TEPAT. TELUS. TERKINI.

COVID-19: Penularanan Semula dan Kepatuhan PKPB



Kebarangkalian penularan semula (kebolehjangkitan) Wabak COVID-19 boleh berlaku dan ia bergantung kepada diri kita semua. Jika kita tingkatkan disiplin dengan mematuhi panduan dan SOP bagi memutuskan rantaian penularannya. Pastikan aktiviti dan pergerakan sharian kita ketika PKP Bersyarat (PKPB) ini berlaku dengan kesungguhan agar kita jaga kita – jarak diri dari orang lain sekurang-kurangnya satu meter, tidak menghadiri perhimpunan ramai, sentiasa bersih diri, basuh tangan, guna sabun atau sanitizer, sentiasa memakai penutup mulut dan hidup dan bekerja dalam penjarakan diri dengan rakan sekerja.

Berdasarkan data perkembangan Wabak COVID-19, sudah menampakkan ke arah situasi terkawal dan pemulihan yang semakin baik. Petunjuk jelas dalam tempoh 11 hari tempoh PKPB (4 -14 Mei) ialah berkurangnya kes baharu, kadar kes rawatpulih lebih tinggi berbanding kes baharu dan jumlah kematian yang rendah dan jumlah pulih meningkat lebih baik berbanding kumulatif keseluruhan kes.

Pola pertambahan kes baharu seperti yang ditunjukkan di bawah merupakan satu bukti situasi terkawal Wabak COVID-19 di Negara kita.


Bermula 4 Mei, kes baharu bertambah dalam dua digit, meskipun pada 11 Mei nampak memuncak, tapi setakat 70 kes sahaja. Selepas iti, jumlah kes baharu menurun dengan jumlah terendah kepada 16 kes pada 12 Mei. tetapi meningkat kepada 37 kes (13 Mei) dan 40 kes pada hari ini (14 Mei). Ini tandanya penularan sudah terkawal berikutan kita semua berjaya mengawal diri daripada menyambung rantaian penularan Wabak COVID-19.



Satu lagi situasi daripada perkembangan data penularan Wabak COVID-19 ialah perbezaan kumulatif keseluruhan kes dengan jumlah yang pulih yang semkain mengecil. Misalnya pada 4 Mei jumlah keseluruahn kes ialah 6,353 dan jumlah pulih 4,484 orang - bezanya 1,869. Seterusnya pada 10 Mei jumlah keseluruhan kes ialah 6,656 dan jumlah pulih 5,025 orang - bezanya 1,631. Pada hari ini (14 Mei), jumlah itu bertambah agak setara, iaitu 6,819 keseluruhan kes dan 5,351 kes pulih - bezanya 1,468.

Apapun, kebarangkalian penularan semula (kebolehjangkitan) atau penularan semakin mengecil, jawapannya ada pada kita-kita semua. Jika kita bersama-sama meningkatkan disiplin diri dalam mematuhi PKPB korelasinya positif mengekang penularan.

Di sini diperturunkan ulasan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,
"Lihat dan teliti graf pemodelan dan ramalan COVID-19 oleh KKM ini. Garis hitam adalah kes harian sebenar:-



1. Graf dan garis biru menunjukkan unjuran pencapaian baik negara dalam usaha kita bersama-sama menurunkan jumlah kes COVID-19 semasa PKP 1 hingga 4 dan 10 hari PKPB. (Kebolehjangkitan atau nilai “R naught” telah menurun daripada 3.5 kepada 0.3.)

2. Kini pilihan di tangan kita semua. Sekiranya majikan, pekerja, peniaga, ahli keluarga dan masyarakat umum patuh kepada SOP serta nasihat-nasihat yang diberi KKM, garisan biru ini akan terus menurun. Begitu juga dengan kes COVID-19.

3. Namun jika rakyat leka dan tidak menjalankan tanggungjawab sosial untuk sama-sama membanteras COVID-19, graf dan garis merah menunjukan ramalan yang bakal berlaku. (Nilai R akan naik semula ke 1.6). Jumlah kes akan mula meningkat secara mendadak dan kita akan dilanda gelombang wabak COVID-19 yang baharu."

Sumber: FB Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Semoga dengan berdisiplinnya kita, ins sya Allah kita menyumbangkan kepada situasi positif memutuskan rantaian Wabak COVID-19.

Ya. Allah permudahkan segala urusan pengawalan dan perawatan Wabak COVID-19 yang menggerunkan kami ini.

WalLahu'alam.

Sumber: https://greencrescent-wanibrah.blogspot.com/2020/05/covid-19-penularanan-semula-dan.html
Reactions:

Post a comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget