NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: 57 Kes baharu (10 import 43 bukan warganegara 4 warganegara)


Terkini penularan Wabak COVID-19 di Malaysia, hari ini 31 Mei 2020 ialah 23 Kes sembuh menjadikan kumulatifnya 6,353 kes, Sementara kes baharu sebanyak 57 kes menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes positif ialah 7,819 kes. Berikutnya tiada kematian yang laporkan selama lapan hari kebelakangan ini menjadikan kumulatif kematian kekal sebanyak 115 orang.


Sebanyak 57 kes baharu hari ini adalah dilaporkan berpunca daripada 10 kes import dan 47 kes penularan tempatan. Daripada 47 kes penularan tempatan dilaporkan:-

(1) Sebanyak 4 kes melibatkan Warganegara Malaysia (WN), masing-masing dikesan di 3 buah negeri (Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka)

(2) Sebanyak 43 kes adalah Bukan Warganegara (BWN) masing-masingnya dari 3 buah negeri (Selangor – 27, WP Kuala Lumpur - 1, Pahang – 15)
COVID-19-Infografik%2BPolaKesBaru%2B31Me



Taburan kes baharu megikut negeri ini, menunjukkan Pahang dan Selangor sebagai penyumbang terbesar. Kedua-dua negeri ini penyumbangnya adalah terbesar dari kalangan BWN yang merupakan pekerja kilang di Ladang di Bera, Kilang Papan Maran dan Syarikat Pembinaan Maran. Sementara di Selangor pula daripada DTI Sepang. Ini menunjukkan kedua-dua negeri ini masih bertaraf zon merah.

Satu (1) lagi kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Selayang Baru.

Sehingga kini, terdapat 27 kluster yang telah ditamatkan. Jumlah keseluruhan kluster COVID-19 ialah sebanyak 33 kluster.

Satu-satu kluster itu diisytiharkan tamat apabila tiada kes baharu dalam tempoh dua kali inkubasi iaitu 28 hari.

Dalam pada itu, terdapat 6 kluster daripada 8 kategori punca kes BWN yang menyumbang 43 kes baharu positif Wabak COVID-19 iaitu:-
Berdasarkan perkembangan sepanjang tempoh PKPB (bermula 4 Mei) berlaku pola kes baharu yang turun naik.

Berlaku pertambahan kes baharu mula 24 Mei, kemudiannya mendongak secara mendadak pada 25-26 Mei dan menjunam pada 27 -28 Mei. Sehari selepas itu (29 Mei) kembali mendongak dan menurun semula (30 Mei) dan hari ini (31 Mei) melonjak semula. Apabila diteliti, kesemua punca pertambahan secara mendongak adalah penyumbag terbesar daripada BWN sebagaimana disebutkan di atas. Justeru itu, usaha memutus rantaian penularan Wabak COVID-19 dijangka akan lebih terkawal dan berkemungkinan dapat diruskan dengan mudah oleh Pasukan Perubatan KKM. Ia kerana, punca penularan sudah diketahui, iaitu kalangan BWN (kebanyakan pekerja asing, PATI dan mereka yang ditempatkan di tiga DTI - Sepang, Bukit Jalil dan Smenyih).

Berikut adalah data-data perkembangan Wabak COVID-19 sepanjang PKPB yang melibatkan pola turun-naik penularan kes baharu.



Nasihat daripada KKM berhubungan perkembangan semasa ialah "kekalkan daerah anda berwarna hijau.Kita jaga kita, kita keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita." Maksudnya, sebaiknya kita utamakan tinggal di rumah, tidak merentasi sempadan daerah atau negeri dan pastikan mengamalkan penjarakan sosial bila keluar rumah atau ke tempat awam serta menjaga kesihatan diri dengan memakai pelitup muka/hidung dan sanitasi tangan. Meskipun hal ini dianggap mudah, namun ia memerlukan komitmen dan displin diri.

Alhamdulillah, nilai kepatuhan dan pendisiplinan agak memuaskan dalam gaya hidup kalangan kita. Hal ini penting untuk kta bersama-sama mencapai tahap pemutusan rantaian Wabak COVID-19 menjelang tamatnya PKPB pada 9 Jun nanti. Sesungguhnya kita mahukan kehidupan normal dan jalannya ialah kita sekarang sentiasa mengamalkan kelaziman baharu (new values and norms).
Semoga kita umat Islam tidak serik berdoa, solat hajat dan beristighfar agar Allah mepermudahkan pihak-pihak yang bertanggungjawab mengendalikan usaha memutuskan rantaian Wabak COVID-19 yang menggerunkan ini.


Wassalam.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo