NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan heret negara ke kancah politik tidak menentu – YDPA


KUALA LUMPUR: DYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menitahkan agar seluruh ahli Dewan Rakyat memelihara keharmonian dan menjadi ‘role model’ kepada rakyat.

Baginda bertitah, sebagai pemimpin, ahli Parlimen perlu menjadi teladan kepada rakyat walaupun memiliki perbezaan pandangan.

“Beta berpesan sebagai pemimpin, ahli Dewan perlu menjadi teladan. Sebarang perbezaan pandangan jangan sampai caci mecaci dan musuh memusuhi, sepatutnya perbezaan pandangan boleh menjadi landasan cetus idea baharu dalam membangunkan negara,” titah Baginda YDPA dalam Titah Ucapan Baginda sempena Pembukaan Sidang Parlimen pada hari ini.

Baginda menitahkan agar semua pihak bersama kerajaan dalam membangunkan negara dan sebaiknya perlu matang dalam berpolitik.

“Dalam keadaan ini perlu menjiwai jiwa keluh kesah rakyat. Jangan sentuh sensitiviti agama dan bangsa mahupun kedaulatan Raja-Raja Melayu jangan disentuh,” titahnya lagi.

Baginda memberi peringatan agar mana-mana pihak tidak memgheret negara ke kancah politik tidak menentu ketika rakyat berdepan masalah pandemik Covid-19 yang meruncing.

“Kerana itulah kerajaan memutuskan majlis hari ini (Pembukaan Sidang Parlimen) satu urusan sahaja iaitu Titah Beta sempena penggal parlimen yang baharu ini,” titahnya serius.

Baginda juga mengingatkan agar Dewan Rakyat tidak menjadi punca kepada api perpecahan yang mempegaruhi rakyat, sebaliknya semua pihak perlu bekerjasama dalam membangunkan negara.

Terdahulu di awal Titah Baginda meletakkan keyakinan dengan kerajaan yang ada dalam mendepani pembangunan negara dan mengingatkan rakyat dan semua pihak bersama membantu dalam mendepani krisis pasca Covid-19. – HARAKAHDAILY 18/5/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/05/18/jangan-heret-negara-ke-kancah-politik-tidak-menentu-ydpa/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo