NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH buat laporan polis terhadap tiga pemimpin PH


KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), pada Isnin (4 Mei) akan membuat laporan polis ke atas tiga pemimpin Pakatan Harapan yang didapati cuba menanamkan bibit-bibit ketidaksetiaan dan kebencian terhadap Yang DiPertuan Agung serta Institusi Raja-Raja Melayu, apabila mengulas isu berkaitan peralihan kuasa dari Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional, ekoran perletakan jawatan secara mengejut Tun Dr. Mahathir Mohammed sebagai Perdana Menteri Ke-7, pada Mac lalu.

Pengerusi UMMAH Malaysia, Mohd Zai Mustafa berkata, pihaknya telah menerima dan meneliti rakaman video ucapan ketiga- tiga pemimpin Pakatan Harapan tersebut iaitu Dato’ Saifufdin Nasution, Setiausaha Agung PKR dan Datuk Seri Dr Zulkifli Ahmad serta Khalid Samad, Ahli Jawatankuasa Amanah yang secara jelas dan tersirat di dalam ucapan mereka cuba menyemai bibit-bibit ketidaksetiaan dan kebencian terhadap Yang DiPertuan Agung institusi serta Institusi Raja-Raja Melayu.

Katanya, rakaman ucapan ketiga-tiga pemimpin PH tersebut berlaku di dalam program yang berasingan, ia boleh ditonton melalui pautan iaitu https://www.facebook.com/watch/live/?v=2508099579450590 (Dato Saifuddin Nasution), https://www.facebook.com/watch/live/?v=2686565458245277 (Datuk Seri Dr. Zulkifle Ahmad ) dan https://www.facebook.com/watch/?v=206176710599038 (Khalid Samad).

Sehubungan itu, UMMAH telah mengarahkan kepada semua kepimpinan UMMAH setiap negeri agar membuat laporan polis berhubung kenyataan yang di buat oleh ketiga-tiga pemimpin PH tersebut.

Laporan ini di buat bertujuan minta pihak Polis segera membuat siasatan ke atas ketiga-tiga pemimpin PH berkenaan, kerana ucapan tersebut di lihat boleh mempengaruhi penyokong mereka (PH), bersikap dan bertindak tidak memberi kesetiaan, sekaligus membenci Yang DiPertuan Agung dan Institusi Raja-Raja Melayu yang merupakan tunggak pemerintahan dalam sistem Raja Berperlembagaan di negara Malaysia.

Justeru, UMMAH minta, Polis siasat mereka di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan, tegasnya.

“Kita mahu Polis bertindak tegas dalam hal (ucapan) yang sebegini, tidak kira siapapun yang melakukannya, kerana ia boleh mencetuskan ketidakstabilan serta menggugat keharmonian kehidupan dalam masyarakat di negara ini, tegasnya.

- Media DailyUMMAH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo