NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mukhriz lepas jawatan MB Kedah berkuat kuasa serta-merta


ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan peletakan jawatan Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Pada sidang media di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman di sini hari ini, Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam memaklumkan beliau hilang kepercayaan majoriti ADUN melalui undian sulit di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah oleh kesemua ADUN semalam.

Mukhriz turut mengumumkan peralihan kuasa kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) Kedah kepada Perikatan Nasional, selain memaklumkan kedudukan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) turut tergugur.

"Saya juga sudah memaklumkan melepaskan jawatan Menteri Besar kepada Sultan Kedah pagi tadi," katanya.

Beliau turut mengumumkan pelepasan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) serta-merta.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah ke-13 hilang sokongan majoriti selepas enam ADUN PH beralih menyokong Perikatan Nasional awal minggu ini.

Ini kali kedua beliau meletakkan jawatan Menteri Besar di mana kali pertama pada Februari 2016 susulan perselisihan faham dengan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

AKAN MENYUSUL

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/83869/BERITA/Politik/Mukhriz-lepas-jawatan-MB-Kedah-berkuat-kuasa-serta-merta

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo