NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kesan penurunan OPR

5 Mei - Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR) kepada 2.00 peratus.

oleh: Razali Razman

Semalam Bank Negara (BNM) menurunkan kadar dasar (OPR) sebanyak 0.5% kepada 2%. Ini akan disusuli oleh pengumuman bank-bank untuk menurunkan kadar pinjaman masing-masing dengan nilai sama.

Pada tahun ini, BNM telah menurunkan kadar sebanyak 1.0% secara keseluruhan. Tindakan tersebut membawa manfaat kepada individu dan syarikat yang mempunyai pembiayaan boleh ubah dan tidak bagi mereka yang mempunyai pinjaman kadar tetap.

Lazimnya, ansuran bulanan anda akan dilaraskan ke jumlah yang lebih rendah.

Tindakan BNM ini ialah preskripsi dasar wang standard untuk merangsang ekonomi yang gawat.

Ada dua matlamat, iaitu menggalakkan pembiayaan baharu dan memberikan pendapatan boleh guna lebih tinggi kepada pembayar pinjaman sedia ada.

Walaupun objektif pertama sukar dicapai kerana bank mungkin amat berhati-hati untuk memberi pinjaman pada waktu ini, tetapi matlamat kedua boleh dicapai.

Untuk tempoh terdekat, penurunan ini rata-rata memberikan kesan negatif kepada bank kerana penyusutan margin.

Bergantung kepada penganalisis atau pegawai bank yang memberikan pandangan, ada yang kata kesan kecil dan ada yang kata kesan besar memandangkan tekanan yang dihadapi oleh ekonomi secara keseluruhan.

Pada pandangan saya, langkah ini perlu bukan untuk mengelakkan kemelesetan ekonomi, yang pasti berlaku, tetapi mengurangkan kesannya.
_________________________________
Semua artikel dan ebook saya boleh didapati di www.rencanaringgit.com
Ebook saya 51 Petua Pelaburan Unit Amanah, Panduan Asas Saham dan Membina Aset Kejayaan juga ada di Shopee: shopee.com.my/razalirazman
Jemput like: www.facebook.com/rencanaringgit atau follow FB peribadi saya

Sumber: https://www.facebook.com/razalirazman/posts/10158156873192410

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo