TEPAT. TELUS. TERKINI.

Gantung Operasi Dan Bekukan Dana Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Uruskan Pelarian Rohingya



KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) meminta kerajaan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mengambil tindakan menggantung operasi dan membekukan akaun Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sementera, bagi tujuan suatu siasatan dijalankan berhubung dana khas dari kerajaan Qatar sebanyak USD 50 Juta untuk membantu pelarian Rohingya di Malaysia.

Pengerusi UMMAH Malaysia Mohd Zai Mustafa berkata, UMMAH mencadangkan kerajaan Malaysia agar bertindak menggantung operasi dan membekukan akaun Yayasan Kebajikan Negara (YKN), supaya suatu siasatan terperinci dapat dilakukan berhubung dana yang disalurkan oleh kerajaan Qatar bertujuan membantu pelarian Rohingya di Malaysia.

Katanya, “UMMAH berpendapat bahawa niat dan tujuan kerajaan Qatar menyalurkan dana kepada kerajaan Malaysia dengan motif yang amat jelas iaitu membantu pelarian Rohingya dalam tiga aspek iaitu pendidikan, kesihatan dan projek kemandirian, katanya.

“Namun apabila UMMAH meneliti penjelasan pemimpin di era kerajaan Barisan Nasional yang secara langsung terlibat mengusaha dapatkan sumbangan dana dari kerajaan Qatar dengan kenyataan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan sebagai pihak yang menerima sumbangan tersebut, agak bercanggah dan mengelirukan orang ramai terutama pertikaian pihak mana yang sewajarnya menguruskan dana tersebut. Adakah Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Yayasan Kebajikan Negara (YKN), katanya.

Justeru, jika pihak kerajaan mengambil tindakan menggantung operasi dan membeku akuan YKN tersebut, polemik tentang isu ini dapat dihentikan segera. Sekaligus perkara ini dapat memberi keyakinan kepada kerajaan Qatar selaku penyumbang dana tersebut, tegas Mohd Zai.

UMMAH menyokong cadangan beberapa pihak, agar dana tersebut dikembalikan di bawah pengurusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), ini kerana MKN adalah mekanisme kerajaan yang teratur, berpengalaman dan lebih diyakini oleh rakyat. Perkara ini terbukti bagaimana MKN telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menanggani penularan Covid-19 di negara ini.

- Media DailyUMMAH-

#HapuskanKetirisan
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget