NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Asia Paling Terkesan - Arab Saudi Tangguh Haji


Pada petang ini (24 Jun) sukacitanya kita melihat data Wabak COVID-19 di enam negara tertinggi rantau Asia. Negara tersebut ialah (1) India, (2) Iran, (3) Turkey, (4) Pakistan, (5) Arab Saudi dan (6) Bangladesh.



Data petang ini bagi setiap negara tersebut menunjukkan India yang tertinggi di Asia sudah mencecah 456,115 kes atau mewakili 15.36% daripada keseluruhan kes di Asia (1,982,539 kes), diikuti Iran 209,970 kes, Turkey 290,165 kes, Pakistan 185,014 kes, Arab Saudi 164,144 kes dan Bangladesh 119,198 kes.

Perhatian diberikan kepada negara Arab Saudi yang telah mengumumkan tidak membenarkan ibadat Haji tahun 1441 Hijriah ini dilaksanakan, melainkan hanya untuk warganegaranya yang berada dalam negara.

Langkah tersebut seperti mana yang telah dijangka lebih awal adalah rasional berikutan penularan Wabak COVID-19 yang melanda negara yang terletak dua kota suci itu itu mencecah 3,139 kes baharu seharian dan jumlah kes yang sedang dirawat seramai 52,911 orang. Jika dihitung baki lagi kira-kira 40 hari lagi menjelang musim Haji, maka nilai kebolehjangkitan sekarang lebih hampir 53 ribu kes dijangka tidak akan pulih sepenuhnya. Maka demi maslahah mengawal jangkitan semula ke seluruh dunia, sewajarnya ditiadakan ibadat yang menghimpunkan lebih dua juta umat Islam itu. Tambahan pula, status pesakit yang dirawatpulih sekitar 109,885 kes (66.94%) adalah tidak memungkinkan wujud suasana kondusif untuk mengekang jangkitan COVID-19. Hal ini mungkin turut menambahkan lagi suasana tidak kondusif berikutan negara jiran terdekat Arab Saudi turut mengalami penularan Wabak COVID-19 yang agak dahsyat. Di antaranya Iran (209,790 kes), Turkey (190,165 kes) dan Negara Telok yang lain seperti Qatar (89,579 kes) dan UAE (45,683 kes) serta Kuwait (41,033 kes).

Malaysia kekal dua digit
Data hari ini (24 Jun) menyaksikan pola kes baharu (6 kes) berlaku dua digit dan jumlah yang dirawatpulih dalam situasi yang amat positif (45 sembuh). Ia bermakna kadar sembuh lebih tinggi enam kali ganda berbanding pertambahan kes baharu.



Sementara itu, apabila melihat kepada pola kes baharu di Malaysia daripada awal PKPP (10 Jun) dan setakat 24 Jun adalah menunjukkan peurunan yang semakin melandai. Namun berlaku peningkat sedikit (6 kes) pada hari, menyebabkan keloknya mendongak semula,

Daripada enam (6) kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan satu (1) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap. Kesemua empat (4) kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.


Sementara itu, sebanyak 45 kes yang telah dirawatpulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Maka jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,231 kes (95.8% daripada jumlah keseluruhan kes). Peratus pesakit sembuh kini menjadi tumpuan apabila besar saiz yang dirawatpulih, maka akan mengecil jumlah pesakit yang berada di dalam wad. Kesannya, nilai kebolehjangkitan akan semakin mengecil dan akhirnya kita menyandarkan segala ikhtiar yang telah dibuat selama tempoh PKPP (10 Jun -31 Ogos) sebagai amal jariah yang akan Allah balas - Allah memberi kesembuhan dan permudahkan segala urusan pemulihan. Ins sya Allah.

Wassalam

Sumber: https://greencrescent-wanibrah.blogspot.com/2020/06/covid-19-asia-paling-terkesan.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo