NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Sambut AidilFitri dengan Norma Baharu


Dunia menyaksikan 5.5. juta angka Wabak COVID-19 saat umat Islam menyambut AidilFitri. Di Asia pula berjumlah 960,418 kes. Sementara di Malaysia pula berjumlah 7,245 kes. Berikut adalah data-data penting kes Wabak COVID-19 di peringkat Global.

The Worldwide Coronavirus Cases
Total Cases: 5,494,455
New Cases: 96,505
Deaths: 346,434
Recovered: 2,299,139

The Asia Coronavirus Cases
Total Cases: 960,418
New Cases: 24,085
Deaths: 27,455
Recovered: 559,585

The Malaysia Coronavirus Cases
Total Cases: 7,245
New Cases: 60
Deaths: 115
Recovered: 5,945

Saat menyambut AidilFitri, Malaysia dalam suasana kemenangan selepas menyemournakan ibdata Ramadhan. Namun angka Wabak COVID-19 terus meningkat. Laporan pada hari ini (25 Mei) bersempena hari kedua AidilFitri, Malaysia menyaksikan jumlah kes terus meningkat dengan kes baharu sebanyak 172 kes berbanding hari semalam hanya 60 kes baharu. Peningkatan ini merupakan "pecah rekod" kes baharu dalam tempoh dua minggu dengan jumlah tiga angka, sedangkan sebelum ini kekal dengan dua angka. Dalam tempoh PKPB yang bermula 4 Mei lalu, rekod tertinggi kes baharu dilaporkan ialah pada 11 Mei dengan jumlah 70 kes dan 22 Mei berjumlah 78 kes.

Pada 22 Mei, punca pertambahan kes baharu mengikut KKM daripada 78 kes baharu, 25 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 53 kes penularan tempatan, 40 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 25 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil.

Sementara pada hari ini (25 Mei), daripada 172 kes baharu, 5 kes import manakala 167 kes penularan tempatan melibatkan 159 bukan warganegara Malaysia dan 8 kes warganegara.112 kes telah dikesan di tiga DTI (Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang).

Laporan semalam pula (24 Mei), daripada 60 kes baharu 7 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Baki lagi 53 kes adalah penularan tempatan, 44 kes adalah bukan warganegara Malaysia, iaitu 27 kes bukan warganegara Malaysia telah dikesan di DTI di Semenyih dan enam (6) kes di sebuah kluster baru di DTI Sepang.

Pada 23 Mei pula, dilaporkan 48 kes baharu yang menunjukkan 4 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 44 kes penularan tempatan, 25 kes adalah bukan warganegara Malaysia, iaitu 21 kes telah dikesan di DTI di Semenyih.

Rumusan daripada perkembangan kes baharu selama empat hari (22-25 Mei), penyumbang terbesar merupakan kluster DTI (bukan warganegara Malaysia/warga asing - rujuk juga posting 23 Mei). Paling ketara ialah perkembangan pada hari ini (25 Mei), penyumbang terbesar (159 daripada 172 kes) adalah bukan warganegara. Hal ini membuktikan penularan dalam kalangan penduduk tempatan sudah terkawal.

Situasi Hari Raya PKPB
Walaupun perkembangan kebelakangan ini didapati penularan Wabak COVID-19 banyak disumbangkan oleh kluster bukan warganegara, namun dalam situasi berhari raya kita dinasihatkan agar terus mengamalkan norma baharu demi mengekang penularan.
Situasinya, kita hendaklah meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan cara yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kita dinasihatkan mengambil pendekatan berbeza dalam membenarkan umat Islam meraikan perayaan Aidilfitri dengan cara yang selamat.
KKM ingin mengingatkan masyarakat bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Perayaan telah menyatakan bahawa jumlah ahli keluarga tidak boleh melebihi 20 orang pada satu hari, namun tertakluk kepada keluasan ruang rumah. Pastikan terdapat penjarakan sosial dan kebersihan diri sentiasa diamalkan.
Screen Shot 2020-05-23 at 5.46.17 PM
KKM juga telah menasihatkan kita untuk menangguhkan ziarah menziarahi dan tidak merentasi negeri. Kita perlu mengambil iktibar daripada Kluster Pengerang dan juga Sub-kluster Rembau (di mana penyebaran COVID-19 berlaku akibat aktiviti merentas negeri dan akibat aktiviti kunjung mengunjung sanak saudara). Apa yang penting ialah kita dinasihatkan untuk terus mempraktikkan norma dan kebiasaan baharu bagi bertujuan untuk memastikan jangkitan COVID-19 dapat terus dibendung. Masyarakat hendaklah mempunyai sikap dan rasa bertanggungjawab semasa perayaan ini, termasuk:
Elakkan 3S/3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
Elak bersalaman / bersentuhan;
Amalkan etika batuk dan bersin;
Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
Jadikanlah perayaan yang bakal tiba sebagai perayaan tertutup antara ahli keluarga di rumah sahaja;
Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Kita juga dinasihatkan mematuhi etika S.O.P dan nasihat-nasihat yang disarankan oleh pihak KKM iaitu:
S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.
Utama bagi kita adalah bagi memastikan sambutan AidilFitri bukan penyebab kepada penularan kes-kes baharu Wabak COVID-19. Apapun kita akan saksikan angka-angka baharu selepas dua tiga hari lagi, apakah benar masyarakat kita sebenarnya mematuhi nasihat KKM dan etika S.O.P seperti dinyatakan di atas. Sekiranya masyarakat menyambut AidilFitri dalam situasi norma baharu yang disarankan, maka kesannya tidak adalah pertambahan mendadak kes baharu dalam kalangan orang tempatan, maka ins sya Allah kita selamat.

Semoga Allah SWT membantu kita di dalam meghadapi ujian besar ini dan membebaskan kita daripada Wabak COVID-19 yang menggerunkan dunia hari ini. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas sesuatu (menurun dan mengangkat sesuatu wabak).


Wassalam.

Sumber: https://greencrescent-wanibrah.blogspot.com/2020/05/covid-19-sambut-aidilfitri-dengan-norma.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo