TEPAT. TELUS. TERKINI.

Kemelut politik undang kembalinya dominasi non muslim?


BANGI, 17 Ramadan 1441H, Ahad – Kemelut politik yang melanda negara ketika ini boleh membuka ruang kepada kembalinya sistem pentadbiran didominasi oleh bukan Islam.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin mendakwa, jika perkara tersebut benar-benar berlaku ia merupakan sesuatu yang amat membimbangkan.

"Di antara doa yang saya pohonkan di penghujung Ramadan ini ialah tidak berlakunya PRU-15 dalam masa terdekat tatkala wabak COVID belum berakhir dan ekonomi negara masih merudum.

"Apa yang lebih menggusarkan ialah membuka ruang dominasi non muslim dalam pemerintahan negara," dakwanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengakui, Perikatan Nasional (PN) diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah kerajaan sempurna berikutan masih terdapat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

"Tetapi, membawa kepimpinan dengan dominasi non muslim adalah satu fitnah yang lebih besar untuk negara, " dakwanya lagi.

Lantaran itu, Prof Zainur berharap Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak diadakan dalam masa terdekat ketika wabak pandemik COVID-19 masih belum berakhir, selain ekonomi negara masih merudum.

"Didoakan agar Allah berkati rakyat di negara ini serta dibekalkan nanti dengan pemimpin yang amanah dan kompeten serta menjaga agama dan masa depan umat," katanya.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof memaklumkan menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Usul berkenaan dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamed pada 4 Mei lalu di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).

Mohamad Ariff menyatakan demikian bagi membalas notis terdahulu yang dikemukakan oleh Dr Mahathir, mengikut Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang membangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat," katanya.

Sumber: https://ismaweb.net/2020/05/10/kemelut-politik-undang-kembalinya-dominasi-non-muslim/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget