TEPAT. TELUS. TERKINI.

Kenapa PKPB dibuat walaupun kita belum menang lawan Covid19? Kerajaan ni nak bunuh kita ke?



Semalam, kita semua diberi kelonggaran untuk mula berkerja. Kita masih belum mampu buka semula semuanya seperti normal, dan majoriti masih lagi work from home. Ada yang rasa kita diberikan kelonggaran begini terlalu awal, sebab kes masih lagi 100 lebih pada hari Ahad lepas.

Saya nak kongsikan pendapat saya mengenai keputusan PM TSMY memberikan kelonggaran PKPB ini, dan ini pendapat persendirian saya, berdasarkan apa yang saya faham. Dan saya nak kongsikan pandangan saya mengenai strategi defense dan offense kita. Dan kalau kita berjaya lakukan strategi defense dan offense kita dengan betul, kita bakal menang besar melawan krisis ini berbanding banyak negara luar.

STRATEGI DEFENSE MALAYSIA - BEKUKAN MASALAH BESAR YANG SEDANG MELANDA SEMUA NEGARA

Defense 1 - PKP UNTUK KESELAMATAN SEMUA: Tujuan kita buat PKP bulan March lepas, supaya kita berjaya flatten the curve untuk jangkitan COvid19. Hari ni kadar jangkitan di Malaysia lebih rendah berbanding Singapore, Indonesia dan Phil kerana PKP kita jauh lebih awal berbanding mereka. Singapore bakal tutup ekonomi mereka hingga June, dan Indonesia juga sama.

Defense 2- Stimulus ekonomi RM250Billion - Malaysia lancarkan stimulus ekonomi, termasuk loan moratorium automatik untuk 6 bulan. Ini kerana kita awalnya menjangkakan jangkitan mungkin memuncak hingga 3 bulan atau hingga June. Jadi ekonomi kita dibekukan 3 bulan, dan kita akan ambil masa lagi 3 bulan untuk panaskan semula enjin ekonomi kita. Sebab itu loan moratorium kita dapat 6 bulan sebab BNM jangka recession global bakal kekal minima 3-6 bulan.

Defense 3 - Pekej stimulus untuk SME dilancarkan - Dengan harapan membantu SME mengekalkan sebanyak pekerjaan yang sedia ada, sehingga PKP berakhir.


STRATEGI OFFENSE/SERANGAN MALAYSIA - HIDUPKAN EKONOMI SUPAYA KITA BOLEH MENANG.

STRATEGI OFFENSE 1 - BUKA EKONOMI AWAL - Kita buka ekonomi minggu ini sebab kadar jangkitan dah mula terkawal. WHO sendiri approve strategi kita, dan KOREA dah buat apa yang kita sedang buat dan so far kadar jangkitan mereka sgt terkawal. Kita buka ekonomi kita lebih awal berbanding Singapore, Indonesia, dan Phil. Kita buka ekonomi awal bukan sebab kita mahu rakyat Malaysia dijangkiti semula, tapi kerana mahu pastikan unemployment tak jadi parah. MIER meramalkan 2.4 juta orang bakal tidak bekerja kalau PKP dilanjutkan. Setiap hari kita delay pembukaan ekonomi, banyak SME dan syarikat akan mati, dan menyebabkan beribu orang Malaysia kehilangan sumber pendapatan setiap hari.
.
STRATEGI OFFENSE 2 - Tengku Zafrul, awal-awal dah engage World Bank dan IMF, dan so far IMF dan World Bank yakin Malaysia akan grow pada kadar 5.8% dan 9% tahun 2021. Bila IMF dan World Bank sendiri ramalkan kita akan jadi fastest growing ekonomi tahun 2021 di ASEAN, besar kemungkinan kita akan nampak best di mata pelabur pelabur asing. Result dia, banyak investment = banyak peluang pekerjaan baru bakal dicipta. Investment is a confidence game, kalau orang luar nampak Malaysia okay, diorang sibuk la nak invest kat sini. But kalau dah hari hari canang kita dah nak bankrup macam our past MOF, pelabur mana nak letak duit kat negara yang dah nak bankrupt kan?

STRATEGI OFFENSE 3 - PAKEJ PEMULIHAN EKONOMI - Tengku Zafrul bakal lancarkan pakej pemulihan ekonomi baru bulan ini. Saya yakin fokus beliau dan PM TSMY adalah pada menggalakkan kita berbelanja dalam negeri ( domestic spending), menggalakkan pelaburan asing ke Malaysia dan mengekalkan seberapa banyak pekerjaan yang sedia ada. Mudahan, kita akan jadi negara pertama yang pelabur asing bakal invest lpeas Covid19 ni sebab pengurusan krisis kita bagus, dan ini bakal mencipta berpuluh dan beratus ribu peluang pekerjaan baru.

RUMUSAN APA YANG KITA PERLU BUAT.

Hari ni, kadar kematian kita dari Covid19, tak cecah 5 sehari, tapi beribu keluarga terus hilang sumber pendapatan mereka setiap hari kita lanjutkan PKP. Korea dan China dah buka semula ekonomi mereka dan jangkitan mereka semalam baru 8 kes baharu sahaja. Kita tak mampu bekukan ekonomi kita untuk 12-18 bulan hingga vaksin ditemui, dan berjuta orang bakal hilang pekerjaan kerana majoriti SME dan syarikat bakal mati. Kita boleh buka ekonomi kita dan perlahankan jangkitan Covid19 kalau kita semua buat apa yang kita patut buat, macam di Korea.Tak guna kalau kita dapat pemimpin yang bagus, kalau kita semua tak buat bahagian kita.

Kita boleh buka ekonomi kita lebih laju dan pastikan member kita dapat terus ada pekerjaan bila kita buat benda-benda simple ni untuk the next 30-45 hari :

1. Praktis social distancing. Pakai mask bila keluar.

2. Jgn keluar langsung bila sakit

3. Jgn keluar unless ada sebab penting untuk keluar untuk kurangkan risiko jangkitan.

4. Jangan balik raya tahun ni untuk kurangkan risiko jangkitan.

5. Work from home sahaja unless betul betul ada keperluan.

6. Bila nak berbelanja, utamakan peniaga kecil. Belanja dalam negara. Saya hari ni cuba beli sebanyak yang boleh dari peniaga kecil. Hajat ta hun ninak upgrade ke iphone saya tangguhkan tahun ini sebab aktiviti tak membantu langsung kecuali kayakan Apple. Jadi RM6000 tu akan bantu jauh lebih ramai peniaga dan pekerja mereka kalau saya support peniaga kecil. Biar mereka hidup dan dapat kekalkan periuk nasi dan sumber rezeki pekerja mereka. Itu jauh lebih bagus kan?
.
Kita dah bertahun kalah dengan negara lain macam Indonesia dan Singapura. Bertahun kita dimalukan oleh pemimpin kita sendiri. Hari ni, kita ada peluang untuk keluar dari krisis ini lebih laju dari banyak negara lain, asalkan kita jaga kita semua elok-elok. Ini peluang kita. Dan insyaAllah, kita akan menang.
.
#KitaJagaKIta
#KitaSupportKita
#BeliLocal
#LetsDoOurPart
#WeCanWinThis
#SapaLagiNakTolongKitaKalauBukanKitaSendiri

Sumber: https://www.facebook.com/faizul.ridzuan.official/posts/3231125650284386
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget