PAS, UMNO sepakat cadang Sanusi bakal MB Kedah baru



ADUN PH BERALIH SOKONGAN.KEDAH TUMBANG 

Oleh Wartawan Kedah Gazette -10/05/202071

ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas dan UMNO dipercayai telah sepakat mencadangkan ADUN Jeneri, Muhamad Sanusi Md Nor sebagai bakal Menteri Besar Kedah yang baru.

Peringkat seterusnya adalah berunding dengan enam ADUN daripada PH bagi mencapai persetujuan yang sama sebelum nama berkenenaan dipersembahkan kepada Sultan Kedah.

Menurut sumber kesepakatan itu dicapai dalam pertemuan yang diadakan di Kompleks Pas Kedah pagi ini.

Kumpulan ADUN Pas, UMNO dan enam daripada PH itu menyaksikan 23 kerusi daripada 36 kerusi DUN Kedah, yang mencukupi bagi membentuk kerajaan baru. Gabungan itu cuma kekurangan satu kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3.

ADUN PAS adalah seramai 15 orang dan ADUN UMNO adalah dua orang. ADUN PH, yang berpaling daripada sokongan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, adalah empat orang daripada Bersatu dan dua orang daripada PKR.

Dua orang ADUN PKR berkenaan adalah daripada kem bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sekarang menyertai Bersatu.

Sumber berkenaan menambah perbincangan pagi tadi berjalan dengan lancar dan semua pihak melihat ke hadapan bagi penubuhan sebuah kerajaan negeri yang baru.

“Insyaallah Menteri Besar Kedah yang ke-14 akan diketahui sedikit masa lagi, sehari dua lagi,” kata beliau.

Media hari ini melaporkan bahawa 17 Adun PAS dan UMNO mengadakan pertemuan tertutup lebih tiga jam bersama pimpinan Pas Pusat di Kompleks Pas Kedah di sini.

Pertemuan yang bermula pada 10 pagi itu turut dihadiri Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung Pas? Datuk Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya Pas Kedah, Ahmad Yahaya dan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Walaupun kem Mukhriz sedang berusaha menyelamatkan pemerintahan beliau daripada dijatuhkan buat kali kedua, namun usaha berkenaan nampaknya sudah sampai garisan penamat.

Mukhriz terpaksa menerima hakikat ADUN daripada Bersatu sendiri tidak menyokong beliau. – KG

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post