NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hipokrasi: Tiada Lagi Peluang Kedua Buat Dr Maszlee


HIPOKRASI: TIADA LAGI PELUANG KEDUA BUAT DR MASZLEE
(KISAH DR MASZLEE DIBEDAL TERUK OLEH MENTERI LUAR BANDAR)

Pada 8 Mei lalu, mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, telah diumumkan dilantik sebagai Pengerusi Jawantankuasa Penasihat Mara Corp.

Sehari selepas itu, terus sahaja beliau membuat kenyataan “tidak boleh menerima lantikan ini buat masa ini”.

Alasan beliau adalah “Saya percaya, apa sahaja bentuk lantikan adalah amanah dari rakyat, & harus pulang kepada rakyat”.

Kata beliau lagi, “Buat masa ini, saya lebih terkesan dengan kesempitan hidup rakyat dan tekanan ekonomi yang dihadapi gara-gara bencana Covid-19.”

Lantas bertalu-talulah pujian yang dihamburkan kepada beliau khususnya daripada barisan pembangkang kerana kononnya pendirian berprinsip beliau ini.

Tetapi jujurkah beliau dengan alasan-alasan beliau ini ataukah beliau hanya mahu mengambil jalan selamat menunggu apakah usul tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin selesai dahulu?

Dan berprinsipkah beliau bila seawal 27 April dan selewat 7 Mei beliau sudah bersetuju menerima cadangan lantikan tersebut, malah siap dengan merangka pelan dan bilangan pegawai yang beliau mahukan?

Ikutilah sahaja bedalan keras Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, yang sudah berpatah arang berkerat rotan tidak akan menerima lagi beliau jika beliau mahukan jawatan itu kembali selepas 18 Mei.

BUKTI PENERIMAAN JAWATAN OLEH DR MASZLEE

[4/27, 00:53] Menteri KPLB Dato Dr Latiff: YB mazlee....u r the Chairman ( surat belum bagi lagišŸ„°šŸ™ˆ)
[4/27, 00:53] Menteri KPLB Dato Dr Latiff: Chairman of advisory board
[4/27, 04:22] Dato Ahri Hashim: Assalamualaikum thanks for the privilege, saya Ahri hashim. Selamat bersahur
[4/27, 04:31] Dr Shahridan Faiez: Salams. This is Shahridan Faiez here. Its an honour to be among such distinguished company.
[4/27, 04:32] MARA Corp Dato Rakib Ahmad: Assalamualaikum,
Alhamdulillah diberikan peluang utk bersama dgn individu yg hebat.
Selamat bersahur.
Ab Rakib Ahmad.
[4/27, 04:53] YB Dato Azizah Mohd Dun: Assalamualaikum.. thank you for the opportunity. Alhamdullillah.. salam subuh
[4/27, 05:29] YB Dr Maszlee Malek: Assalamualaykom and thank you. It’s an honour to be with team.
[4/27, 05:53] Menteri KPLB Dato Dr Latiff: Welcome dear Chairman
[4/27, 05:54] Menteri KPLB Dato Dr Latiff: Let u all know each other
[4/27, 11:42] YB Dr Maszlee Malek: Am following
[4/27, 11:42] YB Dr Maszlee Malek: And trying to grasp all the docs given ;)
[4/27, 11:54] YB Dato Azizah Mohd Dun: I’ve just finished reading the docs posted. Before we even go further is it possible to have the nos of cos, enterprises, smes assisted by mara that are most badly affected by the current health & pkp situation.
[4/27, 14:56] YB Dr Maszlee Malek: Agree. Most of the concerns are valid after I've gone through again the MCT. Shah's article should be taken seriously too. The idea of inculcating Islamic instruments to enhance the investment and corporate growth is another interesting one, although the waqf idea might invite some discussions. YBM, any plan to have our own Mara corp Islamic investment advisory dept akin to the banks?

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo