! 8,000 penyokong PKR isytihar keluar parti


PUTATAN, 27 Syawal 1441H, Jumaat
– Seramai 11 ahli PKR Sabah, yang pernah memegang jawatan di peringkat negeri dan cabang mengisytiharkan keluar parti.

Bekas Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah, Datuk Nani Sakam dalam sidang media, hari ini turut mendakwa seramai 8,000 penyokong menyertai mereka keluar dari PKR.

Beliau berkata, mereka mengambil keputusan meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR Sabah yang diketuai Datuk Christina Liew.

"Kami membuat keputusan untuk keluar kerana kami telah kehilangan kepercayaan kepada PKR di bawah pimpinan Datuk Christina Liew.

"Kami tidak lagi berminat dengan PKR kerana pemimpin itu telah mengabaikan kebajikan ahlinya di peringkat akar umbi, walaupun kami sudah lama bersama parti itu," katanya pada sidang media, sambil berkata bahawa Liew jarang meneliti keperluan ahli.

Nani menegaskan bahawa mereka tidak tertekan untuk membuat keputusan itu berikutan pergolakan politik di negara ini.

"Buat masa ini, kami tidak akan bergabung dengan mana-mana pihak atau tidak mempunyai hubungan dengan pihak lain.

"Kami tidak berparti sekarang, jadi kami hanya akan menjadi warganegara yang patuh kepada pemerintah sekarang," katanya.

Sementara itu, sidang media yang diadakan di sebuah restoran di Putatan dekat sini, tergendala sebentar oleh pihak luar yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pengumuman tersebut.

Sumber: https://ismaweb.net/2020/06/19/kecewa-8000-penyokong-pkr-isytihar-keluar-parti/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo