COVID-19: Malaysia Terkejut Kemudian Lega


Sumber Worldometer (5 Jun) mendapati penularan Wabak COVID-19 peringkat Global hari ini mencecah 6,747,149 dengan 394,325 kematian dan 3,277,057 orang yang telah dirawatpulih. Berbanding semalam, sebanyak 6,692,694 kes, maka bermakna pertambah dalam sehari di peringkat Global ialah 54,455 kes. Ini suatu pertambahan yang menggerunkan.


Berbeza dengan Malaysia, pada hari semalam kita terkejut dengan pengumuman KKM berikutan berlaku peningkat harian tertinggi dalam tempoh sebulan yang lalu yang berjumlah 277 kes. Hal ini menyebabkan grafnya mendongak melampau. Punca kes adalah penularan tempatan, melibatkan Warganegara Malaysia empat (4) kes dan 271 kes adalah Bukan Warganegara, di samping terdapat dua (2) kes import berikutan warga Malaysia yang menjadi bawaan COVID-19 dari luar negara.


Pada 5 Jun 2020 pula, terdapat 19 kes baharu yang telah dilaporkan, iaitu suatu pertambahan yang dikatakan menjunam turun. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,266 kes. Jumlah ini merupakan hari kedua dengan angka 8 ribu. Semalam adalah hari pertama dengan jumlah 8,247 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,540 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Sesungguhnya perkembangan hari ini telah melegakan kita.


Sebanyak 19 kes baharu telah dilaporkan, 7 daripadanya adalah kes import dan 12 kes adalah penularan tempatan. Daripada 12 kes penularan tempatan pula, 3 kes adalah adalah bukan warganegara dan 9 kes adalah warganegara Malaysia. Pecahannya seperti mana berikut:-

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 51 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,610 kes (80 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga pukul 8 pagi 5 Jun 2020, sebanyak 169 Pusat Kuarantin telah beroperasi berbanding 181 pada hari sebelumnya. Ini bermakna 12 pusat telah ditutup. Seramai 14,555 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib. Oni bermakna, jumlah mereka yang berkemungkinan positif semakin mengecil.

Rumusannya, daripada laporan kes baharu kembali kepada dua angka pada hari ini (5 Jun) telah menyakinkan kita bahawa isu penularan Wabak COVID-19 telah dipenghujung. Ins sya Allah, semoga dipermudahkan kita untuk bebas dari jangkitan Wabak COVID-19 ini.

Sumber: http://greencrescent-wanibrah.blogspot.com/2020/06/covid-19-malaysia-terkejut-kemudian-lega.html?m=1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post