COVID-19: Mendadak di Singapura, lain pula di Malaysia



Perkembangan Wabak COVID-19 di Asia Tenggara sehingga hari ini (12 Mei) masih dicorakkan oleh pola pertambahan kes baharu di Singapura dengan jumlah 884 kes. Diikuti oleh Indonesia 484 dan Filipina 264 kes baharu.



Bagi rantau Asia Tenggara pula, sebanyak 1,650 kes baharu berbanding semalam 1,087 kes baharu (+563). Ia bermakna separuh daripada kes baharu ini adalah berlaku di Singapura. Penyumbang utama kepada pertambahan kes baharu di sana ialah pekerja asing yang masih ramai di Singapura. Ia juga disebabkan oleh keupayaan rawatpulih (recovered) amat rendah, iaitu sekitar 13% sahaja. Sementara lebih daripada 21,000 kes sedang dirawat yang memungkinkan penularan mudah berlaku terutama dalam kalangan mereka yang kontak rapat dengan invidua yang bergejala. Kebimbangan kita, Singapura sebagai negara jiran memungkinkan kita lebih terdedah, terutama sekiranya ada kumpulan bukan warga negara yang menylinap masuk melalui jalan gelap.



Perkembangan di Malaysia pula, hari ini merupakan hari berakhirnya tempoh PKPt4. Sementara PKPB sudah memasuki hari ke-9. Satu khabar gembira dalam tempoh PKPt4 ialah untuk pertama kalinya hari ini jumlah kes baharuyang terendah, iaitu 16 kes sahaja dan tiada kes kematian. Kita juga bersyukur dengan prestasi rawatpulih dua hari berturut-turut melebihi 100 orang. Ini menjadikan Malaysia sebagai salah negara yang mencatatkan peratus pulih yang kedua tertinggi selepas Thailand. Malaysia mencapai 77.47% dan Thailand 92.74% dan prestasi ini telah mengatasi peratus pilih di Asia Tenggara (27.76%) dan Asia 55.75%.


Satu perkara yang penting diingati ialah Malaysia sedang menguatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB), maka kerancakan aktivti yang dibenar tetapi masih terikat kepada SOP yang ketat dan pegerakan tidak boleh merentasi sempadan antara negeri. Meskipun begitu, pergerakan dalaman masih dibenarkan. Maka kemungkinan pemularan boleh dibendung agak meragukan.
Walau bagaimanapun, hari ini pihak Kerajaan telah memberi amaran, bahawa tiada lagi bentuk nasihat dan mendidik, sebainya tindakan undang akan diambil kepada sesiapa yang ingkar daripada mematuhi SOP pergerakan, berurusan di pusat-pusat awam dan pengendalian perniagaan.

Semoga kesedaran bersama antara kita untuk terus mengamalkan penjarakan sosial (social distancing), memakai topeng muka, kerap membersih tangan dan kalau boleh kekal tinggal dirumah. Apa yang penting,kita terus berdoa, agar Allah mengurniakan kebaikan dan kelebihan di sebalik kegerunan kita terhadap Wabak COVID-19 yang melanda ini. Menjadi keinginan kita bersama agar Wabak COVID-19 ini terus berganda kes yang semubuh dan mengccilnya bilangan pesakit yang sedang dirawat. Ins sya Allah.

Wassalam.

Sumber: https://greencrescent-wanibrah.blogspot.com/2020/05/covid-19-mendadak-di-singapura-lain.html

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post