NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Chini Memilih: BN tidak ambil mudah calon lawan, perhebat kempen media sosial


PEKAN : Barisan Nasional (BN) akan terus memperhebatkan kempen di media sosial sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dalam usaha memastikan pengundi memilih calon parti itu pada 4 Julai depan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata beliau yakin kempen melalui media sosial akan membantu calon BN, Mohd Sharim Md Zain.

"Sekarang ini sebab pergerakan kita terhad, semua yang bertanding termasuk BN pun perlu melakukan kempen di media sosial dengan meluas," katanya.

Mengulas mengenai video tular yang memaparkan Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pengundi di DUN itu menyokong calon bebas, beliau berkata itu adalah perkara biasa.

Sementara itu, ujar Wan Rosdy, meskipun yakin kerusi itu akan dipertahankan pada PRK kali ini, namun BN tidak mengambil mudah terhadap calon lain yang bertanding.

"Kita yakin, melihat atas kertas kita ada (sokongan) Muafakat Nasional kerana Pas bersama dengan UMNO dan BN. Namun kita akan terus berkempen dan tidak mengambil mudah tidak kira siapa yang jadi lawan kita.

"Usaha kita akan diteruskan bagi memastikan kita dapat majoriti yang lebih daripada sebelum ini," kata Menteri Besar itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam kempen rumah ke rumah di Kampung Salong di sini, pada Selasa.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-politik/chini-memilih-bn-tidak-ambil-mudah-calon-lawan-perhebat-kempen-media-sosial-248379

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo